Bagi memastikan prinsip perancangan Matlamat kita benar2 tercapai. Mari sama sama kita jawab. Tulis. Lakarkan kesemua soalan2 penting Berikut.
Percayalah keajaiban nya setelah tertulis , terjawab segala galanya. Pasti Kejayaan akan menjadi milik anda satu persatu.
Ianya benar2 terjadi pada diri saya.
ASPEK KEHIDUPAN:
MENTAL ( ) JASMANI ( )
KERJAYA ( ) SOSIAL ( )
ROHANI ( ) KELUARGA ( )
KEWANGAN ( )
1. OBJEKTIF yang jelas dan tepat dengan melibatkan FAKTA, KOS/
NILAIAN ataupun PENGORBANAN. TULIS dan GAMBARKAN.
2. TARIKH dan TEMPOH PENCAPAIAN yang dijangkakan.
3. SEBAB dan ALASAN pencapaian matlamat ini.
4. PELAN TINDAKAN yang harus dilakukan, (Apa yang harus dilakukan setiap HARI, setiap BULAN atau setiap TAHUN? – langkah demi langkah).
5. Perubahan dan pengubahsuaian diri daripada segi PEMIKIRAN, EMOSI, SIKAP, PERSONALITI dan sebagainya.
6. Halangan dan cabaran yang harus anda tempuhi bagi mencapai MATLAMAT tersebut (termasuk kelemahan dan kekurangan diri).
7. Kenal pasti apakah KEMAHIRAN dan PENGETAHUAN yang anda perlukan untuk mencapai matlamat yang dihajati.
8. Siapakah yang harus anda contohi serta dampingi sebagai role model, PENASIHAT, MOTIVATOR dan MENTOR?
9. PERJANJIAN kepada diri sendiri, galakan dan RESTU ahli keluarga.
10. Mengamalkan imaginasi yang positif setiap hari. Bayangkan seolah-olah kejayaan telah pun menjadi milik anda yakni pemikiran, perasaan dan perlakuan anda mencerminkan ciri-ciri yang berjaya.
Dalam tempoh tiga bulan, enam bulan atau setahun, kajian setiap pelan perancangan matlamat perlu dilakukan mengikut kesesuaian semasa. Sekiranya fakta terdahulu tidak sesuai, sila rombak dan masukkan fakta yang boleh membantu mempercepatkan proses pencapaian matlamat yang dirancangkan.
Jika kita GAGAL merancang, sebenarnya kita merancang untuk GAGAL!
Leave a Reply