Assalamualaikum w.b.t
Dalam perkongsian Pesan Mentor kali ini, mari kita merenung kembali lembaran sejarah kisah sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang berjaya di dalam perniagaan mereka.
Antara sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang memiliki kekayaan dalam perniagaan mereka ialah Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Saidina Utsman bin ‘Affan r.a, Abdul Rahman Bin Auf r.a, Abu Darda dan ramai lagi.
Apakah rahsia dan formula hidup yang diamalkan sehingga hidup mereka sentiasa tenang dan bahagia?
Mereka berniaga, tetapi tidak dilalaikan dengan perniagaan mereka.
Mereka hebat dalam berniaga. Tetapi mereka lebih hebat dalam ibadah dan ketaatan kepada Allah Taala.
Mereka zuhud dan tidak terpengaruh dengan kekayaan yang dimiliki.
Formulanya ialah mereka melakukan perkara yang Allah Taala sukai.
‘Lakukan perkara yg Allah sukai, pasti Allah akan CURAH
rezeki, ketenangan & kebahagiaan.’
Saya petik kata-kata Ustaz Hj. M. Asraff Ayob yang disampaikan beliau dalam seminar AMP 2013, Dr. Azizan Osman, iaitu teknik “beyond marketing” :
‘GEMBIRAKAN ALLAH, FIRST’
Cari keredhaan Allah Taala terlebih dahulu.
Realitinya, seringkali kita mendahulukan teknik ciptaan manusia.
Teknik pemasaran, teknik SEO, membina jenama “branding”, pengiklanan dan sebagainya.
Oleh sebab itu, mungkin kita terlupa teknik “gembirakan Allah, first.”
Iaitu dengan bersedekah, membantu orang lain, jujur, berakhlak mulia, melebihkan timbangan, dan paling penting menjaga ibadah wajib di samping menambah ibadah-ibadah sunat.
Inilah rahsia dan formula yang diamalkan oleh para sahabat Nabi Muhammad S.A.W.
Formula ini telah terbukti berkesan dalam memberi ketenangan, kebahagiaan dan rezeki yang besar dan berkat.
Marilah kita mengutamakan perkara-perkara yang disukai Allah Taala dan menjauhi perkara-perkara yang dimurkai-Nya.
Di bawah, saya petik kata-kata Ustaz Hj. M. Asraff Ayob dan juga video perkongsian beliau yang amat bermanfaat.
Semoga dapat kita amalkan bersama. 🙂
Alhamdulillah, sy sentiasa ingatkan diri utk beramal dgn
formula ini dan hingga sekarang, keajaiban, rezeki besar
& kegembiraan sentiasa Allah kongsi tanpa putus-putus.Jika kita telah lakukan 1001 cara untuk mencapai apa yg
dihajati tetapi hasilnya biasa-biasa sahaja, sy cadangkan,
sudah sampai masanya kita amalkan formula ini.Jadikan ia first priority. Pasti, 100%, hasilnya luarbiasa.
Just do it & jgn terlalu risau tntg ‘menjadi ke formula ni’
sebab, segala yg ‘deal’ dgn Allah, PASTI hasilnya
proven LUARBIASA.
Leave a Reply