Assalamualaikum w.b.t
Bisnes perniagaan dropship adalah model bisnes paling mudah dan senang dengan kosong modal atau modal yang rendah.
Dropship adalah kita sebagai wakil jurujual produk bagi pemilik produk.
Kita akan mendapat harga dropship yang lebih rendah daripada harga asal produk.
Kita perlu mempromosikan produk dengan bahan promosi yang telah disediakan oleh pemilik produk.
Apabila kita telah mendapat pelanggan yang ingin membeli produk tersebut dengan kita, maka kita akan jual dengan harga asal kepada pembeli tersebut.
Kita akan memberitahu pemilik produk untuk menghantar produk kepada pelanggan kita tadi dan kita akan bayar kepada pemilik produk dengan harga dropship. Beza harga asal dengan harga dropship adalah untung yang kita dapat.
Seterusnya, pemilik produk akan pos/hantar produk ke alamat pembeli.
Dropship adalah bisnes paling mudah di mana kita tidak perlu menyimpan stok. Kita hanya perlu ambil tempahan pelanggan dan menempah produk dengan harga lebih rendah dengan pemilik produk. Semua urusan penghantaran produk diurus oleh pemilik produk.
TIP MULAKAN BISNES DROPSHIP DAN UPGRADE AGEN/STOKIS
- Pilih syarikat yang mempunyai pilihan produk yang banyak
- Pilih produk yang mendapat permintaan dengan testimoni yang banyak.
- Pilih syarikat yang serius dengan marketing seperti di TV, radio, billboard dan sebagainya. Ia akan memudahkan kita mempromosikan produk tersebut.
- Pilih hanya satu bisnes dropship supaya dapat FOKUS.
- Simpan untung untuk kita kumpul modal untuk upgrade menjadi agen/stokis nanti.
- Join dan aktif dalam grup Whatsapp atau grup dropship bisnes.
- Promosi secara offline seperti buka booth, pemasaran mulut ke mulut, edar flyers dan pemasaran online seperti di FB, Instagram, Youtube
- Sabar untuk berjaya, follow dan ikut mentor/bos anda
- Fikir positif – walaupun sudah ramai dropship yang lain, anda juga boleh berjaya apabila anda berusaha.InsyaAllah.
PRODUK/NICHE HOT UNTUK DROPSHIP
Pilih niche/produk yang evergreen iaitu sentiasa ada permintaan seperti :
- Produk kecantikan
- Produk kesihatan
- Produk makanan
- Produk barangan bayi
Semoga berjaya!
Jamie says
Tips yang sangat bagus .
Zaini says
Terima kasih tuan Zul atas info berguna. Bermula dengan dropship dapat mengurangkan risiko kerugiaan akibat simpan stok barang tidak laku. Untuk permulaan, dropship adalah terbaik.
Kak Su says
Produk kecantikan, kesihatan, makanan dan barangan bayi semua produk2 ni sentiasa saja ada permintaan nya kan?
Bagus tip dan panduan2 ni ramai yang mula dari dropship kemudian teringin nak upgrade ke agen tapi tak tau cara2 nya.
Mudah2an dengan tip2 di atas tadi dapat membantu mereka.
zul press says
ya sis. betul tu.