Strategi Berkesan Saya Merancang Matlamat – Datuk Dr. Maznah Hamid 1

Merancang MatlamatAssalamualaikum w.b.t,

Dalam ruangan Mentor Niaga kali ini, saya tertarik dengan perkongsian mentor FB saya, Datuk Dr. Maznah Hamid , yang mana membincangkan tajuk berkaitan matlamat dan strategi dalam merancang matlamat yang berkesan. Ikuti perkongsian beliau berikut.

Di dalam Mengejar Matlamat dan Impian Mu, jangan Sekali2 kau biarkan Semangat Mu Lumpuh Di Tengah Jalan!
Tak Kira lah walau Sebesar manapun ombak dan badai datang Melanda Mu! Cari ‘Pengadang’ Mu.
Perkuatkan Benteng Ketahanan Mu! Kuatkan Iman Dan Ketakwaan Mu!
Usah Gentar, kerana Allah sentiasa Bersama Mu! Melindungi Mu.
Ingatlah. Kejayaan dalam Apa Jua, hanya Milik Orang yang ‘kuat’ dalam Pelbagai Aspek Kehidupan!
Selamat Memburu Kejayaan. Kebahagiaan Dunia Akhirat!

Teringat saya ketika muda2 dulu, bagaimana saya mula2 belajar merancang matlamat di penghujung tahun sebelum menjelang tahun Baru.

Saya akan memilih antara 7 Aspek Kehidupan iaitu 1. Mental 2. Rohani. 3. Jasmani 4. Kerjaya 5. Kewangan. 6. Keluarga 7. Sosial Kemasyarakatan.

Bagi mencapai kehidupan yang seimbang yakni, kita berjaya. Bahagia, hidup Senang, dan dihormati pula oleh masyarakat di atas khidmat jasa bakti kita pada mereka, maka kita wajib merancang matlamat kita meliputi ke 7 aspek kehidupan tadi. Mengikut kepentingan semasa kita, jika tidak, jadi tempang dan tidak seimbanglah pencapaian kita akhirnya.

Ingin saya kongsikan pada sahabat FB, tabiat saya, menulis, melakar, melukis, menggambarkan dengan jelas Apa jua yang ingin capai or berlaku pada diri saya dlm. Jangka masa 1 tahun, 2 or 3 tahun.

Saya akan tulis di kad sebesar kad kredit yg. boleh disimpan di dalam dompet. Berapa pendapatan yang perlu saya perolehi bagi membiayai apa yg. telah saya rancang, lukis lakar, di dinding bilik perpustakaan saya. Juga di dalam ‘Buku Kerja’ saya.

Suami saya akan ketawa bila melihat gambar2 yg. saya koyak dari majalah2 seperti Rumah. Kereta. Jenis Perniagaan. Siap dgn. peta sekali di mana tempat dan negeri dan Negara yang ingin kita buka kelak.

Tiap hari , tiap pagi saya akan melihat. Membaca, menilai matlamat2 tadi di dlm kad. Di dinding, di dlm. Buku Kerja dan pasang angan2 . Impian seolah2 ianya akan ‘Benar2’ terjadi kepada diri saya. Seolah2 tidak mustahil!

Secara tak langsung saya menjadi begitu bersemangat! Bertenaga, teruja utk. terus melaksanakan segala perancangan walau sebesar manapun rintangan. Halangan. Dugaan yang terpaksa saya tempuhi.

Begitulah di antara Strategi saya merancang matlamat setiap tahun. Semoga ianya memberi inspirasi dan Strategi pada sahabat semua utk. menulis dan menggambarkan objektif yg. jelas dan tepat dan cara pelaksanaannya.

 

(Sambungan Siri 2 : Mengapa Matlamat Tidak Pernah Tercapai?)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *