Idea Jutawan Industri – Seminar Jutawan Industri DAO 2

Bidang perniagaan memerlukan asas ilmu yang kukuh, usaha bersungguh-sungguh dan kemahuan yang tinggi. Lebih-lebih lagi untuk kita menguasai dan menjadi pakar dalam industri perniagaan tersebut (industry expert).

Sebagaimana kata-kata Dr. Azizan Osman, “Alang-alang berniaga, biar sampai jadi jutawan”.

Bagaimana ingin menjadi Jutawan Industri ?

Dalam seminar ini, Dr. Azizan Osman telah mengemukakan 6 Langkah Penting bagi kita untuk menjadi Jutawan Industri (Industry Expert) sekurang-kurangnya dalam 3 tahun dari sekarang.

6 Langkah Menguasai Industri (Industry Expert)

Idea Jutawan Industri - Piramid

1.   Menulis

Jika anda sudah menulis, teruskan.

Jika belum, mulakan sekarang dengan menulis perkara yang anda inginkan dan dapat membantu orang lain seperti pengalaman hidup anda, bagaimana anda memulakan bisnes anda, jatuh bangun perniagaaan anda, kemahiran dan kepakaran anda dan sebagainya.

Tulis dan terus menulis. Anda boleh menulis di blog, Facebook, membuat ebook atau membuat buku, menulis di majalah atau surat khabar.

Cara paling mudah adalah menulis di blog, Facebook atau dengan membuat ebook. Ia adalah percuma dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Anda juga boleh jadikan buku tulisan anda tadi sebagai kad perniagaan anda. Ini kerana kad perniagaan yang terbaik adalah buku!

2.   Penceramah (Speaker)

Tahap kedua adalah dengan menjadi penceramah atau speaker dalam bidang anda.

Setelah ramai mengenali dan membaca tulisan anda, anda akan dianggap sebagai pakar dalam bidang anda dan dijemput menjadi ceramah.

Mulakan ceramah anda yang pertama agar lebih ramai mengenali kepakaran anda dan lebih ramai mendapat manfaatnya.

3.   Promosi secara Online (Online Marketing)

Bagi menguasai pasaran yang lebih luas dan global, gunakan pemasaran online.

Anda boleh melakukannya sendiri atau mengupah orang lain melakukannya. Promosi secara online adalah lebih berkesan. Antaranya adalah dengan menggunakan laman web, Facebook dan blog.

4.   Menjadi seminar leader

Seterusnya, bagi mencapai hasil yang terbaik, pastikan anda menjadi peneraju dalam menganjurkan seminar, kursus atau bengkel.

Ini kerana, anda akan membina lebih kreadibiliti dan kepakaran anda dalam industri tersebut.

5.   Konsultan (Perunding)

Tahap kelima adalah menjadi penasihat, konsultan atau perunding dalam industri anda.

Syarikat-syarikat lain akan melantik anda sebagai penasihat atau konsultan mereka kerana mereka yakin dengan kepakaran dan kreadibiliti anda.

6.   Pelatihan dan Latihan (Coaching and Training)

Tahap keenam adalah anda menganjurkan latihan perseorangan atau berkumpulan sebagai Jurulatih.

Pada tahap ini, anda sudah dianggap sebagai pemain utama dalam industri tersebut. InsyaAllah, juga sebagai Jutawan Industri!

Mulakan langkah pertama sekarang. Manakala langkah seterusnya akan menyusul.  Berikan masa untuk diri dan perniagaan anda. InsyaAllah dalam 3 tahun, anda akan melihat anda bakal menjadi pakar dalam industri anda.

Semoga bermanfaat buat anda dan rakan-rakan anda. Silakan berkongsi artikel ini dengan rakan anda. Silakan juga berkongsi pendapat anda di bawah.

Terima kasih. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *