10 Seni Menjual di Internet

seni menjual di internetAssalamualaikum w.b.t

Menjual di internet secara online tidak sama dengan menjual di kedai premis atau offline. Mereka yang berjaya menjana pendapatan dengan offline tidak semestinya akan menjana pendapatan melalui online jika tidak kena caranya.

Masing-masing perniagaan online dan offline mempunyai seni dan kelebihannya yang tersendiri. Kedua-duanya membolehkan anda menjana pendapatan lumayan apabila anda ada ilmu yang betul.

Tetapi, boleh juga mengalami kerugian jika tiada ilmu dalam apa yang anda lakukan.

Pendek kata, kedua-dua perniagaan online dan offline memerlukan ilmu yang tersendiri. Anda boleh memilih untuk mengusahakan perniagaan secara online atau offline atau kedua-duanya.

Bak kata Dr. Azizan Osman,

“kita perlu ada mentor, ilmu, sistem yang terbukti berkesan, tindakan luar biasa dan impian yang jelas untuk berjaya dalam perniagaan yang dijalankan.”

Saya memilih untuk mengusahakan perniagaan dalam talian secara online kerana saya tertarik dengan seni perniagaan online itu sendiri.

10 Seni Menjual di Internet

1.   Anda boleh lakukan perniagaan online di mana sahaja

Perniagaan online tidak memerlukan anda menjaga kedai atau mengurus kedai anda. Sebaliknya anda boleh berada di mana sahaja yang anda inginkan asalkan ada talian internet sahaja.

Saya seorang yang tidak suka untuk buka dan tutup kedai dan menunggu pelanggan datang. Sebab itulah saya memilih perniagaan online yang lebih fleksibel.

2.   Kos yang rendah atau 0

Kos permulaan untuk perniagaan online adalah sekitar RM60 ke atas iaitu dengan kos domain dan hosting untuk website atau kedai online anda. Kos setup laman web, blog atau laman niaga seterusnya bergantung kepada kepakaran anda atau boleh mengupah orang lain melakukannya. Anggaran kos permulaan lebih kurang RM500.

Malah, anda tidak perlu pun membayar lebih sebenarnya, ada yang hanya menggunakan Blogspot dan Facebook sahaja sudah menjana keuntungan lumayan. Dan ada juga yang hanya menjual di Mudah.my dan sudah pun menjana keuntungan tanpa kos sedikit pun.

Berbeza dengan kos perniagaan offline, anda perlu membayar sewa kedai, kos elektrik dan air, gaji pekerja dan sebagainya.

3.   Semua benda boleh dijual

Ya, semua benda yang ada permintaan boleh dijual. Anda boleh lihat pelbagai barangan dan perkhidmatan ditawarkan di FB atau di Mudah.my .

Daripada servis penjagaan kucing, perabot terpakai sehinggalah anak angsa pun dijual di internet asalkan ada sahaja permintaan.

4.   Potensi pelanggan seluruh dunia

Potensi anda mendapat pelanggan di internet adalah tidak terhad. Jika perniagaan offline anda sudah pun mendapat ramai pelanggan, bayangkan anda menjadikan perniagaan offline anda menjadi secara online, sudah pasti pelanggan anda berganda-ganda.

Anda hanya perlu pilih untuk fokus dalam pasaran Malaysia atau juga pasaran antarabangsa.

5.   Keuntungan tinggi dan kerugian rendah

Anda boleh maksimumkan keuntungan dengan teknik marketing yang betul. Manakala kerugian adalah rendah disebabkan produk anda masih boleh dijual seperti biasa secara offline.

6.   Boleh bermula dengan ‘lone ranger’

Ya, anda boleh bermula walaupun anda seorang. Anda boleh menjual di blog, laman web, FB, Mudah.my, forum dan banyak lagi hanya dengan anda seorang.

Apabila anda sudah mahir selok belok perniagaan internet dan menjana keuntungan, barulah mulakan langkah seterusnya yang lebih serius dengan merekrut staf atau pembantu online.

Atau anda boleh outsource semua kerja teknikal dan fokus kepada perkara utama sahaja.

7.   Pelanggan mencari anda

Percaya atau tidak, anda sebenarnya tidak perlu mencari pelanggan. Apabila pelawat Google sesuatu produk, dan mereka temui kedai online anda, maka mereka berpotensi menjadi pelanggan anda.

Anda hanya perlu lakukan teknik pemasaran yang betul, meningkatkan trafik dan mengumpul database pelanggan untuk simpanan jangka panjang anda.

8.   Tidak perlu bercakap atau berjumpa orang

Pelawat hanya membaca maklumat produk anda di internet dan jika mereka berminat, mereka akan membuat tempahan dan pembayaran dan anda hanya perlu menghantar produk kepada mereka.

Jika mereka perlukan maklumat lanjut, mereka boleh emelkan atau SMS anda. Paling tidak pun mereka akan call anda bercakap melalui telefon. Uniknya, anda masih lagi tidak perlu berjumpa dengan mereka.

9.   Pelbagai portfolio

Perniagaan internet amat luas samaada perniagaan digital, perniagaan fizikal, servis atau perkhidmatan, affiliate dan banyak lagi.

Anda tidak semestinya ada produk terlebih dahulu. Anda boleh mempromosikan produk orang lain dan menjana komisen daripada jualan yang terhasil.

Pilihan perniagaan amat luas. Anda hanya perlu pilih SATU dan lakukan sehingga berjaya. Kemudian, barulah pelbagaikan lagi portfolio perniagaan internet anda.

10.   Boleh di buat secara part-time

Menariknya, anda tidak perlu pun berhenti kerja hanya untuk melakukan perniagaan internet.

Sebaliknya, lakukanlah secara part-time sahaja.

Saya pun masih lagi bekerja kerana saya gembira dengan pekerjaan saya. Dan saya juga gembira dengan perniagaan online saya.

Apabila tiba masa yang sesuai iaitu apabila perniagaan online anda menjana pulangan konsisten setiap bulan melebihi gaji anda, barulah anda fikirkan untuk lebih serius secara full-time.

Inilah antara 10 seni menjual di internet yang menjadikannya unik dan mempunyai kelebihan tersendiri.

Sudah pasti, perniagaan offline pun ada seninya tersendiri kerana anda mengurus dan memegang wang setiap hari, bertemu pelanggan dan berinteraksi dengan mereka, memiliki staf yang ramai dan sebagainya.

Saya percaya setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan serta pilihan masing-masing. Sekiranya, anda telah pun memiliki perniagaan offline, maka adalah tidak salah untuk anda menjenamakan perniagaan anda secara online.

Sebaliknya, jika anda masih tercari-cari cara untuk menjana pendapatan tambahan, kewangan yang terhad dan ingin mencari pengalaman.

Lebih-lebih lagi jika anda berminat dengan seni perniagaan online, maka teruskan mencari ilmu dan pelajari kemahiran yang diperlukan, strategi dan teknik. Cari mentor anda dan teruskan sehingga anda berjaya.

persistent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *