Assalamualaikum w.b.t
Bisnes makanan adalah antara bisnes perniagaan yang tidak akan tutup dan sentiasa mendapat permintaan.
Bermula daripada jualan makanan secara kecil-kecilan, menjaja, gerai pasar tani atau pasar malam, restoran, katering, jualan bakeri, makanan frozen, makanan segera dan banyak lagi.
Namun, tidak semua orang minat berniaga produk makanan.
Bagi yang minat, mungkin tidak tahu bagaimana ingin bermula, perniagaan apa yang ingin dilakukan dan bagaimana caranya.
Jangan bimbang, apa yang penting adalah minat berniaga itu sendiri dan keinginan untuk belajar sesuatu perkara yang kita tidak tahu, sikap tidak takut mencuba dan tidak berputus asa. Dengannya, insyaAllah apa jua perniagaan yang kita lakukan akan berjaya.
Lagipun, perniagaan boleh dilakukan secara separuh masa sahaja dan tidak semestinya dilakukan sepenuh masa.
Untuk itu, saya kongsikan antara perniagaan makanan yang boleh anda lakukan, secara separuh masa atau sepenuh masa, boleh bermula dari rumah dan tidak perlukan pekerja yang ramai tetapi keuntungannya lumayan.
Saya juga sertakan sekali link bagi Panduan Tutorial yang dijual di pasaran sebagai rujukan pembelajaran anda.
13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
1. Bisnes Burger
Kebanyakan orang suka burger terutamanya lelaki.
Di mana-mana sahaja ada gerai burger dan ia dijual bila-bila masa sahaja.
Sekiranya anda sudah ada pengalaman, maka teruskan berniaga burger, atau lakukan franchise.
Sebaliknya, jika belum, pelajari ilmu bisnes burger daripada pakar.
Cari mentor anda dan pelajari cara-cara menjalankan perniagaan burger.
Antara panduan yang menarik, anda boleh lihat Panduan Bisnes Burger yang disediakan oleh anak Jutawan Senyap, Chef Li.
2. Murtabak dan Roti Canai
Selain daripada burger, murtabak dan roti canai adalah makanan kegemaran orang Malaysia.
Perniagaan ini ada di mana-mana dan mempunyai ramai pelanggan.
Jika anda sudah lama ingin membuat bisnes murtabak atau roti canai, inilah masanya untuk anda mulakan impian perniagaan makanan anda.
Jika ingin belajar, boleh belajar melalui panduan Bisnes Roti Canai yang telah bantu ramai orang berjaya di sini.
3. Roti Bun, Pau dan Pizza
Adakah anda suka makan roti bun, roti pau dan pizza? Jika ya, potensi pelanggan untuk bisnes ini amat luas.
Keuntungannya juga hampir 3 kali ganda.
Anda boleh pasarkan roti anda di kedai berhampiran rumah anda, di pejabat, di kantin sekolah dan sebagainya.
Jika anda minat, anda boleh belajar lanjut melalui video yang telah disediakan (hanya bagi mereka yang serius ingin membuat bisnes bun, pau dan pizza) dan jana pendapatan sampingan dengannya.
Boleh lihat panduan resepi bun, pau dan pizza di sini.
4. Putu Piring, Putu Bambu
Sekiranya anda minat dengan putu pula, anda boleh mulakan bisnes menjual aneka putu seperti putu piring, putu bambu, putu coklat dan banyak lagi.
Ia tidaklah susah untuk membuat putu dan menjual putu, jika dengan ilmu dan teknik yang betul.
Anda boleh belajar lanjut dan rujuk Panduan Resepi Aneka Putu di sini.
5. Roti Buku Loaf, Donut, Roti Sarang Lebah
Sebut sahaja roti, semua orang suka. Siapa yang selalu beli dan makan roti setiap hari?
Saya pun sama. Nak lebih jimat, anda boleh cuba belajar buat roti sendiri dengan video tutorial.
Nak jimat duit poket sambil tambah income, boleh cuba belajar buat roti sendiri.
Macam-macam jenis roti anda boleh buat. Lepas buat, ambil gambar, mana tahu ada kawan2 nak order sekali.
Tak pasal-pasal jadi bisnes 🙂
Klik di sini untuk panduan video buat aneka roti loaf dan donut 🙂
6. Kek Cawan (Cup Cake)
Jika anda suri rumah, bisnes kek cawan atau cupcake antara yang sesuai untuk anda.
Anda juga boleh bermula secara kecil-kecilan hanya dari rumah pada waktu lapang anda.
Ada yang sudah menjana 3-4 angka sebulan dengan bisnes kek cawan atau cupcake ini.
Anda boleh pelajari lanjut bagaimana membuat cupcake dan menjualnya dengan merujuk panduan buat cupcake di sini.
7. Kek coklat
Selain cupcake dan muffin, kek coklat juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Selain anda boleh buat kek coklat untuk makanan sekeluarga, anda juga boleh ambil tempahan kek coklat dan jana pendapatan sampingan dengannya.
Jika anda ingin belajar membuat kek coklat yang sedap, boleh belajar di sini.
8. Dadih, air dan dessert
Bisnes dadih, air dan dessert adalah antara yang paling mudah, kos rendah tetapi margin keuntungan lumayan.
Hampir semua orang suka dadih dan dahagakan air lebih-lebih lagi apabila cuaca panas.
Inilah peluang anda membekalkan dadih buatan anda sendiri dan tambah pendapatan sampingan anda. Anda boleh jual di hadapan sekolah, di hadapan masjid, pasar malam dan banyak lagi tempat orang berkumpul.
Belajar buat dadih cara pakar dan mulakan bisnes air di sini.
9. Aiskrim
Aiskrim hanya perlukan kos rendah tetapi margin keuntungan yang tinggi.
Ia bergantung kepada sebanyak mana anda dapat jual aiskrim anda. Kuncinya adalah lokasi.
Untuk gandakan jualan aiskrim anda pula, letakkan di lebih banyak tempat.
Belajar dari pakar dan hasilkan aiskrim yang lazat dan seterusnya jana pendapatan lumayan dari rumah.
Untuk belajar membuat dan membuka bisnes ais krim, sila rujuk panduan lengkap dari chef dan pakar usahawan ais krim di sini.
10. Soya dan taufufah
Anda sukakan taufufah? Ingin belajar dan berniaga taufufah atau untuk dimakan sendiri. Air soya dan taufufah juga adalah bisnes mudah tapi keuntungan yang tinggi. Untuk pelajari cara membuka dan memulakan perniagaan bisnes soya dan taufufah dan belajar resipi membuat taufufah sendiri, sila klik di sini.
11. Aneka deco kek dan kek hari jadi
Anda minat belajar membuat kek? Kek dekorasi dan kek hari jadi juga mempunyai permintaan tinggi. Semua orang suka kek. Jika anda minat membuat kek, jana pendapatan melalui bisnes kek dengan bermula kecil-kecilan.
Tidak mahir membuat kek bukan menjadi masalah lagi. Anda boleh belajar di sini dan hasilkan kek deco dan 13 aneka kek lagi yang boleh anda makan sendiri bersama keluarga dan dijual untuk mendapat pendapatan sampingan dari rumah.
Pelajari teknik membuat deco kek, kek hari jadi dan 13 aneka kek di sini.
12. Bisnes Air Balang
Bisnes paling senang tapi paling untung dengan keuntungan hingga 1000%? Bisnes air balang adalah bisnes air paling mudah, kos rendah dan boleh mula dalam masa yang singkat. Tiada pengalaman dan tidak tahu bagaimana ingin bermula? Anda boleh belajar di sini. Telah ramai yang mula memiliki bisnes air mereka sendiri. Baca lanjut di sini.
13. Bisnes Aneka Puff, Danish & Creampuff
Anda sukan makan puff, danish, pizza dan creampuff? Pelengkap kepada bisnes bun adalah pakej puff in. Pelbagai jenis aneka puff seperti pizza puff, mini pizza, danish, croissant, cream puff dan banyak lagi. Panduan dalam bentuk video yang anda boleh tonton dan praktikkan.
Belajar buat sendiri dan jadikan ia salah satu bisnes anda. Siapa tahu ia akan beri anda pendapatan lumayan seperti orang lain yang telah berjaya. Baca lanjut cara buat aneka puff, danish dan creampuff di sini.
Alhamdulillah. Harapan saya, semoga 13 idea bisnes makanan santai ini dapat membantu anda membuat pilihan perniagaan sampingan part-time atau sepenuh masa anda dan berjaya menjana pendapatan dengan bisnes makanan santai ini. 🙂
Tip dari saya, pilih satu yang anda minat, belajar dan mula bertindak. Masa tidak menunggu kita. Bertindak pantas untuk ubah hidup lebih baik daripada tidak ada tindakan yang diambil.
Moga anda kaya berjaya dunia akhirat. Amin.
norhafiza says
Aslm, terima kasih…perkongsian yang sangat bermanfaat untuk masyarakat.
zul press says
Wkmslm. sama-sama cik puan, alhamdulillah, moga ada manfaatnya. 🙂
violet vailent says
Assalamualaikum…ramai nak buat business tapi xnak kluarkan modal, mcm mna tuu.. Mana ada business xguna modal melainkan bisness pama punya iye dokk.. Bila sy cakap modal rm280 semua cakap mahal, mmg mahal laa kalau dalam kepala dah set “modal bisness 280 mahal” belum cakap yg rm5400.. Sedar tak sedar kita nak kerja ngn org pon pakai modal yee, blajar sana sini bukan free.. Org tnya dpt untung ke bisness ni, kita buat bisness nak untung.. Kalau buat bisness nak rugi awl2 lg dah lingkup.. Nak untung usaha laa, bkn goyang kaki.. Nak senang bukan senang, nak susah tak susah.. Ubah laa diri tu kalau nak berjaya, nak buat pape pon xmnjadi kalau asyik negatif jee mmnjang.. So, jom positifkan diri
Berminat?pm saya laju-laju…
Whatsapp 0173603236
Azzahairi says
Perkongsian yang berguna. Saya pernah jual dadih. Modal yang rendah dan cara pembuatan sangat mudah.
Irwan says
Assalamualaikum Tuan,
Info yang sangat bermanfaat. Harap tuan dapat berkongsi artikel cara2 untuk marketkan bisnes online di social media seperti instagram dan facebook.
Terima kasih.
zul press says
insyaAllah tuan irwan 🙂
Ns Anasani says
assalamualaikum saya insan yg tak pernah jangka akan berhenti kerja. Jadi masih ada tanggung jawab saya kena mencari jalan untuk meraih pendapatan. Untuk berkerja pada usia sekarang memang sukar. jalan terbaik berniaga tanpa pengalaman. Disini saya ingin ucapkan terima kasih kerana terlalu banyak info dan idea serta mengajar. Doa yg terbaik dari saya. Amin.
zul press says
wa ‘alaikumussalam w.b.t. alhamdulillah, sama-sama. semoga Allah beri kemudahan pada Ns Anasani dalam kehidupan kaya berjaya dunia akhirat juga. amin.
farish says
info menarik dan banyak input yang saya dapat. sangat bermanfaat.