9 Langkah Mulakan Bisnes Dari Rumah

bisnes kerja dari rumahAssalamualaikum w.b.t

Bisnes dari rumah sudah tidak asing lagi pada masa sekarang. Hampir semua orang bercita-cita menjadi bos sendiri tanpa terikat dengan pekerjaan 9-5 dan memiliki pendapatan yang lebih daripada sekarang.

Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk mula membina bisnes dari rumah. Antaranya adalah seperti bisnes cupcake, bisnes murtabak, bisnes jahitan, bisnes printing, bisnes t-shirt, bisnes internet, pelaburan saham, hartanah dan sebagainya.

Jika anda berminat untuk membina bisnes anda sendiri tanpa perlu berhenti kerja, bisnes dari rumah secara separuh masa adalah paling sesuai.

Ramai yang berjaya mulakan perniagaan sepenuh masa hanya dengan bermula daripada part-time terlebih dahulu dari rumah.

9 Langkah Mulakan Bisnes dari Rumah

  1. Perancangan “The Plan”

Setiap perniagaan yang dipilih, perlu anda minati dan sanggup dilakukan dengan sepenuh hati. “Passion” semangat mestilah tinggi dan tidak akan pernah berputus asa.

Apabila keyakinan diri tinggi, mulakan membina perancangan “Pelan Jutawan” anda.

  1. Satu perniagaan pada satu masa

Pilih satu cabang perniagaan. Kecilkan skopnya. Dan mula pelajari kemahiran yang diperlukan.

Contoh yang saya berikan dalam buku tulisan saya, Formula Luas Rezeki, adalah perniagaan internet. Kecilkan skopnya kepada bisnes ebook. Pelajari kemahiran membuat ebook dan menjual ebook sehinggalah anda mampu menjana pendapatan pasif daripada ebook.

Jangan cuba pelbagai perniagaan pada sesuatu masa. Anda akan hilang fokus dan terbeban lebih-lebih lagi jika anda bermula seorang diri pada masa ini, ‘solopreneur’.

  1. Membina tapak bisnes anda

Bisnes dari rumah tapaknya kemungkinan besar rumah anda sendiri. Tapi, jika di internet, maka tapak bisnes anda adalah kedai online anda dan blog anda. Walaupun anda memiliki akaun Facebook yang menjana pendapatan, anda masih perlukan blog, website atau kedai online anda.

Ini kerana Facebook adalah tapak ‘sewa’ anda tapi blog berbayar domain sendiri adalah milik anda yang menjadi aset branding jenama anda dan kedai online anda.

Jadi, miliki laman web atau blog bisnes anda sendiri dan bina tapak jenama perniagaan anda.

  1. Mengumpul data bakal pelanggan dan pelanggan setia

Bisnes perlu mempunyai pengkalan data prospek dan pelanggan setia.

Maklumat data seperti nama, emel, no telefon adalah maklumat penting yang perlu anda kumpul bagi membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih cepat dan besar.

Bayangkan, anda mempunyai senarai 5000 emel pelanggan yang mana dengan sekali klik sahaja maklumat bisnes, produk dan servis anda dapat dihebahkan dengan mudah melalui emel.

Mula kumpul data pelanggan dan bina hubungan dengan mereka.

  1. Bina dan kukuhkan jenama dan autoriti anda

Jenama dan kreadibiliti anda di internet dapat dibina dengan mudah.

Teruskan berkongsi ilmu yang berguna, lakukan pemasaran percuma dan pemasaran berbayar maka jenama anda dan kreadibiliti anda akan semakin meningkat.

Like page anda akan meningkat, pembaca blog anda akan meningkat hasil daripada perkongsian yang anda berikan percuma dan produk/perkhidmatan yang berkesan yang anda tawarkan.

  1. Bina ‘funnel bisnes’ anda

Bina produk anda sendiri, atau tolong promosikan produk orang lain (dropship atau affiliate). Bina pelan perjalanan bisnes anda iaitu bagaimana anda mampu menjana pendapatan daripada bisnes anda.

Blog yang ramai pelawat tidak akan bermakna jika tiada tawaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelawat. Justeru, ‘monetize’ bisnes anda perlu dirancang dan di’test’ sehingga ia dapat dijadikan satu sistem jualan yang berkesan dan terbukti berjaya.

  1. Tawarkan pelbagai tahap servis atau produk

Ramai yang hanya tawarkan satu servis sahaja. Sedangkan anda boleh tingkatkan jualan dengan pelbagaikan dan variasikan produk atau servis anda dengan harga yang lebih tinggi.

Contohnya, jika anda menjual ebook pada harga rendah, maka tawarkan versi video pada harga lebih tinggi, versi seminar dan seterusnya versi coaching.

Contoh lain, jika anda menjual kek di internet, maka tawarkan servis buat cake dan penghantaran ke seluruh Malaysia, tutorial ebook membuat kek dari rumah, video DVD membuat bisnes kek dari rumah, kelas intensif membuat kek, kelas online belajar buat kek, coaching 1 1 bisnes kek, melantik agen affiliate, variasi produk kek seperti kek coklat, kek vanilla, dan produk berkaitan kek, menjual alat-alat dan bahan membuat kek, membina kedai kek sendiri, membina cawangan kedai kek dan banyak lagi variasi perancangan dan pelan menjadikan bisnes anda semakin besar dan semakin bertambah keuntungan.

Jangan terhenti pada satu servis atau produk sahaja, tapi variasikan potensi anda melihat strategi gambaran perniagaan yang lebih besar.

“Start small but think big”

  1. Bertindak dan jangan putus asa

Walaupun mungkin anda berseorang atau berdua sahaja membina bisnes dari rumah, yakinlah dengan tindakan sedikit setiap hari dan tanpa putus asa , anda akan mencapai kejayaan. InsyaAllah.

Berbanding mereka yang hanya berharap keajaiban akan datang tanpa sebarang usaha, maka mustahil hidup seseorang itu akan berubah.

Justeru, mulakan bertindak kerana idea tanpa tindakan adalah sia-sia.

  1. Bina syarikat perniagaan anda sendiri

Setelah perniagaan kecil anda berkembang dan menjana keuntungan lumayan, maka besarkan perniagaan anda dengan melantik staf pekerja, ejen, wakil pemasaran dan sebagainya.

Kini, anda sudah tidak menjadi ‘solopreneur’ lagi sebaliknya mula menjadi usahawan dari rumah ‘homepreneur’. Bahkan, anda boleh menjadi usahawan sebenar dengan mengembangkan syarikat anda dan membina empayar perniagaan anda sendiri. InsyaAllah.

Inilah pelan bisnes yang bermula dari bawah (dari rumah) secara kecilan dan semakin besar. Berbanding dengan anda bermula dengan modal ribuan ringgit tanpa sebarang pengalaman berniaga sebelum ini, menyewa premis, dan tanpa mentor yang betul, anda akan lebih selamat dan risiko yang rendah dengan hanya bermula dari rumah.

Moga bermanfaat 🙂

 

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *