4 Cara membina halaman jualan produk

minisite blogspotAssalamualaikum w.b.t

Halaman jualan atau minisite adalah halaman yang mengandungi surat jualan dan maklumat tempahan bagi sesuatu produk.

Sekiranya anda berniaga di internet, dan mempunyai apa jua produk sama ada barang fizikal, produk digital seperti ebook, dvd, audio mp3, kursus online, seminar, servis dan perkhidmatan. Semuanya boleh ditawarkan melalui minisite.

Iaitu anda menerangkan apakah maklumat yang berkaitan produk atau perkhidmatan anda, pakej yang ditawarkan, testimoni pelanggan, maklumat dan cara tempahan dan pembayaran, cara menghubungi anda dan jaminan yang anda tawarkan.

Pendek kata, halaman jualan atau minisite ini merupakan ‘sales person’ kepada produk atau perkhidmatan anda.

Contoh halaman jualan adalah sebagaimana produk yang saya terbitkan di sini.

4 Cara Membuat Halaman Jualan (Minisite atau Landing Page)

  1. Menempah halaman jualan (fail index.html, tempahan.html, download.html dan sebagainya)

Cara yang paling ramai lakukan adalah dengan menempah halaman jualan dengan designer. Biasanya, saya menempah halaman jualan di VirtualNiaga.com . Kemudian, saya membeli nama domain dan pakej hosting sebelum saya memuat naik fail yang diberikan ke hosting.

  1. Menggunakan themes blog yang mempunyai landing page

Themes blog yang profesional kebanyakannya mengandungi landing page. Landing page ialah page kosong yang membolehkan anda memasukkan apa jua isi kandungan ke halaman page tersebut.

Anda boleh search Google ‘wordpress themes with landing pages’ untuk mencari themes yang sesuai.

Untuk themes blog ini, anda perlu terlebih dahulu memiliki blog dengan nama domain anda sendiri.

  1. Menggunakan blog percuma, Blogspot

Teknik paling jimat adalah dengan membina minisite di Blogspot. Anda sudah tidak perlu hosting kerana anda menggunakan blog percuma Blogspot.

Untuk membina minisite di Blogspot, anda perlu edit setting Blogspot terlebih dahulu. Panduan Blogspot to Landing Page ini amat sesuai untuk anda belajar cara membina minisite di Blogspot. Anda boleh lihat lanjut di sini.

  1. Menggunakan Sistem Minisite Mudah

Sisem Minisite Mudah ini adalah dicipta bagi memudahkan mereka yang tidak mahir dalam hal teknikal.

Ia telah mengandungi pelbagai fungsi bagi sesebuah halaman jualan termasuklah ruang memasukkan testimoni , jaminan dan borang tempahan. Ia memerlukan anda mengeluarkan sejumlah kos untuk bermula. Boleh lihat di sini.

 Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda pilih untuk mula memiliki halaman jualan produk anda sendiri. Bagi saya, saya selalu gunakan cara yang pertama. Dan jika anda ingin jimat perbelanjaan, anda boleh cuba gunakan cara yang ke-3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *