31 Tip Hidup Bebas Hutang dan Bebas Kewangan

buku-zero-hutangAssalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selesai sudah membaca buku Zero Hutang – bukan mudah tapi tak mustahil, tulisan saudara Mohd Zulkifli Shafie. Ia adalah buku tip kewangan bagi mereka yang ingin bebas daripada hutang dan juga tip membina pendapatan pasif. Huraian dan contoh yang diberikan amat bersesuaian dengan keadaan kita pada masa sekarang di mana ramai orang yang sanggup berhutang dan hidup melebihi kemampuan.

Sambil membaca, saya mencatat isi penting dan pengajaran yang saya peroleh daripada buku ini. Saya kongsikan apa yang telah saya pelajari setelah membaca buku ini beberapa kali. Saya juga amat menyarankan anda juga turut membaca buku ini agar lebih jelas dan mendapat banyak lagi ilmu berguna yang dikongsikan penulis.

31 Tip Hidup Bebas Hutang dan Bebas Kewangan

  1. Ambil takaful untuk melindungi dengan pampasan atas musibah
  2. Baca buku kewangan peribadi. Semakin banyak ilmu kewangan, semakin bertambah kaya kita. InsyaAllah.
  3. Belajar berniaga sambilan selain daripada kerja makan gaji
  4. Beli cash tunai. Elakkan hutang atau kad kredit
  5. Beli kereta second hand. Elakkan kereta baru
  6. Beli liabiliti apabila mempunyai aset yang boleh menampung liabiliti
  7. Berbisnes dahulu sebelum melabur
  8. Bersedekah setiap hari, rezeki semakin luas dan bertambah
  9. Biar bisnes kecil, asalkan berhasil
  10. Bisnes bukan untuk menjual semata-mata, tapi berkongsi manfaat produk
  11. Buat duit daripada aset
  12. Buat pinjaman baik – iaitu untuk gandakan lagi pendapatan, bukan untuk nilai yang susut
  13. Doa spiritual (doa) disertai dengan doa praktikal (usaha) untuk bebas hutang dan bebas kewangan
  14. Gunakan OPM (other people’s money) untuk mendapatkan aset lain
  15. Hidup di bawah kemampuan, belanja ikut keperluan dan bukan kemahuan
  16. Hutang baik adalah hutang yang menambah pendapatan kita
  17. Korbankan waktu menonton TV untuk bisnes kecil-kecilan
  18. Mulakan bisnes dengan apa yang ada
  19. Mulakan sahaja apa-apa bisnes, hingga kita jumpa bisnes yang ideal dengan kita
  20. Pegang tunai secukupnya di tangan
  21. Pelaburan paling baik adalah pelaburan ilmu
  22. Pendapatan pasif (passive income) adalah kerja yang dibuat sekali tetapi pendapatan diperoleh berpanjangan, seumur hidup bahkan selepas mati. Residual income ialah pendapatan yang diperoleh sehingga beberapa ketika. Aktive income ialah pendapatan yang tidak diperoleh jika tidak bekerja.
  23. Perbanyakkan simpanan untuk dilupakan
  24. Sediakan dana untuk kahwin dan kehidupan selepas kahwin berbanding kereta baru
  25. Sewa rumah dahulu (tidak perlu tergopoh membeli rumah kekal), beli rumah apartmen/teres dan sewakan kepada orang lain untuk mendapat pendapatan pasif
  26. Simpan sekurang-kurangnya 10% dari wang gaji setiap bulan ke akaun simpanan untuk dilupakan
  27. Sumber pendapatan orang kaya dan berjaya adalah melalui bisnes dan pelaburan
  28. Tetapkan matlamat memiliki pendapatan pasif dan bebas kewangan
  29. Tukar duit simpanan yang agak-agak tidak digunakan ke pelaburan jangka panjang seperti emas.
  30. Tulis senarai barang yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah
  31. Wujudkan dana kecemasan untuk digunakan waktu kecemasan

dan banyak lagi tip bebas hutang dan bebas kewangan. Boleh dapatkan buku Zero Hutang ini di pasaran dan kedai buku berhampiran anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *