4 Cara Jana Pendapatan Pasif Dengan Internet

pendapatan pasifAssalamualaikum w.b.t

Potensi perniagaan di internet amat luas dan boleh memberikan pendapatan lumayan.

Perniagaan internet mempunyai banyak kelebihan dan seni yang tersendiri.

Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, asalkan sanggup untuk belajar dan mencuba.

Melalui perniagaan internet, anda dapat menjana pendapatan one-off dan menjana pendapatan pasif.

Pendapatan one-off adalah melalui jualan sesuatu produk fizikal/digital yang anda lakukan melalui Facebook, Mudah.my, Lelong.com.my atau melalui blog.

Manakala pendapatan pasif melalui internet pula adalah pendapatan yang anda peroleh secara berterusan hasil daripada usaha anda hanya pada awalnya sahaja. Walaupun anda telah tinggalkan mempromosikan produk tersebut, anda masih lagi menjana pendapatan pasif melaluinya.

Sekiranya anda tercari-cari cara untuk jana pendapatan pasif di internet, diharapkan semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda memilih kaedah yang terbaik buat anda.

4 Cara Jana Pendapatan Pasif Di Internet

1.   Pendapatan pasif dengan affiliate

Affiliate adalah salah satu perniagaan internet yang boleh memberikan anda pendapatan pasif hasil daripada promosi yang anda lakukan terhadap sesuatu produk.

Salah satu sumber pendapatan jutawan internet seluruh dunia adalah melalui affiliate.

Anda boleh memilih sama ada anda menyertai affiliate tempatan seperti Ashadee.com atau affiliate antarabangsa seperti Amazon.com , Clickbank.com dan lain-lain.

Dalam affiliate, perkara paling penting adalah ilmu pemasaran.

Anda perlu mahir beberapa teknik pemasaran untuk anda mempromosikan sesuatu produk.

Jika anda berminat dengan kaedah affiliate ini, anda boleh belajar selok-belok affiliate ini melalui produk Zulpress – Panduan Video Intensif Kursus Affiliate terbitan Rahman Basri bersama saya.

Anda tidak boleh terus terjun ke dalam bidang affiliate ini tanpa asas dan panduan lanjut kerana pemasaran affiliate amat luas.

Saya cadangkan anda belajar terlebih dahulu berkaitan affiliate ini dan mengambil tindakan.

2.  Pendapatan pasif dengan produk sendiri

Berbeza dengan affiliate dimana anda tolong mempromosikan produk orang lain, pendapatan pasif dengan produk sendiri pula memerlukan anda membina dan merekacipta produk anda sendiri.

Produk anda sendiri boleh terdiri daripada produk fizikal seperti buku, DVD, VCD, tiket seminar atau produk digital seperti ebook, video (download), audio mp3, webinar dan sebagainya.

Saya cadangkan buat permulaan anda membuat ebook anda sendiri terlebih dahulu. Setelah itu, barulah anda pergi ke produk dalam format yang lain seperti video dan webinar.

Ini kerana membuat ebook tidak memerlukan kos yang besar untuk anda bermula. Atau anda boleh bermula dengan tiada kos langsung dengan mempromosikan produk anda di blog, forum dan Facebook.

Dengan produk anda sendiri, anda menjana pendapatan pasif melalui produk tersebut seperti ebook, iaitu apabila ebook yang anda tulis sentiasa mendapat permintaan dan membantu ramai orang.

Jutawan internet juga mempunyai produk mereka sendiri. Dan mereka juga melantik orang lain untuk mempromosikan produk mereka sebagai ejen affiliate.

3.   Pendapatan pasif dengan blog

Sekiranya anda gemar menulis, maka kongsikan penulisan anda di blog.

Apabila blog anda telah mendapat ramai pelawat dan pengunjung setia, anda sebenarnya sudah boleh menjana pendapatan melalui blog anda sama ada dengan menjual slot iklan, mempromosikan produk affiliate melalui banner atau artikel anda, menjual produk anda sendiri, atau melalui Google Adsense dan sebagainya.

Potensi blog amat besar dan sentiasa relevan masa sekarang dan masa hadapan.

Ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan pasif dengan blog mereka hasil daripada kerja keras mereka selama beberapa tahun.

Berbeza dengan kaedah lain, dengan blog, anda tetap perlu memberikan komitmen masa dan tenaga terhadap blog anda untuk menjadikan ia unik dan bermanfaat kepada pembaca anda.

Sekiranya anda berminat dengan kaedah ini, maka mulakan langkah untuk membina blog pertama anda sama ada blog percuma atau blog anda sendiri (berbayar).

Anda bertuah kerana berada di tempat yang betul kerana saya telah menulis banyak berkaitan blogging di blog ini. Silakan lihat dan baca artikel-artikel sebelum ini. Semoga ia dapat membantu anda bermula.

4.   Pendapatan pasif dengan saham

Pada awalnya, saya tidak mahu masukkan kaedah yang keempat ini.

Tetapi, saya kongsikan juga dengan peringatan awal kaedah keempat ini hanya untuk mereka yang mempunyai modal yang boleh digunakan untuk membuat pelaburan.

Saham tidak sama seperti dahulu yang dilakukan secara offline. Tapi, pada masa sekarang dan akan datang, ia telah dilakukan secara online.

Membeli dan menjual saham boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada talian internet.

Pelaburan saham bukan untuk semua orang. Iaitu bukan untuk mereka yang tidak serius, tidak sedia mengambil risiko, tidak mahu belajar berkaitan saham dan takut gagal.

Ini kerana ramai yang hanya ingin ber”main” saham sedangkan saham adalah satu bentuk pelaburan dan bukanlah satu permainan.

Sekiranya anda mempunyai modal, dan telah melabur dalam pelaburan yang lain, dan ingin belajar lanjut berkaitan saham ini, maka pelaburan terbesar adalah pelaburan ilmu.

Ya, anda perlu belajar terlebih dahulu selok belok pelaburan saham daripada membuka akaun saham, menggunakan sistem trading, memilih kaunter saham yang berpotensi, membuat kajian syarikat yang ingin dipilih, menganalisa data dan carta, teknikal analisis, fundamental analisis dan banyak lagi.

Mulakan secara perlahan-lahan dan paling penting dapatkan mentor yang betul.

InsyaAllah anda akan lebih mudah menjana pendapatan pasif dengan pelaburan saham ini.

Saya juga cadangkan anda pergi ke mana-mana seminar pelaburan saham atau boleh juga sebagai permulaan belajar melalui DVD Momentum Saham yang dijual oleh sahabat saya di sini.

Kesimpulan

Sebenarnya, terdapat banyak lagi cara untuk menjana pendapatan pasif di internet.

Tetapi 4 kaedah ini adalah yang utama dan telah melahirkan ramai jutawan internet.

Pilih satu kaedah dahulu, belajar dengan mentor, sabar membuat tindakan dan praktikkan ilmu yang dipelajari sehingga anda mahir dan dapat menjana pendapatan pasif melaluinya.

Semoga berjaya.

3 Responses

  • Artikel ini sangat dengan dengan cara saya jana pendapatan pasif di internet.

    Ada juga cadangan yang saya baru tahu cara jana pendapatan pasif dan mula mencari solusinya.

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini.

  • Saya sangat minat dengan pendapatan pasif.tapi saya tidak pandai mengunakan eternet.tolong hantar email pada saya langkah langkah memulakan pendapatan pasif..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *