5 Tip Sebelum Anda Berniaga

Tip PerniagaanAssalamualaikum w.b.t

Saya percaya tahun 2014 adalah di mana ramai yang akan mula mencari-cari pendapatan pasif dan pendapatan sampingan.

Maka, akan ramai yang akan memilih untuk berniaga.

Bagi yang sudah berniaga, mereka akan membuka dan mencuba perniagaan baru dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

Jika anda juga ingin mula berniaga, saya kongsikan 5 tip sebelum berniaga yang saya harap mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.

5 Tip Sebelum Anda Berniaga

1.   Cari mentor perniagaan anda

Anda boleh belajar sendiri, tapi anda tidak akan pergi jauh. Sampai satu tahap, anda akan stuck dan pendapatan anda tidak bertambah.

Ini kerana, anda perlukan mentor untuk belajar lebih mendalam dan mendapat nasihat dan bimbingan daripada mereka yang telah berjaya.

Anda tidak perlu lagi untuk menyertai personal coaching atau one-to-one session. Hanya sertai seminar percuma atau berbayar dan anda telah dapat ilmu yang berguna untuk perniagaan anda.

Jika anda terlibat dalam perniagaan, maka saya kira, Dr Azizan Osman adalah salah seorang mentor yang anda mesti berguru dengannya.

2.   Berikan 100% Komitmen

Perniagaan perlukan 100% komitmen anda untuk mendapatkan hasil yang anda harapkan.

Jangan hanya dilakukan sekadar mengisi masa lapang atau suka-suka sahaja. Maka, pendapatan anda pun suka-suka juga.

Sebaliknya, luangkan sedikit masa di luar waktu bekerja anda untuk belajar dan cuba berniaga sedikit demi sedikit tetapi berterusan setiap hari.

InsyaAllah, lama kelamaan anda akan semakin mahir dan dapat melihat hasilnya.

Jangan mengaku kalah atau berhenti sekerat jalan. Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal seterusnya.

Teruskan usaha, tambah ilmu dan usaha sehingga anda berjaya.

3.   Anda tidak perlukan modal besar

Antara sebab yang menghalang seseorang itu berniaga adalah mitos bahawa mereka perlukan modal besar untuk berniaga.

Ya, ia betul jika anda sudah berniaga lama, ada pengalaman dan bercadang melebarkan perniagaan anda.

Tetapi jika anda baru bermula, saya tidak galakkan anda membuat pinjaman modal yang besar tanpa anda mempunyai mentor dan perancangan yang jelas 3- 5 tahun akan datang.

Sebaliknya, carilah pengalaman dahulu, bermula secara kecil-kecilan atau bekerja di bawah orang lain terlebih dahulu untuk menimba ilmu dan pengalaman.

Ini kerana ramai yang perniagaannya tutup dalam tahun ke-3 kerana tiada keuntungan, beralih arah, tidak minat dengan perniagaan yang dilakukan dan juga hutang yang bertambah.

4.   10 Tahun Untuk Menjadi Pakar

Saya melihat rakan-rakan saya yang berniaga dan mendapat pendapatan lumayan hasil daripada 10 tahun perniagaan yang mereka lakukan.

Ya, anda tidak perlu 10 tahun untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan.

Cuma, jika anda dapat bertahan dengan perniagaan anda sehingga 10 tahun, ditambah dengan ilmu perniagaan yang anda miliki, anda sudah boleh dianggap pakar dalam perniagaan anda.

Di waktu itu, pelbagai peluang yang tidak anda sangka akan datang dan anda menjadi semakin matang dalam membuat keputusan.

5.   Untuk Apa Anda Berniaga

Paling penting, sebelum anda berniaga, apakah tujuan sebenar anda?

Semakin jelas tujuan anda berniaga, semakin besar komitmen dan kesungguhan anda untuk berjaya dalam perniagaan anda.

Jika tujuan utama anda adalah untuk wang, kata mentor saya, Dr Azizan Osman, anda tidak akan mendapatnya.

“Wang apabila semakin dikejar, dia akan semakin jauh, lari daripada kita”

Sebaliknya, jadikanlah perniagaan yang dilakukan untuk memberi nilai dan membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Kerana di situlah erti sebenar sesuatu perniagaan.

Semoga bermanfaat. 🙂

Like & Share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *