7 Peraturan – Tingkatkan Momentum Diri dan Perniagaan

7 Peraturan Momentum

Assalamualaikum, salam kaya dan berjaya. Baru-baru ini saya berkesempatan menonton video perkongsian daripada Lee McIntyre seorang bekas guru, tetapi kini seorang usahawan internet dan telah membina bisnes beliau dengan pendapatan $200,000 sebulan.

Beliau telah kongsikan 7 Peraturan Momentum (7 Rules of Momentum) yang beliau telah lakukan bagaimana meningkatkan momentum diri dan bisnes ke tahap yang lebih baik. 7 Peraturan Momentum ini boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang yang diceburi dan ia tidaklah terhad di dalam bisnes perniagaan sahaja. Harapan saya semoga anda mendapat manfaat dalam perkongsian Mentor Niaga pada kali ini. 🙂

Peraturan Momentum 1 – Beri dahulu, barulah menjual

Momentum Rule 1

Utamakan memberi sebelum menjual. Berikan sesuatu yang berkualiti sama ada dengan memberi produk kita secara percuma, memberi perkhidmatan percuma, nasihat percuma atau memberi sesuatu dengan lebih (gives more). Jadikan pelanggan kita berasa dihargai dan mendapat perkhidmatan servis yang terbaik dan berkualiti. Selepas itu, barulah kita akan melihat hasil jualan semakin meningkat dan mendapat lebih keuntungan.

Peraturan Momentum 2 – Yakin dan percaya diri sendiri

Momentum Rule 2

Percaya diri kita sendiri. Yakin kita akan berjaya. Yakin kita dapat mencapai keuntungan dan kejayaan dalam bisnes perniagaan. Keyakinan diri amat penting kerana bagaimana kita ingin mendapat pelanggan yang ramai, jualan yang banyak atau bisnes yang berjaya jika kita sendiri tidak percaya pada diri sendiri yang kita dapat melakukannya dan akan berjaya.

Peraturan Momentum 3 – Percaya bahawa kejayaan yang mudah itu tidak wujud

Momentum Rule 3

Percaya bahawa berjaya atau kaya dengan cara yang mudah dalam sekelip mata itu tidak wujud. Jangan percaya kepada perniagaan  yang menjamin cepat kaya atau menawarkan jalan pintas untuk berjaya. Sebaliknya pastikan kita membina perniagaan yang SEBENAR (real business ). Perniagaan yang mempunyai sistem, produk dan perkhidmatan. Tiada rahsia besar atau big secret untuk berjaya melainkan kerja keras dan bersungguh-sungguh.

Peraturan Momentum 4 – Bina asas yang kukuh jika kamu inginkan bangunan yang besar

Momentum Rule 4

Bagi membina perniagaan yang besar dan stabil, pastikan kita mempunyai ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang kukuh. Kita perlu terus belajar mencari ilmu dan pengalaman agar kita tidak mudah gagal atau tertipu. Sekalipun gagal, kita perlu terus bangun dan belajar daripada kegagalan tersebut. Kebanyakan orang hanya mengutamakan kejayaan yang singkat (short term results) dan hasil yang segera tanpa mengutamakan kemahiran dan ilmu asas yang perlu dimiliki terlebih dahulu.

Peraturan Momentum 5 – Dalami bidang, bukan pelbagaikan bidang

Momentum Rule 5

Dalami sesuatu perniagaan, sesuatu niche atau bidang dengan mendalam dan hasilkan produk-produk berkaitan bidang tersebut. Jangan kerapkali menukar sesuatu bidang, atau mengambil terlalu banyak bidang dalam sesuatu masa. Sebaliknya, dalami bidang perniagaan tersebut dan kuasai pasaran dan industri itu tadi. Mendapatkan pelanggan baru adalah lebih sukar, memerlukan masa dan kos yang lebih tinggi berbanding menjual produk atau perkhidmatan yang berkaitan kepada pelanggan sedia ada. Setelah kita berjaya dalam sesuatu bidang, barulah boleh jika ingin mendalami bidang yang lain pula.

Peraturan Momentum 6 – Pilih pasaran yang mendapat permintaan tinggi

Momentum Rule 6

Pilih pasaran di mana orang ramai terdesak mencari penyelesaian bagi masalah yang mereka hadapi. Ini kerana mereka yang terdesak akan sanggup berbelanja lebih asalkan masalah mereka selesai.

Peraturan Momentum 7 – Berhenti mencari alasan dan terima keputusan

Momentum Rule 7

Berhenti mencari alasan dan terima hasil daripada apa yang kita usahakan. Berhenti mencari alasan atau menuding jari mencari kesalahan orang lain sebaliknya terima apa yang berlaku. Apabila kita menerima kesilapan kita, kita akan lebih mudah untuk mengambil tindakan bagi membaiki kesilapan dan kegagalan tadi dengan membuat penambahbaikan dengan segera dan dengan lebih baik. Sebaliknya, dengan menuding jari masalah tidak akan dapat diselesaikan.

Semoga dengan 7 Peraturan Momentum ini dapat menjadikan kita lebih bersemangat dan produktif bagi meningkatkan mutu dan hasil kerja kita menjadi lebih baik.

Sekian. Jumpa lagi di perkongsian Mentor Niaga seterusnya. Silakan berkongsi artikel ini dengan rakan anda dan silakan berkongsi pendapat anda di bawah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *