Bina Bisnes di Internet dengan Pemasaran Emel

pemasaran emelAssalamualaikum w.b.t

Pemasaran emel sudah lama digunakan sebagai salah satu medium interaksi antara pengguna internet.

Kebanyakan orang sudah pasti memiliki sekurang-kurangnya satu akaun emel. Ini kerana ia adalah antara perkara wajib ada bagi setiap pengguna internet.

Dalam perniagaan di internet, sesiapa yang mempunyai senarai emel pelanggan yang ramai, maka mereka sebenarnya mempunyai aset besar dalam perniagaan mereka di internet.

Ini kerana, apabila mereka mempunyai apa jua maklumat, hebahan dan promosi berkaitan perniagaan mereka, mereka hanya perlu menghantar emel kepada subscriber emel mereka.

Ia amat menjimatkan kos dalam pemasaran dan mempunyai kesan yang amat positif dalam menghasilkan jualan apabila ia dilakukan dengan betul.

Maka, sekiranya anda berniaga di internet, pertimbangkanlah untuk membina dan mengumpul senarai emel pelanggan dan bakal pelanggan anda mulai sekarang.

Pemasaran emel sudah tidak asing sejak dari dulu lagi dan kekal relevan pada masa sekarang.

Walaupun sekarang sudah wujud pemasaran melalui sms, facebook dan iklan berbayar. Namun, pemasaran emel masih lagi mendominasi dan menjadi pilihan terutamanya bagi pasaran luar negara.

Perkhimatan pemasaran emel adalah menggunakan autoresponder. Autoresponder adalah satu tool yang membolehkan kita menghantar emel kepada pelanggan yang ramai hanya dengan satu klik sahaja.

4 Penyedia Perkhidmatan Pemasaran Emel (Autoresponder)

  1. Aweber

Email Marketing $19/Month!Aweber adalah syarikat penyedia perkhidmatan pemasaran emel yang menjadi pilihan utama para usahawan di internet seluruh dunia.

Sesuai dengan kualiti servis yang diberi, bayaran bulanan perkhidmatan mereka adalah berpatutan mengikut jumlah senarai bilangan subscriber yang telah dikumpul.

Sekiranya anda berminat menggunakan perkhidmatan Aweber dan mengetahui lanjut, boleh klik di sini untuk mencubanya dengan hanya $1 USD untuk bulan pertama.

 

  1. GetResponse

Selain Aweber, GetResponse adalah pilihan alternatif bagi pemasaran emel yang menyediakan servis dan ciri-ciri perkhidmatan yang setaraf dengan Aweber.

Ia lebih murah sedikit daripada Aweber iaitu pada harga bermula daripada 15$ sebulan.

Saya sendiri merupakan pelanggan GetResponse dan amat mencadangkan perkhidmatan mereka.

Jika anda berminat, anda boleh mencuba GetResponse dengan mendaftar akaun secara percuma bagi bulan pertama dengan klik di sini.

 

  1. MailChimp

MailchimpMailChimp juga semakin menjadi pilihan usahawan internet dengan kelebihannya yang tersendiri iaitu sentiasa percuma bagi mereka yang baru bermula sehingga 1000 senarai emel yang terkumpul.

Sekiranya anda baru berjinak-jinak dengan pemasaran emel dan ingin menjimatkan kos, boleh mencuba MailChimp ini dengan hanya mendaftar akaun secara percuma.

Namun, akaun percuma mempunyai fungsi yang terhad di mana tiada proses automasi untuk penghantaran emel. Walaubagaimanapun, fungsi automasi emel ini tidak terlalu penting sekiranya anda baru bermula dan hanya ingin mengumpul senarai emel pelanggan anda.

Anda boleh ke halaman MailChimp di sini untuk melihat lebih lanjut.

 

  1. Emelmatik

Emelmatik adalah syarikat perkhidmatan pemasaran emel yang diasaskan oleh usahawan tempatan di negara kita.

Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada 3 pilihan iaitu : akaun percuma sehingga 500 senarai emel terkumpul, akaun Lite (RM85 setahun) dan akaun Premium (RM200 seumur hidup).

Ia adalah pilihan paling jimat sebagai alternatif kepada syarikat luar negara di atas.

Sekiranya anda ingin melihat lanjut dan mengetahui kelebihan lain yang ditawarkan, anda boleh ke halaman utama Emelmatik di sini.

Kesimpulannya, pemasaran emel adalah evergreen dan kekal relevan pada masa sekarang. Sekiranya anda ingin membina empayar perniagaan di internet dengan membina senarai pengkalan data emel pelanggan, maka pemasaran emel adalah pilihan wajib anda.

Pilihlah syarikat servis autoresponder yang telah terbukti menjadi pilihan ramai dan mempunyai perkhidmatan yang baik. Paling penting, biarlah ia sesuai dengan kemampuan kewangan anda dan ciri-ciri yang anda mahukan.

Sama ada pakej autoresponder dengan bayaran bulanan, sekali bayaran sahaja atau pakej akaun percuma, buatlah pilihan mengikut kemampuan dan keperluan bisnes anda.

Salam kejayaan. 🙂

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *