3 Tip mudah Jutawan Senyap

tip jutawan senyapAssalamualaikum w.b.t

3 tip mudah yang akan dikongsikan telah terbukti melahirkan ramai jutawan kaya berjaya. Ia adalah amalan turun temurun para peniaga kecil dan para usahawan sehingga mereka bergelar jutawan.

3 tip mudah amalan para jutawan senyap ini ialah mereka :

1.   Menyimpan duit setiap hari (Save money)

Mereka menyimpan duit setiap hari.

Sedikit atau banyak, bukan ukurannya. Bermula daripada menyimpan sedikit setiap hari, sehingga jumlah tersebut semakin bertambah hari demi hari.

Para peniaga dan usahawan mewajibkan diri mereka menyimpan sebahagian duit yang diperolehi sebelum digunakan untuk keperluan yang lain.

Latihan menabung dan menyimpan duit telah kita amalkan turun temurun sejak kecil lagi tetapi seringkali dipandang ringan apabila sudah meningkat dewasa.

Mari mulakan amalan menyimpan hari ini dengan menyediakan tabung khas untuk menyimpan duit setiap hari.

2.   Kurangkan perbelanjaan (Spend less)

“Spend less than you earn”

Berbelanja kurang daripada pendapatan dengan mengurangkan perbelanjaan sehari-hari.

Lihat apakah amalan dan tabiat yang dapat kita kurangkan dan seterusnya dapat menjimatkan wang kita.

Kurangkan perbelanjaan pada perkara yang tidak penting dan kita akan dapati bahawa kita sebenarnya dapat menyimpan lebih banyak wang.

Jika sentiasa makan diluar setiap hari, cuba kurangkan dengan makan di rumah pula.

Penjimatan RM 5 sehari, seminggu adalah RM35 dan sebulan RM 150.

Dan sekiranya selalu minum milo ais, cuba tukar dengan air suam setiap kali makan di luar.

Bil telefon, bil astro, bil elektrik, bil air dan bayaran lain juga boleh dijimatkan jika betul caranya.

3.   Jana pendapatan tambahan (Earn more)

“Make more than you spend”

Untuk menjadi jutawan, anda perlu tambah pendapatan dan aliran tunai ke dalam akaun anda.

Selain daripada gaji anda setiap bulan, anda perlukan pendapatan tambahan untuk menjadi jutawan senyap.

Cari bagaimana anda dapat meningkatkan aliran pendapatan tunai anda sama ada dengan berniaga, bisnes kecilan, pekerjaan sampingan, pelaburan dan sebagainya.

Pilih pekerjaan dan bisnes yang mampu anda lakukan dan komited lakukannya sehingga anda lihat hasilnya.

Cari mentor mereka yang telah berjaya sebagai ‘shortcut’ jalan pintas untuk anda berjaya.

Baca dan belajar berkaitan bisnes, bermula secara kecilan dan jangan mengaku kalah adalah kunci kejayaan jutawan senyap.

Amalkan ketiga-tiga langkah di atas dengan gembira dan berterusan sehingga anda (dan saya) insyaAllah mejadi jutawan senyap seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *