Membina Perniagaan Internet Jana Pendapatan Pasif 6 Angka Dengan Produk Informasi

Perniagaan Internet PasifAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dalam perniagaan internet, untuk memperoleh pendapatan 4-6 angka sudah tidak mustahil. Terdapat banyak contoh kejayaan mereka yang berjaya mendapat pendapatan konsisten melalui internet sama ada usahawan internet luar negara atau di negara kita sendiri.

Namun, di sebalik 10 % kejayaan mereka yang kita ketahui, 90 % lagi adalah usaha keras mereka yang tidak pernah berputus asa sehingga mereka berjaya mendapat apa yang mereka impikan.

Mereka juga sebelum ini telah mencuba pelbagai teknik, strategi dan sistem sehinggalah akhirnya mereka berjaya menemui teknik yang terbukti dapat memberikan pendapatan lumayan. Antara teknik dan sistem yang telah terbukti menjana pendapatan 6 angka ialah melalui jualan Produk Informasi.

Dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan Sistem Jana Pendapatan Pasif 6 Angka dengan Produk Informasi sebagaimana yang dikongsikan oleh mentor saya.

Kenapa Produk Informasi?

Produk informasi adalah produk evergreen dan sentiasa mendapat permintaan. Contohnya, produk ebook bagaimana menjana pendapatan melalui blog, ebook bagaimana menghilangkan bau badan, panduan mudah hamil, panduan jana pendapatan pasif dengan menghasilkan ebook murah, panduan belajar menaip pantas dan sebagainya.

Kelebihan perniagaan produk informasi

  • Kos yang rendah
  • Sesiapa pun boleh membuatnya dengan menawarkan penyelesaian kepada masalah orang ramai
  • Keuntungan 100% milik anda

Sistem Jana Pendapatan Pasif 6 Angka dengan Produk Informasi

1.   Cari pasaran yang “TERDESAK”

Sebelum membina produk informasi anda, kaji pasaran dan permintaan terlebih dahulu. Untuk mendapat jualan lumayan, cari pasaran yang terdesak dan mendapat permintaan tinggi di internet seperti produk berkaitan kewangan, kesihatan, kecantikan dan gaya hidup (gadjet, keselamatan dan motivasi diri).

Kaji masalah yang ada dalam niche tersebut dan yang memerlukan penyelesaian.

2.   Hasilkan produk yang MENYELESAIKAN masalah mereka

Cari penyelesaian kepada masalah tadi dan hasilkan produk informasi anda.

Produk informasi anda boleh dibuat dalam pelbagai bentuk sama ada melalui ebook, buku fizikal, audio, video, laporan khas, khidmat nasihat, coaching, webinar dan sebagainya.

3.   Hasilkan laman jualan (Sales page) untuk menjual produk anda

Setelah anda memiliki produk anda sendiri, anda perlukan laman jualan untuk menjual produk anda. Anda boleh membina sendiri laman jualan anda atau mengupah orang lain melakukannya untuk anda.

Anda juga boleh menjual melalui blog, forum, iklan Facebook dan sebagainya.

Pastikan laman jualan anda tadi mengandungi cara bakal pembeli untuk menghubungi anda dan juga cara pembeli boleh melakukan pembayaran. Anda boleh menyediakan kaedah pembayaran melalui bank-in ke akaun Maybank anda atau melalui akaun Paypal.

4.   Beritahu orang lain anda ada penyelesaian masalah mereka (Promosi)

Anda sekarang sudah hampir untuk menjana pendapatan pasif secara online di internet.

Anda sudah mempunyai produk anda sendiri dan sekarang anda hanya perlu mempromosikan laman jualan atau blog anda tadi dengan meluas agar lebih ramai pengguna internet dapat mengetahui kebaikan dan kehebatan produk anda.

Kaedah promosi yang anda boleh gunakan antaranya ialah melalui akaun Facebook anda, iklan Facebook, video promosi di Youtube, melalui forum, iklan blog, iklan percuma dan iklan berbayar di internet.

Kesimpulannya, 4 langkah di atas adalah sistem yang terbukti untuk menjual produk informasi dan menjana pendapatan pasif sehingga 4-6 angka.

Ia adalah tidak mustahil untuk menjana pendapatan pasif melalui internet dengan syarat kita sanggup belajar menambah ilmu dan seterusnya mengambil tindakan. InsyaAllah. 🙂

Jana pendapatan pasif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *