3 Prinsip Capai Bebas Kewangan

bebas kewanganAssalamualaikum w.b.t

Mengurus kewangan adalah perkara asas dan penting dalam mencapai kesihatan kewangan yang baik.

Setiap orang sudah pasti mengimpikan dapat mencapai kebebasan kewangan yang mana mereka mempunyai simpanan yang cukup bagi membolehkan mereka sekeluarga hidup dengan baik walaupun tidak bekerja.

Prinsip dalam mencapai kebebasan kewangan adalah mudah. Namun, ramai yang tidak mampu melakukannya.

3 Tip Mencapai Kebebasan Kewangan

# Prinsip 1 : Berbelanja kurang daripada pendapatan, dan simpan selebihnya

Prinsip ini adalah asas yang diajar oleh para penasihat kewangan. Ramai yang gagal melakukan Prinsip 1 ini apabila keinginan mengatasi keperluan dan kemampuan mereka. Sehinggalah habis semua gaji dibelanjakan dan sanggup berhutang semata-mata ingin memenuhi kepuasan diri sendiri.

Justeru, bagi mencapai kebebasan kewangan, hiduplah dalam lingkungan kemampuan kita sekarang. Sekiranya gaji RM 2000 ke bawah, maka berbelanjalah mengikut kemampuan kita sekarang dan simpan wang yang selebihnya.

Lebih jimat kita dalam berbelanja, maka lebih banyak wang yang dapat kita simpan.

# Prinsip 2 : Simpan 10% wang gaji dan pendapatan anda

Sekali lagi, prinsip ini adalah mudah sahaja. Setiap kali memperoleh gaji bulanan anda, maka asingkan segera 10% daripadanya ke akaun bank anda yang lain.

Namakan akaun tersebut akaun kebebasan kewangan anda. Setiap wang yang disimpan di dalam akaun ini tidak boleh sama sekali anda gunakan walaupun dalam keadaan anda amat memerlukan wang.

Bayangkan sekiranya gaji RM 2000, apabila menyimpan 10% selama setahun menjadi RM 2400. Apabila anda telah bekerja sehingga 10 tahun, ia akan menjadi sekurang-kurangnya RM 24 000.

# Prinsip 3 : Mengimpikan kebebasan kewangan daripada status dan keinginan sementara

Dalam buku The Millionaire Next Door, menyatakan bahawa para jutawan usahawan dapat mencapai kebebasan kewangan apabila mereka mempunyai kemahuan yang kuat dalam membina kekuatan kewangan. Mereka tidak menghiraukan dari segi kekayaan luaran dan keinginan untuk memiliki harta yang banyak sehinggalah mereka terlebih dahulu mempunyai kekuatan kewangan yang baik.

Mereka sanggup makan makanan biasa-biasa, mempunyai kenderaan biasa-biasa dan tinggal di rumah yang biasa-biasa. Apa yang penting dan utama adalah mereka dapat mencapai kebebasan kewangan yang diimpikan.

Sekiranya ingin mencapai kebebasan kewangan dalam 10 tahun akan datang, maka masa yang sesuai untuk melakukannya adalah masa sekarang bermula pada hari ini.

Semak kesihatan kewangan anda. Urus kembali kewangan anda dan tambah ilmu berkaitan kewangan dan juga dalam ilmu pelaburan.

Ini kerana, selain daripada menyimpan, langkah kedua terbaik adalah dengan menggandakan simpanan dengan pelaburan yang halal. Langkah paling mudah buat masa ini, anda menyimpan di tempat simpanan yang pada masa yang sama memberikan anda kelebihan kewangan seperti simpanan di Tabung Haji.

Akhirnya, semoga kita dapat mencapai impian kebebasan kewangan dengan memulakan langkah mengurus kesihatan kewangan kita bermula pada hari ini. Sebagaimana ungkapan pepatah Cina :

“The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.” – Pepatah Cina

 

One Response

  • Passive income….semua org suka….tapi jgn sampai terlanggar tembok….pastikan dulu…jika sukakan passive income….sya dah jumpa passive income yg sesuai dgn sya…alhamdulilah…..teruskan mencari….good luck…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *