6 Tip cara bina jenama perniagaan di internet, Google dan Facebook

7 Tools Perniagaan Internet

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dapat juga saya menulis kembali. Saya baru sahaja siapkan power point pembentangan master pendidikan yang saya ambil. Perlu fokus siapkannya terlebih dahulu dan juga siapkan satu projek blog dropship dan affiliate bagi produk kecantikan.

InsyaAllah akan terus menulis dan berkongsi di blog ini. Doakan saya dan semua pembaca sihat dan dipermudah segala urusan dunia akhirat. 🙂

Kali ini, sedikit perkongsian cara untuk membina jenama di internet khususnya di enjin carian Google dan Facebook.

Sekarang zaman online. Semua barang boleh dibeli secara online. Dan rata-rata penjual termasuklah pasaraya besar mula bergerak ke arah menjual secara online di internet.

Jadi, sudah pasti persaingan semakin bertambah sama ada di carian Google dan juga di Facebook.

Jadi bagaimana untuk kekal relevan dalam perniagaan online?

Caranya adalah kita mesti jadi aktif dan sentiasa belajar perkara baru.

Contohnya, jika kedai kita hanya di Facebook, sekaranglah masanya kita mula bina kedai online kita sendiri dengan jenama perniagaan kita sendiri.

Jenama besar seperti Mudah.my , AirAsia.com dan sebagainya menjadi tagline yang mudah diingat apabila ia mempunyai nama dan tapak laman web mereka sendiri. Di samping mereka juga aktif dalam laman sosial seperti FB dan Insta.

Oleh itu, mari kita lihat langkah-langkah kekal relevan dan bersaing di internet :

6 Tip Bina Jenama Perniagaan Di Internet

  1. Bina laman web perniagaan kita + blog

Jangan pandang rendah pada laman web .com dan blog. Jika anda sudah mempunyai laman web, anda perlukan blog yang mempunyai artikel perkongsian yang bermanfaat.

Tidak cukup sekadar laman web sahaja. Artikel blog andalah yang akan memberikan anda trafik yang banyak, autoriti, dan keyakinan bakal pelanggan untuk membeli dengan anda.

Dulu, saya mengambil servis buat laman web dan blog. Tapi, kebanyakan pemilik blog tidak mengemaskini laman web dan blog mereka. Mereka hanya mahu miliki blog sendiri tapi tidak mahu kemaskini blog mereka. Sebab itu blog lambat ranking dalam enjin carian Google.

Jangan lakukan kesilapan besar ini.

Jika belum ada laman web, tempah sekarang dengan membuat blog percuma di Blogspot atau lebih profesional laman web .com dengan membeli hosting dan domain dengan syarikat hosting. Saya recommend syarikat hosting Serverfreak dan NetKL.

Pilihan bajet pada kualiti premium adalah di NetKL. Pilih pakej hosting MySilverX, MyGoldX atau MyPlatinumX mengikut bajet anda.

Apabila kita sudah memiliki blog/laman web kita, pastikan sentiasa kemaskini dengan aktiviti terbaru. Jika kedai online, sentiasa update promosi terbaru dan juga produk terbaru.

Jangan biarkan blog/laman web tidak dikemaskini. Ini akan menyebabkan blog tidak tersenarai dalam page awal di enjin carian Google.

  1. Bina Facebook Page kita + kumpul Like + Database

Step seterusnya adalah bina jenama di Facebook dengan FB Page dan FB Profil.

Jangan menjual hanya di FB Profile. Sekarang, FB pun sudah ketatkan syarat tidak membenarkan menjual di FB Profile. Gunakan FB Page bisnes anda dan mula kumpul Like yang berkualiti. Seterusnya mula membina senarai pelanggan anda.

Bina FB Page dan selalu kemaskini aktiviti anda.

  1. Bina Instagram Page + Followers berkualiti

Seterusnya, anda boleh gunakan channel Instagram untuk berkongsi gambar produk, servis dan aktiviti syarikat anda.

Instagram adalah kedua selepas FB. Malah mungkin sama hebat dengan FB dengan peminat yang tersendiri.

  1. Bina Youtube Channel

Satu lagi pemasaran terbaik adalah dengan video. Mula share video testimoni, tip dan sebagainya dan anda akan lihat hasil positif untuk jangka masa panjang.

Ini kerana, ramai yang suka tonton video tapi tak ramai orang yang mampu hasilkan video untuk pasarkan produk mereka.

Inilah peluang anda untuk kuasai pemasaran video.

  1. Servis/Produk yang unik dan ada nilai tambah, banyak testimoni

Untuk jadi yang terbaik, produk dan servis kita mestilah pada yang terbaik yang mampu kita berikan.

Layan customer dengan baik.  Servis yang pantas dan respon yang cepat, mesra pelanggan adalah nilai tambah untuk bisnes anda pergi lebih jauh.

  1. Added Value

Sistem yang baik turut membantu. Sistem pengurusan database pelanggan amat penting untuk mengurus emel pelanggan, no telefon dan memudahkan kita berhubung dengan pelanggan yang ramai.

Sistem autoresponder dan sistem sms adalah sistem yang membantu bisnes anda.

Lakukan tip di atas dan insyaAllah anda akan lihat perniagaan anda sama tahap dengan perniagaan besar yang lain malah boleh bersaing dengan mereka.

Paling penting, lakukan dengan penuh kesabaran. Ramai gagal kerana mahukan hasil yang cepat tapi tindakan tidak seberapa dan akhirnya mula berputus asa. Teruskan apa yang kita telah mulakan dan hasilnya akan datang apabila sudah tiba masanya.

Salam kejayaan dari saya. Semoga bermanfaat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *