9 Prinsip Cara Fikir dan Tindak Jutawan – Dr Azizan Osman

imkk small

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang membezakan orang biasa-biasa (golongan 90%) dan orang yang luar biasa berjaya (golongan 10%) adalah apa yang mereka fikir dan apa yang mereka lakukan

Pemikiran dan tindakan mereka berbeza dengan orang kebanyakan.

Jika anda dapat berfikir dan bertindak sebagaimana mereka, maka anda juga insyaAllah dapat berjaya seperti mereka dan tergolong dalam golongan 10%.

9 Prinsip Cara Fikir dan Tindak Jutawan – Dr Azizan Osman

1.   Tindakan biasa vs. Tindakan luar biasa

Tindakan yang sama setiap hari akan menghasilkan hasil dan keputusan yang sama.

Jika tindakan anda biasa, hidup sebagaimana biasa, kerja dan berehat, maka biasanya hasil atau gaji anda adalah sebagaimana biasa seperti bulan sebelumnya.

Sebaliknya, apabila anda cuba bertindak luar daripada kebiasaan, dengan melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan anda, seperti berniaga, atau membina pendapatan pasif, maka anda akan melihat hasil yang berbeza.

Justeru, pilihan di tangan anda untuk memilih tindakan biasa atau luar biasa.

2.   Fast Action Fast Result, Terhegeh-hegeh Action, Terhegeh-hegeh Result

Dalam bertindak, boleh pula dibahagikan kepada 3 golongan iaitu golongan yang bertindak pantas, golongan yang terhegeh-hegeh bertindak, dan golongan yang tidak bertindak.

Sudah pasti, golongan pertama lebih baik daripada kedua dan seterusnya.

Lebih cepat anda bertindak, maka sudah pasti lebih cepat anda melihat dan mendapat hasilnya.

Begitu juga sebaliknya. Lebih-lebih lagi jika tidak bertindak, masakan akan melihat hasilnya.

3.   The More You Give, The More You Get Back

Lebih banyak anda beri kepada orang lain, lebih banyak anda akan dapat kembali dalam bentuk yang sama atau tidak sama.

Semakin ramai anda membantu menyelesaikan masalah orang lain dengan bisnes anda, maka semakin banyak pendapatan yang anda peroleh.

Cuma, memberilah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Dan, Allah akan mengaturkan rezeki yang tidak disangka-sangka buat mereka yang suka bersedekah dan membantu orang lain. Yakinlah.

4.   Setiap Apa Yang Kita Buat, Fikir, Niat Dan Sebut Adalah Doa

Anda adalah apa yang anda fikirkan.

Apabila anda fikir mustahil anda akan berjaya, maka ia adalah benar.

Dan sebaliknya jika anda fikir anda mampu berjaya menjadi jutawan dunia akhirat, insyaAllah ia juga akan menjadi kenyataan.

Apa yang kita buat, fikir, niat dan sebut akan menurut sebagaimana yang kita setkan.

Jika settingnya betul, maka hasilnya insyaAllah akan betul.

Tetapi jika settingnya salah, sudah tentu hasilnya juga negatif.

Oleh itu, betulkan segala tindakan, cara fikir, niat dan apa yang disebut setiap hari ke arah perkara positif untuk menarik segala yang positif di dalam hidup kita.

5.   Lebih Jelas Dan Clear Kita Bayangkan Apa Yang Kita Inginkan, Lebih Mudah Dan Cepat Kita Akan Dapat

Imaginasi sama pentingnya dengan pendidikan.

Apa yang anda bayangkan di dalam minda, ia akan menjadi satu setting ketetapan di dalam minda bawah sedar anda.

Lebih jelas, tepat dan clear apa yang anda bayangkan di dalam minda fikiran, lebih mudah minda bawah sedar anda bekerja menjadikan impian anda satu kenyataan.

Jika anda inginkan sebuah rumah, maka bayangkan rumah yang macam mana, di mana, berapa tingkat, susun atur rumah, halaman rumah, apa yang ada di dalam rumah dan sebagainya.

Maka, impian anda menjadi lebih jelas dan lebih jelas lagi.

Hasilnya, minda bawah sedar anda akan bekerja, memberikan idea dan buah fikiran, bagaimana untuk menjadikan impian anda satu kenyataan dengan izin Allah.

6.   MESTI

Mentor, Elmu/Emosi, Sistem, Tindakan dan Impian/Ilmu.

Untuk mendalami MESTI, silakan berguru dengan Dr Azizan Osman sebagai pengasas MESTI.

7.   It Is Now Or Never

Orang yang berjaya, melakukan kerja dengan cepat dan melakukannya SEKARANG.

Mereka tidak bertangguh dan menunda-nunda sesuatu perkara.

Mereka mempunyai perancangan dan melakukan perkara yang betul pada waktu yang betul.

Elakkan bertangguh, dan lakukan sekarang atau mungkin anda tidak berpeluang melakukannya lagi.

8.   Saya Kaya Berjaya dan Anda Kaya Berjaya

Saya Kaya Berjaya dan Anda Kaya Berjaya adalah ungkapan pengukuhan diri, sebagai doa, bagi meningkatkan keyakinan seseorang untuk mencapai kejayaan dunia akhirat.

Impian untuk Kaya Berjaya Dunia dan Akhirat merupakan impian saya dan impian anda. Sama-sama kita berusaha mencapainya insyaAllah.

9.   If You Believe What You Believe, Your Belief Comes True

Andalah apa yang anda fikirkan.

Jika anda percaya anda akan berjaya, insyaAllah satu masa nanti anda akan berjaya.

Dan sebaliknya adalah benar.

Oleh itu, mari betulkan kepercayaan dan keyakinan bahawa kita akan berjaya.

Apa yang penting, kita bertindak sekarang dan terus bertindak.

Hasilnya pula kita serahkan kepada Allah, bagaimana dan bila, untuk menjadikan impian dan kepercayaan kita satu kenyataan.

Semoga dapat kita amalkan cara fikir dan tindak di atas. InsyaAllah.

Like & share.

(Kredit gambar : Roslinah.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *