• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Travelog Motivasi Bangkit

  • Blog

Seminar Hidup Luar Biasa Dr Azizan Osman & Afdlin Shauki

June 1, 2014 by zul press Leave a Comment

hlb 2014Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini, saya telah menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa bersama Dr Azizan Osman dan Afdlin Shauki di Kota Bharu.

Di bawah saya kongsikan beberapa mutiara ilmu yang telah saya peroleh di dalam Seminar Hidup Luar Biasa 2014 ini.

DR. AZIZAN OSMAN

KUASA IMPIAN

Hidup mesti mempunyai impian.

Ramai yang mengatakan mereka mempunyai impian, tetapi tidak disusuli dengan tindakan. Itu bukanlah impian tetapi sebenarnya angan-angan.

Dengan impian, kita akan buat yang terbaik di dalam hidup dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

Soalannya, kita hidup untuk apa? Apakah sekadar dilahirkan, belajar, berkahwin, bekerja dan seterusnya meninggalkan dunia ini.

Allah tidak jadikan kita sia-sia. Bukan setakat untuk kita hidup sekadar itu sahaja.

Allah mahukan kita menjadi manusia yang terbaik, yang boleh memberi manfaat kepada agama, ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat,dan negara.

Dengan impian, datanglah rasa NAK jadikan ia kenyataan. Kita akan mencari jalan dan bertindak dengan kesungguhan luar biasa.

Impian hendaklah impian yang betul-betul jelas dan luar biasa.

2 impian yang ingin dicapai iaitu kebebasan masa dan kebebasan kewangan.

Kebebasan masa memberikan lebih ruang untuk kita bersama keluarga, anak-anak, menuntut ilmu, dan melakukan pelbagai perkara yang kita kehendaki.

Kebebasan kewangan memberikan kita lebih peluang untuk membantu ahli keluarga, jiran tetangga dan mereka yang memerlukan.

Pada masa nabi dahulu, tiada istilah makan gaji. Ramai yang berniaga. Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat baginda juga berniaga dan kaya raya. Tetapi jiwa mereka tetap tunduk kepada Allah Taala.

Sesibuk manapun kita mengejar dunia, jangan ditinggalkan solat 5 waktu.

Sebab itulah ramai yang kebocoran wang. Rezeki banyak yang masuk tetapi banyak juga yang keluar.

Harta yang banyak dirasakan tidak cukup dan tiada ketenangan dalam diri.

WHY / KENAPA

Impian perlukan WHY atau KENAPA yang kuat.

Jika WHY tidak kuat, tindakan tidak akan menjadi luar biasa.

WHY kerana untuk mengubah nasib keluarga, menunaikan impian ibu bapa, grandmother wish, dan menjadi manusia yang terbaik.

Semakin besar dan kuat WHY, maka tindakan akan menjadi luar biasa dan sanggup buat apa sahaja.

REZEKI

Rezeki menarik rezeki.

Hidup luar biasa

Rezekikan diri :

1. Mendapat ilmu adalah rezeki. Dengan ilmu, minda dan fikiran berkembang. Dengannya, kita dapat mencari lebih banyak rezeki Allah.

2. Dengan ilmu datangnya idea. Idea adalah rezeki. Kenapa orang lain mendapat idea dan bukannya kita. Ia adalah rezeki yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

3. Tindakan, pergerakan dan kesihatan adalah rezeki. Dengannya, kita dapat bekerja dan berniaga mencari rezeki.

Maka, janganlah kita ego dengan pemberi rezeki. Allah Maha Pemberi Rezeki.

Allah bila-bila masa sahaja boleh memberikan rezeki yang banyak kepada yang Dia kehendaki.

Berbuat baiklah dengan Yang Maha Pemberi Rezeki.

Sifat ego, sombong diri, berbuat dosa menghalang rezeki dan tandanya kita tidak bersedia menerima rezeki.

Ready to Receive

Allah akan kurniakan kepada kita rezeki yang melimpah apabila kita sedia untuk menerimanya.

Bagaimana?

Dengan jiwa yang tunduk, bertakwa dan bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki yang tidak dia sangkai.

KAPASITI MINDA

Dalam IMKK, Dr Azizan Osman menerangkan berkaitan kapasiti minda kita.

Sekiranya fikiran dan minda kita disetkan dengan jumlah wang yang sebanyak itu, maka kita akan perolehi jumlah sebanyak itu jugalah.

Oleh sebab itu, rezeki kita hanya setakat itu sahaja.

Dengan membetulkan fikiran dan minda kita berkaitan wang, maka kita akan dapat melihat lebih luas berkaitan rezeki.

Kapasiti minda yang luas tandanya kita sudah bersedia untuk menerima lebih banyak rezeki.

KUASA TINDAKAN

Rezeki juga berkadar dengan sejauh mana tindakan kita.

Setakat itu tindakan kita, maka rezeki kita pun banyak itu juga.

Oleh sebab itulah, kita perlukan tindakan yang luar biasa.

Kuncinya adalah tindakan yang luar biasa dan kesungguhan yang luar biasa.

Akhir sekali, ikut apa sahaja yang mentor ajar dan beritahu. Selagi tidak bercanggah, ikut dan follow sahaja. IKUT dan FOLLOW sahaja kerana mereka telah lalui jalan yang kita sedang lalui.

Sebab itu, carilah mentor yang telah terbukti berjaya dan sanggup mengajar kita sehingga kita turut berjaya sepertinya.

Sedut segala ilmu yang mentor kita ada, guna ilmu yang diberi, follow sahaja dan insyaAllah kita juga akan berjaya.

AFDLIN SHAUKI

WHY / KENAPA

Afdlin Shauki telah menceritakan kisah hidup beliau yang tinggal di rumah flat dan pernah emak beliau menangis dihadapannya kerana tidak dapat memberikannya wang untuk ke sekolah.

Sejak itulah, WHY miliknya menjadi semakin kuat dan kenapa dia harus berusaha untuk mengubah nasib keluarganya.

Tip yang dikongsikan Afdlin Shauki, bagaimana untuk kekalkan motivasi ialah dengan melihat gambar berkaitan WHY dan impian yang kita inginkan.

Mentor beliau mengajar untuk mengambil dan mengumpul gambar berkaitan impiannya, kemudian buat dalam bentuk video untuk dilihat berulang kali setiap hari dan tonton video tersebut setiap kali rasa down atau lemah.

BISNES APA?

Afdlin Shauki juga mulanya tiada idea untuk melakukan bisnes apa. Sehinggalah beliau membeli kain pelikat di stesen Petronas dan mendapat idea daripadanya untuk menghasilkan pelikat pants.

Semuanya berlaku dengan aturan Allah apabila beliau telah bersedia untuk menerima.

REZEKI UNTUK DIKONGSI

Pesan Afdlin Shauki, rezeki yang diperoleh adalah untuk dikongsi.

Kongsikan nikmat yang diperoleh dan segala aturan hidup akan menjadi teratur.

SEGALANYA LUAR BIASA

Akhir kata, hidup perlukan pengorbanan masa, tenaga, wang dan kesabaran.

Yang berjaya, adalah mereka yang mengambil tindakan. Iaitu tindakan yang luar biasa.

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Bangkit Perniagaan Tagged With: afdlin shauki, dr. azizan osman, hidup luar biasa

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Motivasi Muslim
  • Bangkit Perniagaan
  • FB Live
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit