3 Persediaan Hadapi GST

GSTAssalamualaikum w.b.t

Pelaksanaan GST memerlukan kita sebagai pengguna untuk lebih bersedia menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

Seiring dengan kemajuan teknologi dan perkembangan semasa, kos sara hidup turut meningkat. Jadi, apakah kita telah bersedia?

Jika kita masih seperti biasa, dibimbangi kita semakin ketinggalan dari pelbagai segi termasuklah dari segi kewangan.

Sesuatu perlu dilakukan daripada pihak kita sebagai pengguna untuk lebih bersedia menghadapi kenaikan kos sara hidup ini.

Suka atau tidak, kita tidak mampu menghalang faktor luaran, tapi kita mampu mengubah faktor dalaman yang ada dalam diri kita sendiri.

Kita perlu tahu apakah GST? Apakah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai dan apa yang tidak.

Bagaimana kesan GST kepada kita? Dan apa yang boleh kita lakukan.

Jadi, apakah persediaan kita?

Mari kita siapkan diri kita dengan 3 persediaan ini :

3 Persediaan Hadapi GST

  1. Ilmu

Dengan ilmu, kita dapat menghadapi kenaikan kos sara hidup.

Dengan ilmu dan kemahiran yang kita miliki sekarang inilah, kita dapat bekerja dan berniaga menjana pendapatan bulanan.

Jika kita mahukan pendapatan bertambah, maka sudah pasti kita perlu tambah lagi ilmu kita.

Inilah prinsipnya. Untuk gandakan pendapatan, kita perlu gandakan pembelajaran.

Antara ilmu yang penting adalah ilmu perniagaan dan pemasaran.

Semakin hari semakin ramai yang mula menceburi bidang perniagaan dan ramai juga yang mulai belajar sedikit demi sedikit untuk berniaga.

Sama ada berniaga seperti biasa atau berniaga di internet. Kedua-duanya memerlukan ilmu.

Bagaimana mereka yang biasa-biasa dapat menjana 4-6 angka dengan produk sendiri atau tanpa produk sendiri. Ya, semuanya dengan ilmu yang mereka miliki dan praktikkan.

ILMU PERNIAGAAN & PELABURAN, ILMU PEMASARAN dan ILMU MENGURUS KEWANGAN adalah 3 ilmu wajib belajar jika mahu berjaya dalam perniagaan.

Cari mentor yang telah terbukti berjaya dan follow apa yang mereka lakukan. InsyaAllah anda akan berjaya!

  1. Perancangan

Perancangan bagaimana kita dapat mengawal dan mengurus kewangan dan perancangan bagaimana menambah aliran pendapatan lain (sumber kedua/ketiga) ke dalam akaun kita.

Jika tiada perancangan, kita akan berada di tahap lama dengan hanya mengharapkan sumber utama pendapatan yang ada.

Bagaimana ingin menambah aliran pendapatan?

  1. Bekerja lebih masa (overtime)

  2. Tambah pekerjaan lain – bekerja separuh masa (part-time )

  3. Berniaga offline – membuka gerai, kedai, servis dan perkhidmatan

  4. Berniaga online – produk fizikal, produk digital, ebook, servis, perkhidmatan, affiliate

  5. Pelaburan – pelaburan emas, saham, hartanah (pastikan anda belajar ilmu pelaburan terlebih dahulu sebelum melabur)

Dan banyak lagi.

Apa yang penting, pilih satu sahaja terlebih dahulu dan fokus sehingga berjaya mendapat hasil yang kita inginkan.

Bagi saya, saya lebih suka pendapatan pasif yang buat sekali tetapi hasilnya berulang kali.

Terpulang kepada anda, tepuk dada tanya kemampuan masing-masing.

Insya-Allah, dengan keazaman, bertawakkallah kepada Allah. Allah akan mudahkan sebarang urusan dan pilihan yang kita buat.

Jadi, sudahkah anda membina perancangan kewangan anda? Jika belum, mungkin inilah masa yang sesuai.

  1. Tindakan

Ilmu dan perancangan tidak akan membuahkan hasil jika tiada tindakan yang diambil.

Tindakan yang dibuat pula mestilah tindakan yang bersungguh-sungguh, cepat,pantas, dengan ilmu dan dilakukan sehingga berjaya.

Bukannya separuh jalan atau hangat-hangat sahaja.

Bertindaklah berdasarkan ilmu yang telah dipelajari dan lakukan satu persatu hingga berjaya membuahkan hasil.

Ingat, tindakan biasa-biasa hasilnya biasa-biasa. Tapi, jika tindakan luar biasa, hasilnya sudah pasti luar biasa hebat. Insya-Allah.

Moga kita dapat bersedia dengan 3 persediaan ini. Semoga kita kaya berjaya dunia dan akhirat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *