4 Tip Hidup Kaya Berjaya

Jalan kaya berjaya

Assalamualaikum w.b.t dan salam kaya berjaya.

Kejayaan dan kekayaan tidak datang bergolek. Melainkan seseorang itu dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya atau berkahwin dengan putera raja. 🙂

Realitinya, ramai yang masih berusaha mencari rezeki dan pendapatan tambahan selain daripada bekerja setiap hari.

Lebih-lebih  lagi dalam kehidupan zaman sekarang yang hampir semuanya memerlukan wang.

Justeru, dalam tulisan kali ini saya kongsikan 4 tip kaya dan berjaya dalam perniagaan atau dalam setiap aspek kehidupan yang anda inginkan.

4 Tip Kaya Berjaya

1.   Buat keputusan apakah makna “Kaya” bagi diri anda.

Apakah erti kekayaan kepada anda?

Definisi kaya bagi setiap orang adalah berbeza.

Umumnya masyarakat melabel seseorang itu kaya apabila mereka mempunyai harta yang banyak dan duit berjuta-juta.

Sebenarnya, kaya tidak terhad kepada wang semata-mata. Kaya juga boleh terdiri daripada kaya jiwa, kaya kesihatan, kaya dalam kehidupan berkeluarga dan banyak lagi sebagaimana saya telah huraikan dalam Ebook 8 Jenis Kekayaan – Rahsia Hidup Kaya Berjaya (percuma).

Jadi, apakah makna kekayaan kepada anda? Mencapai juta pertama anda pada umur 30 tahun? Atau dapat memiliki apa jua yang anda inginkan? Atau mencapai tahap kesihatan yang ideal? Atau lainnya terpulang kepada definisi kekayaan pada anda.

Setelah anda mengenalpasti makna kekayaan anda, sekarang anda ingin tetapkan satu target, matlamat dan impian yang besar untuk anda capai dan menjadi kaya dengannya.

Anda digalakkan menetapkan setiap target dan matlamat kekayaan anda bagi setiap jenis kekayaan. Kemudian, pilih 3 jenis kekayaan yang anda ingin fokus terlebih dahulu.

Contohnya, saya telah pilih kaya harta benda sebagai salah satu fokus kekayaan saya.

Katakan definisi kaya harta yang saya tetapkan adalah ingin mencapai pendapatan pasif dan mencapai juta pertama pada umur 30 tahun dalam perniagaan online.

2.   Lihat dan kaji mereka yang telah berjaya dan apa yang mereka telah buat.

Ya, cara paling pantas adalah lihat dan tiru mereka yang telah berjaya dalam bidang yang sama dengan anda.

Ringkasnya, cari mentor dan tiru apa yang mereka buat.

Contohnya, matlamat saya adalah ingin mencapai pendapatan pasif dalam perniagaan online.

Jadi, saya perlu mencari ilmu dalam pelaburan, perniagaan dan perniagaan online.

Antara mentor yang saya telah kenalpasti untuk saya lihat, kaji dan tiru apa yang telah mereka buat ialah Dr. Azizan Osman (Mentor Pemasaran) , Hj. Asri (Mentor Pelaburan), Robin Sharma (Mentor Pembangunan Diri), Pat Flynn (Blogger yang membina pendapatan pasif dengan Blog), Neil Patel (Mentor Online Marketing) dan ramai lagi.

Cedok setiap ilmu dan pengalaman mereka sama ada melalui buku mereka, audio, cd, blog atau seminar mereka.

Buat pelaburan ilmu dan sentiasa belajar dan belajar.

Kemudian, buat tindakan sebagaimana yang mereka buat di samping anda melakukan beberapa perubahan mengikut situasi anda.

3.   Perhatikan dan catat perkembangan anda…try and adjust

Sudah pasti gaya hidup dan tabiat mereka yang berjaya berbeza dengan kebanyakan orang.

Mereka mempunyai gaya hidup tersendiri, cara mengurus masa dan produktiviti mereka yang tersendiri.

Disinilah pentingnya anda turut juga mengikut tabiat dan cara hidup mereka yang berjaya. Cara mereka bekerja, cara mereka mengurus masa dan cara mereka kekal bertenaga dan produktif.

Apabila anda melakukan perubahan di atas, amat penting untuk anda rekodkan dan catatkan perkembangan anda setiap hari dalam satu jurnal atau diari.

Lihat perkembangan anda setiap hari. Tulis apakah tindakan yang telah dan akan anda lakukan, idea-idea baru, kejayaan dan kegagalan anda dan apa yang anda syukuri setiap hari.

Kejayaan dan kekayaan tidak datang hanya semalaman. Tapi ia perlukan konsistensi, kesabaran, motivasi dan disiplin diri yang tinggi.

Tetapkan mindset cara fikir jutawan. Dan InsyaAllah satu hari nanti kita akan menjadi sebagaimana kita cakap, kita fikir, kita rasa dan kita buat.

4.  Jangan berhenti mencuba. Bersyukur dan bergembira dalam perjalanan menuju kejayaan.

Jangan berhentiTeruskan berusaha dan bekerja.

Bersyukur dan bergembira dalam membina kejayaan kecil menuju kepada kejayaan yang lebih besar setiap hari.

Bersyukur apa yang kita peroleh setiap hari sedikit atau banyak.

Jika gagal, bangkitlah. Lihat dan kaji kembali, kemudian lakukan perubahan.

Jangan berhenti dan teruskan belajar, mencuba dan mencuba. Berlari dan berlari.

Semoga tulisan kali ini dapat memberi lebih nilai buat anda dan silakan berkongsi agar lebih ramai mendapat manfaatnya. 🙂

Saya doakan semoga anda (dan saya) kaya berjaya dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *