• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Travelog Motivasi Bangkit

  • Blog

Mengapa Matlamat Tidak Pernah Tercapai? – Datuk Dr. Maznah Hamid 2

February 13, 2013 by zul press Leave a Comment

Mencapai matlamat

“Jadilah insan yang luarbiasa usaha gigihnya..Jangan mudah menyerah kalah pada kepayahan..kerana itulah rahsia kekuatan..Di dalam mengejar matlamat dan impian, jangan sekali kau biarkan semangat itu lumpuh di tengah jalan..tak kira lah walau sebesar manapun ombak dan badai datang melanda..cari ‘Pengadang’ dan perkuatkan benteng ketahanan..Kuatkan Iman Dan Ketakwaan..Usah Gentar, kerana Allah sentiasa Bersama..Ingatlah! Kejayaan dalam Apa Jua, hanya Milik Orang yang ‘kuat’ dalam pelbagai aspek kehidupan! Selamat Memburu Kejayaan, Kebahagiaan Dunia Akhirat!”

Mari kita sambung perbincangan kita dengan tajuk yg. amat menarik dan penting iaitu ‘Mengapa Matlamat anda Tidak Pernah Tercapai?’

1.   Tidak tahu kepentingan matlamat dan bagaimana hendak merancangnya :

Kita membuat perancangan dengan matlamat jangka panjang yang memerlukan masa yang agak lama untuk mencapainya. Ini akan menghalang kita daripada melihat kesan segera sebagaimana yang kita impikan dan mengakibatkan kita hilang kepercayaan atau patah semangat (discourage).

2.   Tidak yakin kebolehan diri sendiri :

Tanpa keyakinan diri adalah mustahil bagi kita untuk mendapat apa yang kita cita-citakan. Tanpa keyakinan juga kita tidak dapat mengenal pasti dan menggunakan segala bakat dan potensi yang ada dalam diri. Dengan erti kata lain, kita tidak akan berupaya membangun dan merangsang high talent sel otak seperti kata pepatah Inggeris. “faith moves the mountain”. Hanya dengan mempercayai sesuatu matlamat barulah kita mempunyai keyakinan dan kepercayaan untuk melakukannya. Kita mesti mempunyai pendirian bahawa kita boleh mencapai apa jua yang kita inginkan jika kita benar-benar yakin yang kita boleh mencapainya.

3.   Berfikiran negatif menjadi penghalang pencapaian matlamat :

Seseorang yang berfikiran negatif sentiasa menganggap matlamat yang telah ditetapkan sukar dicapai. Dia enggan membuat imaginasi dan bersikap positif. Dia lebih menilai halangan dan masalah yang bakal timbul daripada memikirkan faedah yang boleh diperoleh dan dimilikinya. Oleh itu, dia tidak akan dapat melihat rahmat dan peluang yang tersirat di sebalik halangan yang timbul.

4.   Menjadi mangsa kepada perasaan takut :

Perasaan takut dan bimbang menyebabkan peluang yang terbentang luas dipersia-siakan. Setiap orang tanpa disedarinya mempunyai kemampuan bakat dan potensi tertentu dalam diri masing-masing. Sayangnya semua keistimewaan dirinya itu akan terkubur bersama-sama dirinya jika dia takut untuk mencubanya. Alangkah ruginya!

Mari sama2 kita kaji dan fikirkan mengenai setiap penyebab yang telah diperkatakan di atas.

Soal diri kita apakah tahap Keupayaan dan kesanggupan kita untuk menghadapinya. Menguasainya? Merubahnya? Selagi kita tidak sanggup merubah dan menyesuaikan diri dengan kehendak Kejayaan, selagi itulah tahap kejayaan kita tidak akan sampai ke puncaknya!

Ikuti sambungannya yang pastinya menarik dan penting!

 

(Sambungan Siri 3 : Strategi Berkesan Saya Merancang Matlamat)

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Bangkit Perniagaan Tagged With: mencapai matlamat, merancang matlamat

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Motivasi Muslim
  • Bangkit Perniagaan
  • FB Live
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit