Kalau sebelum ini saya menulis berkaitan tutorial Cara Membuat Blog di Blogspot.com, maka tidak adil rasanya jika saya tidak menulis berkaitan Cara Membuat Blog Percuma di WordPress.com pula.
Membuat blog di WordPress.com adalah sangat mudah dan saya yakin ramai yang telah tahu caranya. Namun, tutorial ini saya tulis khas bagi sesiapa yang baru ingin bermula memiliki blog atau masih tertanya-tanya bagaimana caranya. Semoga tutorial di bawah dapat membantu. 🙂
1.  Sila ke WordPress.com di http://wordpress.com . Kemudian klik butang Get Started untuk membina blog WordPress percuma anda.
 2.  Seterusnya, isikan maklumat berkaitan blog anda seperti berikut :
Alamat blog yang anda inginkan (jika tiada atau sudah digunakan,tukar kepada nama yang lain sehingga available)
Nama username dan password
Alamat  emel (yahoo, gmail dan sebagainya)
Pilih paparan bahasa yang anda inginkan sama ada bahasa English, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya.
Setelah selesai, pastikan segala maklumat yang diperlukan telah diisi. Pastikan anda ingat atau mencatat nama username dan password yang anda masukkan tadi sebagai rujukan anda kelak. Sebagai contoh di dalam tutorial ini, saya akan membuat sebuah blog belajar komputer dengan nama belajarkomputermudah.wordpress.com
 3.  Klik butang Create Blog dan selesai.
4.  Buka akaun emel anda dan lihat emel daripada WordPress.com. Klik link pengesahan yang disediakan.
Setelah pengesahan anda akan dibawa ke akaun blog WordPress anda. Anda boleh melihat setiap fungsi yang disediakan, mengemaskini profile anda atau membuat post pertama anda!
Nota : Paparan gambar adalah pada tarikh tutorial ini ditulis dan mungkin berbeza mengikut paparan asal di WordPress.com. Namun, langkah membuat blog masih lagi sama dan tidak banyak berbeza.
Jika anda mempunyai pandangan, sila kongsikan bersama saya di bawah. 🙂
ieja ibrahim says
Hmm..nak tanya macam mana nak add chatbox/shoutbox dalam blog saya. Try search kat wordpress tapi tak jumpa pulak. Tq! 🙂
zul press says
Untuk wordpress.com (blog percuma), setakat yang sy tahu, buat masa sekarang, tidak ada plugin/widget yang boleh saudari gunakan.
Sebaliknya, bagi wordpress.org (blog berbayar) ada banyak pilihan seperti di http://www.designrazzi.net/free-wordpress-chat-plugins.html
Semoga membantu.
nabila says
awak tak buat other tutorials untuk wordpress ke?
zul press says
untuk wordpress percuma saya tak buat. untuk wordpress berbayar saya ada jual produknya.
tp jika nabila nak request tutorial blog wordpress percuma, boleh beritahu sy.. 🙂
dawssehacollection says
Sangat membantu..boleh admin check ke dawssehacollection.wordpress.com utk sebarang komen membina..thankz
zul press says
dah lawat blog puan. nice 🙂 mungkin untuk perancangan lebih jauh nanti boleh bina shopping cart/ecommerce sendiri pula 🙂