Buat duit dengan ebook

buat duit dengan ebook

Jana pendapatan dengan ebook

Assalamualaikum w.b.t

Terdapat banyak cara dan kaedah menjana pendapatan secara online di internet. Ramai yang buat duit dengan hanya menggunakan internet dan mempromosikan produk mereka di internet.

Potensi buat duit di internet dan menjana pendapatan sampingan dan pasif di internet amat luas. Hanya apabila kita berusaha mempelajari dan mengambil tindakan.

Sebagaimana saya kongsikan dalam buku tulisan saya, Formula Luas Rezeki, rahsia kejayaan dalam perniagaan adalah dengan membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Cara mudah dan pasif jana pendapatan melalui ebook

Dan antara cara mudah dalam membantu orang lain adalah melalui ebook.

Ebook adalah ebuku dalam format PDF yang boleh dibaca melalui komputer atau gadjet lain yang boleh dicetak oleh pengguna.

Kos menerbitkan ebook hampir tiada dan amat rendah iaitu hanya melibatkan kos promosi sahaja.

Sekiranya anda minat menulis atau mempunyai sesuatu ilmu, kepakaran dan tip yang ingin dikongsi bersama para pengguna di internet, maka mulakan penulisan ebook anda dan seterusnya jual di internet.

Idea Ebook Pertama

Dapatkan idea ebook pertama anda. Untuk ebook ini anda boleh berikan percuma kepada subscriber blog anda atau anda boleh jual dengan harga murah.

Tulis idea-idea yang terlintas dalam fikiran. Apakah tajuk anda, niche, kategori, target pembaca, bilangan tajuk dan topik di dalam ebook.

Kemudian, pilih satu idea terbaik dan berpotensi tinggi mendapat permintaan. Anda boleh ‘test market’ tajuk ebook anda dengan bertanya pendapat orang lain, fans di FB dan rakan-rakan anda yang berminat.

Jika ada permintaan, mulakan penulisan ebook anda. Tidak perlu terlalu panjang muka surat. 30-150 muka surat sudah mencukupi bagi sebuah ebook bergantung kepada topik. Muatkan gambar menarik dan tulisan spacing/double spacing supaya mudah dibaca dan santai.

Jual ebook

Apabila telah selesai, buat cover untuk ebook anda dan kini anda sudah boleh menjualnya atau berikannya secara percuma dahulu.

Anda bebas meletakkan harga yang bersesuaian dan tidak membebankan bakal pembeli anda.

Yang penting, kualiti dan isi kandungan ebook anda sudah pasti mampu memberikan kepuasan dan membantu menyelesaikan masalah bakal pembeli anda.

Jana pendapatan pasif

Anda boleh jual di FB, blog anda sendiri, laman jualan, di forum dan sebagainya. Seterusnya anda sudah mencipta satu pendapatan pasif yang mana anda hanya perlu menghantar link download ebook tersebut melalui emel dan mulai jana pendapatan pasif tanpa melakukan apa-apa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *