Tutorial Membuat Blog Percuma di WordPress.com

Kalau sebelum ini saya menulis berkaitan tutorial Cara Membuat Blog di Blogspot.com, maka tidak adil rasanya jika saya tidak menulis berkaitan Cara Membuat Blog Percuma di WordPress.com pula.

Membuat blog di WordPress.com adalah sangat mudah dan saya yakin ramai yang telah tahu caranya. Namun, tutorial ini saya tulis khas bagi sesiapa yang baru ingin bermula memiliki blog atau masih tertanya-tanya bagaimana caranya. Semoga tutorial di bawah dapat membantu. 🙂

1.   Sila ke WordPress.com di http://wordpress.com . Kemudian klik butang Get Started untuk membina blog WordPress percuma anda.

Cara membuat blog wordpress

 2.   Seterusnya, isikan maklumat berkaitan blog anda seperti berikut :

Alamat blog yang anda inginkan (jika tiada atau sudah digunakan,tukar kepada nama yang lain sehingga available)

Nama username dan password

Alamat  emel (yahoo, gmail dan sebagainya)

Pilih paparan bahasa yang anda inginkan  sama ada bahasa English, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya.

Setelah selesai, pastikan segala maklumat yang diperlukan telah diisi. Pastikan anda ingat atau mencatat nama username dan password yang anda masukkan tadi sebagai rujukan anda kelak. Sebagai contoh di dalam tutorial ini, saya akan membuat sebuah blog belajar komputer dengan nama belajarkomputermudah.wordpress.com

Tutorial membuat blog

  3.   Klik butang Create Blog dan selesai.

Blog wordpress percuma

4.   Buka akaun emel anda dan lihat emel daripada WordPress.com. Klik link pengesahan yang disediakan.

Tutorial wordpress

Cara membuat blog wordpress

Setelah pengesahan anda akan dibawa ke akaun blog WordPress anda. Anda boleh melihat setiap fungsi yang disediakan, mengemaskini profile anda atau membuat post pertama anda!

Tutorial membuat blog

Nota : Paparan gambar adalah pada tarikh tutorial ini ditulis dan mungkin berbeza mengikut paparan asal di WordPress.com. Namun, langkah membuat blog masih lagi sama dan tidak banyak berbeza.

Jika anda mempunyai pandangan, sila kongsikan bersama saya di bawah. 🙂

6 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *