7 Tip Hidup Bebas Hutang

Assalamualaikum w.b.t

Dalam artikel kali ini, saya share tip bebas hutang yang dapat kita amalkan. Ramai yang muflis akibat hutang. Jangan dipandang rendah kesan hutang. Hutang sedikit atau banyak menjadikan kita tidak tidur lena.

Namun, ramai yang ambil mudah dengan hutang ni. Apabila hendak berhutang mudah sahaja, tapi apabila nak bayar, liat pula.

Tidak salah berhutang, tapi seeloknya pilih hutang yang betul-betul kita perlu sahaja. Bukan semua kita perlu berhutang hinggakan nak beli sterika pun perlu berhutang 🙂

Jom kita hidup sederhana tanpa perlu berhutang yang banyak. Ukur kemampuan diri kita pada masa sekarang.

Bezakan antara keperluan dan kemahuan. Boleh jadi kita mahukan sesuatu, tapi ia bukan yang kita betul-betul perlu pada masa sekarang sesuai dengan kemampuan kewangan kita.

Sebagai contoh, kita mahukan kereta Honda Civic, tetapi kemampuan kewangan kita tidak membolehkan kita untuk membayar ansuran bulanan, malah jika kita mampu sekalipun, kita perlu pertimbangkan wang kita ke arah perkara asas yang lain termasuk simpanan.

Jika memang mempunyai lebihan wang dan kemampuan  untuk membayar wang ansuran bulanan, tanpa kita perlu berhutang lagi sekali untuk membayar hutang kereta pula, maka silakan. Tetapi jika tidak, elok kita ambil kereta yang lebih rendah bayaran bulanan atau kita ambil kereta second-hand. Bak kata Pak Cik Din kan ada 🙂

1. Hutang untuk yang kita betul-betul perlu seperti beli rumah, beli tanah, sambung pelajaran.

2. Ukur kemampuan bayaran bulanan kita, adakah lebihan atau wang gaji sudah tidak cukup untuk keperluan lain. Maka, elakkan berhutang. Utamakan pecahan wang kepada sedekah ibu bapa, wang simpanan 10%,  wang makan minum, wang belanja dapur dan nafkah isteri, wang perbelanjaan anak-anak dan wang kecemasan.

3.  Elakkan boros berbelanja seperti mas kahwin, hantaran dan majlis pernikahan yang memerlukan kos yang besar. Pilih pakej yang biasa dan cari alternatif lain untuk lebih jimat dalam setiap perbelanjaan harian kita.

4. Hidup sederhana. Pakai phone yang mampu kita beli cash, jangan berhutang. Makan sekadar yang kita mampu, jangan habiskan wang gaji kepada makanan sahaja. Masak sendiri jika perlu untuk lebih jimat. Jimat penggunaan minyak dan elektrik.

5. Disiplin. Disiplin diri amat penting bagi yang tidak dapat kawal diri daripada berbelanja barang yang tidak perlu dan hanya ikut keinginan nafsu semata-mata.

6.  Perancangan. Fikir dan rancang 2 pelan.

Pelan pertama : Bina satu perancangan untuk melunaskan hutang yang sedia ada. Berapa tahun dan bagaimana untuk selesaikannya.

Pelan kedua : Perancangan untuk tambahkan pendapatan dengan mencari sumber pendapatan tambahan supaya kita akhirnya dapat membayar pinjaman yang ada lebih cepat dan dapat mengelakkan diri dalam hutang yang baru. Seterusnya, hidup bebas hutang !

7. Berdoa. Amalkan doa ini untuk bebas hutang dan dapat langsaikan hutang yang ada. Ramai yang tahu, tapi ramai yang tidak amalkan doa ini. Moga kita dapat amalkan doa ini setiap kali selepas kita solat.

Doa Menghindari Rasa Malas dan Mengelakkan Cengkaman Hutang

Semoga dapat kita amalkan. Untuk tips dan bacaan lebih lanjut bagaimana anda dapat hidup bebas tanpa hutang, boleh baca ebook ini, tulisan motivator H.M Tuah Iskandar sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *