7 Tools Penting dalam Perniagaan di Internet

7 Tools Perniagaan InternetAssalamualaikum w.b.t

Sekiranya anda ingin berniaga di internet, anda tidak dapat tidak perlu menggunakan beberapa produk, servis atau peralatan (tools) yang disediakan di internet.

Tidak sama dengan perniagaan konvensional, berniaga di internet memerlukan anda mahir serba sedikit tentang asas komputer, istilah-istilah seperti blog, laman web, media sosial, pemasaran online, autoresponder dan sebagainya.

Ia penting untuk membantu anda pergi lebih jauh dalam perniagaan internet ini. Anda bolehlah pelajarinya secara beransur-ansur sedikit demi sedikit seiring dengan anda membina perniagaan internet anda.

Berikut di bawah saya senaraikan beberapa produk, servis dan peralatan tambahan yang saya kira insyaAllah dapat membantu anda bermula.

7 Tools Penting dalam Perniagaan di Internet

1.   Akaun Emel

Tidak dapat dinafikan lagi emel amat penting bagi perniagaan internet anda. Ia membolehkan anda menerima maklumat dan menghantar maklumat kepada pelanggan anda di internet.

Ia satu kewajipan pada masa sekarang.

Tip daripada saya ialah bina satu emel khas untuk perniagaan internet anda. Jangan gunakan emel peribadi anda kerana ia akan mengelirukan anda pada masa hadapan nanti.

Emel yang dibina mestilah professional dan melambangkan perniagaan anda. Gunakan penyedia emel seperti yahoo, gmail dan juga emel yang menggunakan alamat emel laman web atau blog anda. (admin@abc.com, support@abc.com)

Jika anda sudah mempunyai emel bisnes anda, tahniah. Jika belum, silakan buat sekarang.

2.   Akaun Media Sosial

Internet merupakan tempat manusia mencari maklumat, mencari penyelesaian masalah dan berhubung antara satu sama lain.

Sekiranya anda ingin orang lain mengetahui kewujudan perniagaan anda, tidak dapat tidak anda perlu menggunakan media sosial di mana ramai pengguna internet bertumpu di sana.

Anda boleh menggunakan media sosial seperti Facebook ( Peribadi dan Fanpage Bisnes Anda), Twitter, Instagram, Pinterest, Youtube dan sebagainya.

Lebih banyak anda menggunakan media sosial dan aktif di sana, lebih ramai orang akan mengenali anda dan perniagaan yang anda jalankan.

Cuma, promosi di media sosial tidaklah sama dengan promosi biasa. Anda hendaklah menggunakan promosi lembut (softselling).

Cadangan saya, elakkan mencampur akaun Facebook peribadi anda dengan akaun bisnes anda. Cipta akaun FB yang lain untuk bisnes anda agar lebih mudah anda menguruskan bisnes anda. Namun, ada juga yang ok dengan menggunakan FB peribadi mereka untuk berniaga. Terpulanglah kepada anda mengikut kesesuaian anda.

3.   Platform Perniagaan

Perniagaan anda perlukan tapak iaitu kedai anda di internet.

Anda boleh gunakan beberapa platform untuk berniaga seperti menggunakan FB Fanpage, FB Group, Blog Percuma atau Blog Sendiri (Berbayar), Laman Web, Minisite dan Kedai Online.

Platform di atas penting agar pelawat dapat mengetahui tentang perniagaan anda dan tawaran produk yang anda sediakan. Ia juga membantu membina jenama perniagaan anda dan memudahkan pelawat mencari anda di internet.

Setiap platform di atas mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada keperluan perniagaan anda. Namun, saya cadangkan, buat permulaan, anda perlu memiliki blog perniagaan anda atau laman web anda sendiri bagi membina tapak yang kukuh di internet.

4.   Akaun Penerimaan Wang

Dalam perniagaan internet, penerimaan wang berlaku secara dalam talian iaitu pelanggan terus memasukkan duit ke akaun bank anda.

Jadi, anda perlu mempunyai beberapa akaun bank seperti Maybank2u, Bank Islam Online, CIMB Clicks dan juga akaun Paypal.

Bagi memudahkan anda membuat pembelian dan pembayaran di internet pula, anda perlu memiliki kad debit/kad kredit daripada mana-mana bank seperti Maybank dan Bank Islam. ( Saya cadangkan hanya gunakan kad debit sahaja)

Bagaimana ingin membuka akaun Paypal? Mudah sahaja,  anda hanya perlu memiliki kad debit, kemudian daftar di Paypal.com secara online menggunakan emel. Kemudian, masukkan nombor kad debit anda dan sahkan (verify) akaun Paypal dengan kad debit anda menggunakan kod yang akan diberikan oleh pihak bank kepada anda. (Anda boleh Google untuk panduan lanjut).

5.   Kaedah Promosi di Internet – Pemasaran Internet (Online Marketing)

pemasaran online

Perniagaan di internet memerlukan anda mempromosikan bisnes dan produk anda. Berbeza dengan promosi di luar sana, di dalam internet, anda boleh menggunakan pelbagai kaedah promosi yang anda suka sama ada kaedah berbayar atau kaedah percuma.

Promosi Percuma

Bagi promosi percuma, anda boleh menulis di Facebook tentang kebaikan produk anda, membuat video dan upload di Youtube, menulis artikel tentang produk anda di blog dan di forum, memasang banner di blog anda, menulis ebook percuma, memberi kad bisnes anda (beserta laman web anda), dan banyak lagi.

Promosi Berbayar

Anda boleh gunakan Google Adwords, FB Ads, menyewa iklan di blog yang mempunyai trafik yang tinggi, mengupah servis SEO dan sebagainya.

Apa yang penting, anda melabur terlebih dahulu terhadap ilmu pemasaran internet. Kemudian pilih beberapa kaedah pemasaran yang sesuai dengan anda, try and adjust dalam kempen yang anda lakukan,  dan lihat kaedah promosi yang menghasilkan jualan terbaik untuk produk anda.

6.   Sistem Automasi

Anda boleh mencapai kebebasan waktu melalui perniagaan internet. Iaitu anda tidak perlu online 24 jam untuk menguruskan perniagaan internet anda.

Segalanya boleh dilakukan secara automatik menggunakan sistem yang sesuai.

Antaranya ialah :

Sistem autoresponder

Autoresponder ialah servis yang disediakan oleh syarikat autoresponder bagi memudahkan anda menyimpan maklumat database pelanggan anda seperti nama dan alamat emel mereka dalam satu pengkalan data.

Anda boleh menghubungi pelanggan anda melalui emel hanya dengan satu klik sahaja dan emel yang anda tulis akan dihantar kepada semua pelanggan yang anda kehendaki di dalam pengkalan data tersebut.

Anda juga boleh setkan, bila dan bagaimana emel tersebut akan dihantar ke pelanggan anda.

Antara penyedia autoresponder yang terkenal di internet ialah Aweber, GetResponse, TrafficWave dan MailChimp.

Sistem autoresponder ini memerlukan anda mengeluarkan kos bulanan mengikut pakej dan jumlah emel yang disimpan. Ia berbeza mengikut setiap syarikat autoresponder masing-masing.

SMS Marketing

Selain emel, kaedah yang semakin popular ialah SMS Marketing di mana anda mempunyai maklumat pelanggan anda dan nombor telefon mereka.

Maklumat ini akan disimpan dalam pengkalan data dan anda boleh setkan bila dan bagaimana sms akan dihantar ke semua pelanggan yang anda miliki.

7.    Peralatan (Tools)  Tambahan

Sistem affiliate

Jika anda mempunyai produk anda sendiri, dan ingin merekrut lebih ramai agen affiliate untuk membantu mempromosikan produk anda, maka anda boleh memasang sistem affiliate di laman web anda.

Anda boleh memantau ejen affiliate anda dan membayar komisen kepada mereka apabila ada jualan yang dihasilkan melalui mereka.

Saya ada memiliki sistem affiliate ini, jika anda berminat untuk mengetahui lanjut boleh lihat di sini.

Sistem Borang

Borang hubungi dan borang tempahan adalah borang yang perlu anda gunakan bagi memudahkan perjalanan bisnes anda.

Pelanggan boleh menghubungi anda melalui borang hubungi atau membuat tempahan melalui borang tempahan.

Sekiranya anda ingin memasang borang hubungi atau borang tempahan, anda boleh gunakan sistem borang yang telah saya sediakan. Ia amat mudah dipasang sendiri di laman jualan anda. Boleh rujuk lanjut di sini.

Google Analytics

Google Analytics boleh anda gunakan untuk memantau statistik pelawat ke laman web atau blog anda.

Anda hanya perlu daftar percuma di sini dan masukkan alamat laman web atau blog anda untuk melihat statistik pengunjung anda.

Keyword Planner (Dulu dikenali sebagai Google Keyword Tool)google keyword planner

Anda perlu mempunyai akaun gmail dan mendaftar di Google Adwords untuk menggunakan fungsi Keyword Planner.

Google Keyword Planner membantu anda melihat berapa ramaikah pengguna internet yang mencari maklumat berkaitan sesuatu kata kunci (keyword) di dalam enjin carian.

Plugin Blog

Sekiranya anda mempunyai blog WordPress sendiri (berbayar), maka anda perlu menggunakan beberapa plugin seperti plugin backup, prettylink, dan sebagainya.

HTML Editor

Jika anda ingin membina laman jualan produk atau minisite, maka anda perlu menggunakan HTML Editor seperti Microsoft Frontpage, Kompozer atau NVU.

FTP

Sekiranya anda menggunakan nama domain dan hosting, anda perlu mahir menggunakan perisian FTP seperti Filezilla untuk memuat naik atau memuat turun fail daripada hosting anda.

Lagi tools untuk Perniagaan Internet anda

Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak lagi tools dalam perniagaan internet ini, bolehlah lawati laman web sifu saya Raja Kamil di sini.

Kesimpulan

Saya kira apa yang dikongsikan kali ini terlalu banyak. Namun, saya kumpulkan sekali agar ia dapat memudahkan rujukan anda kelak.

Mungkin terdapat banyak lagi yang tidak terdapat dalam tulisan ini yang mungkin tidak disenaraikan. Jika ada, anda bolehlah kongsikan bersama di dalam komen dibawah.

Harapan saya, semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat dan dapat membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan internet anda lebih jauh lagi. 🙂

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *