3 Cara Jana Pendapatan Pasif di Internet

pendapatan pasifAssalamualaikum w.b.t

Peluang menjana pendapatan di internet adalah banyak dalam pelbagai niche dan bidang.

Sekiranya anda masih baru di internet, di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat saya berikan untuk anda mula berjinak-jinak menjana pendapatan sampingan di internet.

Di bawah adalah antara 3 sumber pendapatan pasif di internet. Ia tidak termasuk menjual produk sendiri atau memberikan servis dan perkhidmatan di internet seperti menjual di Mudah.my , servis di Fiverr.com, iLancee.com dan sebagainya.

3 Cara Jana Pendapatan Pasif di Internet

  1. Affiliate

Affiliate adalah cara paling mudah dan risiko yang rendah. Tiada kos permulaan yang diperlukan. Dan anda tidak perlu membina produk anda sendiri.

Anda hanya perlu mendaftar dengan pemilik produk atau ejen jualan, dan promosikan link unik yang mengandungi nombor id anda. Jika ada pembeli yang membeli produk melalui anda, maka anda akan mendapat komisen.

Ia adalah mudah dan lumayan apabila dilakukan dengan strategi yang betul. Ramai pemasar affiliate antarabangsa dan juga tempatan dapat menjana wang tambahan hanya dengan mempromosikan produk orang lain.

Anda boleh ke Ashadee.com  dan Klikjer.com untuk mendaftar sebagai ejen affiliate dan mempromosikan pelbagai produk berkualiti di internet. Atau boleh ke Clickbank.com , Amazon.com dan JVZoo.com untuk pasaran luar negara.

Jika anda tiada asas, dan berminat belajar lebih lanjut berkaitan pemasaran affiliate, 2 rujukan ini saya cadangkan iaitu Panduan Lengkap Video Kursus Affiliate dan juga Formula Pemasaran Affiliate. Ya, kos pembelajarannya sudah pasti ada dan hanya yang benar-benar serius yang sanggup belajar.

Sehingga sekarang, saya sentiasa melaburkan sejumlah wang untuk belajar sesuatu perkara dan ilmu yang bermanfaat. Ini kerana, ilmu yang diperoleh akan membuka lebih banyak idea dan perkara baru yang tidak saya ketahui sebelum ini.

  1. Dropship

Selain affiliate, konsep dropship juga popular di negara kita.

Dropship adalah di mana anda menjual barang daripada pembekal dengan harga yang lebih daripada harga pasaran. Manakala, keuntungan daripadanya (yang telah dipersetujui) adalah milik anda.

Anda tidak menguruskan produk dan penghantaran, anda hanya mengambil bayaran dan kemudian menempah tempahan dengan pembekal. Pembekal yang akan menguruskan urusan penghantaran dan perkara yang lain.

Untuk mencari produk dropship, anda boleh sahaja taip di Google nama produk/kategori yang anda inginkan beserta perkataan ‘dropship’ seperti produk kesihatan dan kecantikan dropship

  1. Membina blog berkualiti

Sekiranya anda mahukan pendapatan pasif yang santai, anda juga boleh mencuba dengan blog. Iaitu menghasilkan blog dalam sesuatu topik sehingga ramai pelawat dan anda meletakkan iklan adsense/nuffnang dan iklan lain di blog anda.

Ia adalah projek 2 dalam 1, selain anda dapat membina kemahiran blogging anda, anda juga turut dapat menjana pendapatan pasif melalui klik iklan yang diperoleh di blog anda.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan iklan affiliate atau menawarkan perkhidmatan/servis atau menjual produk anda sendiri apabila anda telah mempunyai blog.

Anda boleh bermula dengan blog percuma seperti Blogspot.com atau jika mahu, terus bermula dengan blog berbayar seperti blog saya ini. Untuk membuat blog, saya ada menawarkan perkhidmatan membina blog bagi mereka yang tidak mahir membina blog sendiri. Atau, jika ingin belajar sendiri, saya juga telah sediakan panduan Video Lengkap bagaimana ingin membina blog sendiri (blog berbayar) di sini.

Pilihan anda?

Inilah 3 kaedah jana pendapatan pasif yang mudah dan dengan kos yang rendah untuk anda bermula. Nasihat saya, pilih satu sahaja dan lakukan sehingga berjaya menjana pendapatan pasif dengannya.

Usah bimbang dengan hasil yang diperoleh, yang penting adalah tindakan dan usaha yang anda lakukan untuk mula membina cabang pendapatan sampingan yang lain selain pendapatan aktif anda.

Terdapat banyak lagi kaedah lain, termasuklah menjadi ejen top up prepaid dan sebagainya. Tetapi sebenarnya 3 kaedah di atas adalah yang diamalkan oleh pakar pemasaran internet dan sudah boleh memberikan pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan ilmu yang betul dan tidak berputus asa.

Ramai yang mahu menjana pendapatan pasif, tapi tak ramai yang sanggup bermula daripada bawah, belajar bagaimana melakukannya dan mengeluarkan kos ilmu itu sendiri. Setelah belajar pula, usaha dan tindakan berterusan adalah penting supaya kita mendapat hasil yang kita inginkan.

Jangan sesekali terlibat dengan wang segera, cara cepat dan pantas melabur wang, skim cepat kaya dan sebagainya. Walaupun ramai yang dikatakan berjaya, yang pasti lebih ramai yang gagal dan mengalami kerugian.

2 Responses

  • Salam..Saya sejak dari tahun 2006 lagi mencari cara jana pendapatan di internet melalui trafik di server.Cth clik to pay,dll ..sehingga sekarang baru saya tahu apa namanya..yg pasti bukan beli barang simpan kat umah pas tu cari pelanggan kat web sosial dan pos barang pada pelanggan (yang ni ramai org buat).tp sy x nak yg mcm tu sbb sy tahu yang awak ckp n nk yg awak ckp tu..sampai sekarang sy masih blum jana pendapatan dr internet..

    • ya tuan. ada yang pay per click dan sebagainya yang perlukan masa yang banyak. tapi, bisnes yang baik adalah yang kita mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri dan jika tiada, boleh mula dengan affiliate atau dropship. saya doakan semoga tuan berjaya dalam perniagaan. amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *