5 Tip Jana Pendapatan Pasif dengan Ebook

Perniagaan Internet PasifAssalamualaikum w.b.t

Terdapat pelbagai cara menjana pendapatan di internet. Sama ada anda melakukan secara sepenuh masa atau separuh masa sahaja. Apabila ‘kena’ caranya, insyaAllah anda akan mendapat ringgit pertama anda di internet.

Berniaga di internet tidaklah susah. Risikonya rendah dan potensi pelanggan yang luas meliputi seluruh dunia.

Dalam blog ini, saya pernah menyebut berkaitan perniagaan di internet tanpa memiliki produk sendiri iaitu melalui affiliate.

Namun, kali ini saya ingin kongsikan sedikit berkaitan menjana pendapatan pasif dengan ebook. Mungkin anda pernah membeli dan membaca ebook-ebook di internet berkaitan pelbagai topik.

Tapi, tahukah anda, dengan menjual ebook anda sendiri, anda akan dapat memiliki pendapatan pasif di internet. Anda hanya perlu membuat ebook sekali sahaja, dan produk ebook anda akan memberikan pendapatan pasif kepada anda selagi ia dijual di internet.

Semasa saya baru bermula berniaga di internet, pendapatan pertama saya adalah melalui jualan ebook yang saya hasilkan. Setelah itu, barulah saya mula menjana pendapatan dengan affiliate dan menjual produk yang lain.

Untuk itu, atas permintaan pembaca blog ini, kali ini saya kongsikan antara tip bagaimana mula menjana pendapatan dengan ebook.

5 Tip Jana Pendapatan Pasif dengan Ebook

1.   Hasilkan ebook informasi atau ‘how to’

Ebook berbentuk panduan dan informasi adalah antara ebook yang selalu mendapat permintaan tinggi dan lebih mudah dijual. Contohnya, ebook bisnes burger, ebook belajar memandu, ebook panduan saham, ebook menjahit baju kurung dan sebagainya.

Ebook yang sebegini adalah mendapat permintaan sepanjang masa dan ‘evergreen’. Apabila anda dapat hasilkan ebook yang boleh membantu menyelesaikan masalah orang lain, maka disitulah rezeki pendapatan pasif buat anda.

2.   Kaji terlebih dahulu permintaan dan pasaran

Sebelum anda mula membuat ebook atau mempromosikan ebook orang lain, anda perlu lihat terlebih dahulu permintaan dan potensi jualan bagi ebook tersebut.

Apakah ramai yang memerlukan penyelesaian berkaitan topik yang ingin anda tulis. Apakah ia unik dan dapat menyelesaikan masalah serta membantu bakal pembeli ebook anda.

Survey boleh dilakukan di Facebook, bertanyakan kawan anda, pembaca blog anda, forum dan sebagainya.

Jika banyak permintaan, maka mulakan menghasilkan ebook anda dengan segera.

3.   Harga murah dan berpatutan

Apabila menjual ebook pertama anda, mula menjual dengan harga yang tidak terlalu tinggi. Sebolehnya, ia hendaklah bersesuaian dengan produk yang sama dalam niche anda.

Harga bagi ebook adalah daripada RM 10 sehingga RM 60 mengikut topik masing-masing. Anda boleh menjual dengan harga rendah terlebih dahulu. Apabila sudah mendapat respons positif dan testimoni daripada pembaca ebook anda, maka anda boleh naikkan harga sekiranya perlu.

4.   Promosi ebook

Apabila telah menghasilkan ebook, anda baru berada pada tahap pertama. Seterusnya ialah mula mempromosikan ebook anda di internet.

Terdapat pelbagai kaedah promosi di internet sama ada di Facebook, blog anda, forum, iklan banner, iklan berbayar dan sebagainya.

Anda juga boleh memilih untuk menjual di blog sahaja atau mula membina halaman jualan khusus untuk ebook anda bergantung kepada kaedah yang anda pilih.

Apa yang penting adalah mula mempromosikan ebook anda secara berterusan dan berkala. Jika tidak, amat sukar untuk mendapat jualan daripada ebook yang telah susah payah anda hasilkan.

5.   Leverage

Menjana pendapatan dengan ebook perlukan lebih usaha di permulaannya. Apabila ebook anda sudah menduduki di tempat teratas di enjin carian, maka lebih mudah usaha promosi anda.

Selain itu, anda boleh leverage kaedah promosi ebook anda iaitu dengan melantik agen affiliate bagi mempromosikan ebook anda. Apabila berlaku jualan melalui agen affiliate anda, maka anda akan turut mendapat keuntungan tanpa anda perlu bersusah payah mempromosikan ebook anda lagi.

Atau, anda juga boleh daftar di Ashadee.com dan mendaftar sebagai vendor bagi membolehkan agen-agen affiliate mempromosikan laman web jualan ebook anda.

Inilah antara tip yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya, topik berkaitan menjana pendapatan pasif dengan ebook ini amat luas. Antara persoalan yang selalu bermain di fikiran ialah :

  • Bagaimana ingin membuat ebook?
  • Bagaimana ingin mendapatkan idea membuat ebook?
  • Apakah topik yang sesuai?
  • Apakah perisian yang diperlukan dan bagaimanakah caranya?
  • Bagaimana menjual ebook dengan kaedah yang betul?
  • Bagaimana menerima tempahan pelanggan?
  • Bagaimana ingin mempromosikan ebook kepada lebih ramai pelanggan sasaran?
  • Bagaimana membina halaman jualan ebook?
  • Bagaimana sebenarnya ingin bermula dalam perniagaan ebook ini ?
  • Dan banyak lagi.

Segala persoalan di atas ada saya terangkan di dalam produk saya yang akan diterbitkan dan dilancarkan nanti. InsyaAllah.

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *