Bina jenama perniagaan dengan nama domain

jenama nama domainAssalamualaikum w.b.t

Semakin hari semakin banyak laman web dan blog yang dibina. Dan disebabkan itulah permintaan bagi pemilikan nama domain semakin meningkat.

Jika anda mempunyai bisnes dan perniagaan offline atau online, tetapi masih lagi belum memiliki nama domain yang sama dengan jenama perniagaan anda, maka anda perlu bertindak segera.

Ini kerana jika terlewat, jenama perniagaan anda atau nama pilihan anda telah diambil dan dibeli oleh orang lain. Sehingga anda terpaksa memilih nama domain yang lain atau membeli nama domain tersebut dengan harga yang lebih tinggi dengan pemilik asal.

Harga untuk membeli nama domain adalah serendah RM35 setahun ke atas bergantung kepada syarikat hosting yang anda pilih.

Malah, sesetengah syarikat hosting memberikan anda percuma satu nama domain untuk setahun atau seumur hidup apabila anda membeli pakej hosting yang mereka tawarkan.

Bina jenama perniagaan anda dengan nama domain

Blog Zulpress.com adalah nama domain pertama yang saya beli pada tahun 2011 dahulu. Dan ia telah menjadi jenama saya di dunia online.

Perniagaan seperti Celcom, Maxis, AirAsia dan banyak lagi memiliki nama domain yang sama dengan jenama syarikat mereka.

Sebab itulah, apabila pelanggan ingin mencari laman web di atas, maka mereka akan taip jenama syarikat tersebut sahaja di dalam enjin carian.

Baru-baru ini, saya telah membeli nama domain dan hosting untuk sahabat saya, Us. Lokman yang merupakan pengasas Qiraati Jibril di Kelantan, dengan nama domain qiraatijibril.com .

Nama domain ini melambangkan nama kelas al-Quran tersebut, dan sekaligus sama dengan nama domainnya. Ia nampak lebih professional berbanding blog blogspot beliau yang dahulu, qiraatijibril.blogspot.com.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan, atau berhasrat membeli nama domain yang anda rasa ia berpotensi untuk anda gunakan pada masa akan datang, maka bertindaklah segera dengan mencari nama domain tersebut dan melihat jika ia belum dimiliki.

Jika belum, maka anda perlu dapatkan segera nama domain yang anda inginkan tadi sebelum terlambat.

Saya juga telah membeli beberapa nama domain untuk projek yang akan dijalankan dan untuk simpanan perancangan masa hadapan sebelum nama domain yang saya inginkan tadi dibeli oleh orang lain.

Dengan hanya kos RM35 setahun (tidak termasuk hosting), anda sudah boleh memiliki jenama perniagaan anda di internet.

Apabila anda ingin menggunakan nama domain tersebut untuk membina blog atau laman web, maka barulah anda perlu membeli pakej hosting yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat penyedia hosting.

Segalanya di dalam talian

Dalam tahun-tahun akan datang, segala urusan tidak mustahil akan dilakukan sepenuhnya di dalam talian.

Jadi, jika anda masih belum memiliki jenama blog anda, nama domain dan hosting, laman web atau blog, maka anda akan ketinggalan dalam bisnes perniagaan internet yang semakin mencabar.

Semoga apa yang dikongsikan ini membantu anda yang belum memiliki nama domain lagi.

Untuk mengetahui tip memilih nama domain dan tutorial cara membeli nama domain dan hosting, anda boleh rujuk artikel post yang telah saya tulis di bawah. (imej di dalam tutorial sedikit berbeza dengan paparan asal di laman web) tetapi langkahnya masih sama.

Rujukan artikel berkaitan :

Tip Memilih Nama Domain Terbaik untuk Bisnes anda

Tutorial Lengkap Membeli Nama Domain dan Hosting

Untuk memilih nama domain pilihan anda sama ada masih lagi belum dimiliki atau tidak, anda boleh terus ke laman web NetKl di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *