• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Travelog Motivasi Bangkit

  • Blog

10 Tip Kaya & Berjaya – Dr. Azizan Osman

October 20, 2012 by zul press 31 Comments

Pesan mentorPada tahun lepas, saya berpeluang mengikuti Seminar Transformasi Hidup & Kekayaan oleh Dr. Azizan Osman. Melalui seminar ini, banyak ilmu dan tips berguna yang diperoleh bagi mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Untuk itu, pada ruangan Pesan Mentor ini, saya kongsikan antara tips untuk Kaya & Berjaya dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Dalam Seminar Transformasi Hidup & Kekayaan, Dr. Azizan Osman telah kongsikan 10 kuasa (power) yang seringkali kita terlepas pandang dalam kehidupan kita. Berikut adalah hasil daripada catatan yang saya buat di seminar ini. Juga, saya telah selitkan beberapa kata-kata inspirasi sebagai motivasi untuk kita bersama.

10 Kuasa Untuk Berubah

1.  Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur)

‘Jika kita benar-benar ingin menikmati hidup, mulailah dengan ucapan syukur setiap hari’

Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita di dalam hidup ini. Nikmat iman dan Islam, nikmat kita masih lagi dapat bernafas, nikmat masa, nikmat rezeki yang kita peroleh, nikmat kesihatan, nikmat ilmu pengetahuan dan banyak lagi nikmat yang sudah pasti kita tidak dapat untuk menghitungnya.

Lihatlah apa yang kita ada, bukannya apa yang kita tiada. Nescaya kita sentiasa kaya iaitu kaya jiwa.

Mari kita bersyukur sebanyaknya dan menggunakan setiap nikmat yang kita ada dengan sepenuhnya untuk kebaikan kerana kita yakin janji Allah Taala :

“’Jika engkau bersyukur, pasti aku akan menambahkan nikmatku kepadamu, namun jika engkau kufur, ketahuilah bahawa azabku amat pedih’ ~ QS. Ibrahim:7

Adakah kita sudah bersyukur kepada-Nya pada hari ini?Alhamdulillah.

2.  Power Of Giving (Kuasa Memberi)

Jadikan tujuan utama hidup kita setiap hari adalah untuk memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya. Memberi walaupun sedikit atau sekadar senyuman yang manis. Senyuman manis itu juga adalah sedekah.

Sudah ketetapan Allah Taala, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.

Memberilah pada manusia sebanyaknya, dan meminta pada Allah Taala sebanyaknya.

Memberi tidaklah terhad pada wang semata-mata. Memberi dari segi ilmu, masa, tenaga dan pertolongan, sedekah dan sebagainya.

The more  you give, the more you get

The more you share, the more you get

Orang yang sentiasa memberi, hidupnya sentiasa diberkati.

3.  Power Of Focus (Kuasa Fokus)

Hidup kita dicorakkan oleh apa yang kita fokus setiap hari.

Fokus pada perkara yang baik dan positif, maka kita akan melihat perkara dan hasil yang positif. Situasi sebaliknya juga adalah benar.

Oleh itu, hanya fokus pada apa yang kita mahu, insyaAllah kita akan bekerja kearah apa yang kita mahukan.

Apa yang kita fikir juga adalah doa. Programkan sel otak dan minda bawah sedar kita “Saya Kaya & Berjaya”, insyaallah kita akan menjadi kaya dan berjaya.

4.  Power Of Dreams (Kuasa Impian)

Impian akan menjadi kenyataan apabila kita menulisnya. Jika tidak, ia hanyalah angan-angan.

Tetapkan impian kita, apa yang kita hendak capai dalam hidup ini dan tulis di atas kertas. Lihat impian tersebut setiap hari dan gambarkan kita telah mencapai impian tersebut. Secara tidak langsung, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi.

Sudahkah anda tulis apakah 100 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini?

101 Perkara Untuk Dibuat

 5.  Power Of Action (Kuasa Bertindak)

“You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.” – Anthony Robbins

Kuasa bertindak adalah kunci paling penting. Tanpa tindakan, tiadalah hasil. Semakin cepat kita bertindak, semakin cepat kita melihat hasilnya. Fast action, fast result!

Kita hari ini adalah hasil tindakan kita beberapa tahun yang lepas. Kita dalam 3 tahun atau 5 tahun akan datang adalah hasil tindakan kita pada hari ini.

Tetapkan tindakan yang kita perlu lakukan, jangan tunggu betul-betul sempurna baru ingin bertindak. Tetapi buat sahaja.

Bertindak sekarangPesan Dr. Azizan : Jangan percaya, buat je…Fast action, fast result!

‘Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu.’

“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result” – Mahatma Gandhi

Jika kita masih belum mampu bertindak, mungkin ilmu kita belum cukup lagi. Teruskan menambah ilmu samaada mencari mentor, membaca, mengikuti seminar, bengkel dan sebagainya.

6.  Power Of Character (Kuasa Karakter)

Karakter yang baik dan menarik membuatkan orang lain tertarik terhadap kita. Peribadi kita, cara kita bertindak, cara kita berinteraksi dan melayan orang lain, cara berpakaian, dan wajah yang ceria adalah antara karakter yang mencerminkan peribadi kita.

Bina karakter dan watak diri yang positif untuk Kaya & Berjaya. Karakter dan akhlak terbaik yang kita perlu contohi adalah karakter dan watak peribadi nabi Muhammad S.A.W.

7.  Power Of Emotion (Kuasa Emosi)

Orang yang kuat, adalah orang yang dapat mengawal emosi marahnya sebagaimana dalam hadis Nabi. Inilah peranan emosi.

Kawal emosi untuk kita mengawal diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Bertindak dalam keadaan tenang, akan membuahkan hasil yang terbaik.

Untuk mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan tenang, hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan berfikir kesan atau akibat masalah yang dihadapi.

Amalkan berwuduk, berzikir dan membaca al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah Taala, hati akan meniadi tenang.

8.  Power Of Teamwork (Kuasa Kerjasama)

Tidak ada orang yang berjaya hanya dengan bersendirian. Kita perlukan bantuan orang lain untuk berjaya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kerjasama amat penting dalam sesuatu pasukan. Kerja menjadi lebih cepat dan mudah apabila lebih ramai yang terlibat.

Kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Disinilah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas atau leverage.

9.  Power Of Contribution (Kuasa Sumbangan)

Sumbangan termasuklah sumbangan ilmu, masa, tenaga, makanan, harta benda dan wang ringgit. Amalan memberi sumbangan dan berkhidmat kepada yang memerlukan akan menambah rezeki dan pahala kita.

Semoga kita menjadi golongan tangan yang diatas iaitu tangan yang memberi walaupun jumlahnya tidak banyak.

 10.  Power Of Attitude (Kuasa Sikap)

Sikap positif membuahkan keputusan yang positif. Untuk Kaya & Berjaya, kita perlu kaya dengan sikap positif bermula daripada cara fikir (mindset), cara hidup, kaya jiwa dan kaya harta.

 

Kaya berjaya

Semoga kita dapat mengamalkan 10 tip menjadi Kaya & Berjaya ini. InsyaAllah.

Semoga artikel ini bermanfaat. Silakan tonton video khas daripada saya di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan rakan anda dan tinggalkan pendapat anda di bawah. 🙂

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Bangkit Perniagaan Tagged With: dr. azizan osman, pesan mentor, tips kaya berjaya, transformasi hidup

Reader Interactions

Comments

  1. hafiz says

    January 7, 2013 at 3:02 pm

    mintak izin copy maklumat yang berguna ini untuk panduan. TQ 🙂

    Reply
    • zul press says

      January 7, 2013 at 8:26 pm

      silakan,tuan. moga bermanfaat 🙂

      Reply
  2. bangjed says

    April 16, 2013 at 1:57 pm

    nak mintak izin copy n share…..tqvm……..

    Reply
    • zul press says

      April 19, 2013 at 8:19 pm

      silakan 🙂

      Reply
  3. azemidaud says

    February 25, 2014 at 10:43 am

    Pandangan tuan amat baik dan semuga kita semua terus kaya

    Reply
    • zul press says

      February 25, 2014 at 6:57 pm

      Amin. 🙂

      Reply
  4. mfzul says

    April 2, 2014 at 12:02 pm

    Mohon copy ye tuan.

    Reply
    • zul press says

      April 4, 2014 at 6:21 pm

      silakan tuan. moga ramai mendapat manfaatnya.

      Reply
  5. shahrul says

    June 6, 2014 at 3:03 pm

    Salam En.Zul,

    Saya ingin bertanya. Apakah software yang tuan gunakan dalam menghasilkan video diatas ini? saya amat tertarik dengan video tersebut. Dan ingin menghasilkan satu video untuk tujuan pembelajaran.

    Reply
    • zul press says

      June 6, 2014 at 3:25 pm

      Wkmslm.
      Saya gunakan Animoto , boleh ke laman web Animoto di http://www.animoto.com , daftar untuk buat video 10 saat percuma, untuk beberapa minit hingga 10 minit langgan pakej sebulan USD 5 dalam RM15 sebulan. Bila-bila masa boleh batalkan langganan jika tidak digunakan. Ada banyak template yang boleh digunakan beserta dengan pelbagai jenis lagu background.
      Semoga membantu. 🙂

      Reply
  6. murni says

    September 13, 2014 at 12:20 am

    nice sharing! masa untuk praktik!

    Reply
    • zul press says

      September 13, 2014 at 9:16 am

      Alhamdulillah, ya betul tu, ilmu perlu diamalkan. 🙂

      Reply
  7. Junainah Mohamed says

    October 21, 2014 at 7:30 am

    alhamdulillah…terima kasih atas perkongsian saudara. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya 🙂

    Reply
    • zul press says

      October 22, 2014 at 8:16 am

      Amin. 🙂

      Reply
  8. Sermalyn nasir says

    October 30, 2014 at 4:10 pm

    Terima kasih..atas perkongsiannya..
    semoga perkongsian.ini menjadi
    manfaat kepada semua orng..
    inshallah

    Reply
    • zul press says

      October 30, 2014 at 5:27 pm

      amin. inshaAllah. 🙂

      Reply
  9. Maizura says

    March 14, 2015 at 11:03 pm

    In sha Allah akan terus berkunjung ke sini

    Reply
    • zul press says

      March 15, 2015 at 2:55 pm

      terima kasih. silakan. 🙂

      Reply
  10. Shabariah says

    March 16, 2015 at 9:38 am

    tuan nak mintak izin copy n share…..tqvm……..

    Reply
    • zul press says

      March 16, 2015 at 2:34 pm

      silakan 🙂

      Reply
  11. ica says

    April 6, 2015 at 7:10 pm

    Nk copy bole..

    Reply
    • zul press says

      April 9, 2015 at 4:16 am

      boleh, silakan 🙂

      Reply
  12. Ainul says

    May 30, 2015 at 2:15 am

    Terima kasih atas perkongsian ilmu ni. Semoga tuan sentiasa diberi kekayaan, kejayaan, kesihatan, keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Mohon share elmu tuan ya.

    Reply
    • zul press says

      May 30, 2015 at 9:46 pm

      Amin. untuk puan juga doanya. 🙂 silakan.

      Reply
  13. nora says

    June 16, 2015 at 10:52 am

    Mohon copy and share. tq.

    Reply
    • zul press says

      June 27, 2015 at 7:31 am

      silakan cik puan.

      Reply
  14. asyraf says

    July 25, 2015 at 2:07 pm

    nak copy boleh tuan?

    Reply
    • zul press says

      July 29, 2015 at 5:13 am

      silakan. moga ramai dapat manfaatnya 🙂 insyaAllah.

      Reply
  15. Fatin Nuruddin says

    October 18, 2015 at 8:52 pm

    Minta izin copy and share

    Reply
  16. nina kate says

    February 17, 2017 at 4:00 pm

    Mohon share di blog saya juga ye..

    Reply
    • zul press says

      February 18, 2017 at 7:35 am

      silakan. moga besar manfaatnya 🙂

      Reply

Leave a Reply to zul press Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Motivasi Muslim
  • Bangkit Perniagaan
  • FB Live
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit