Menyimpan dan melabur dalam perniagaan

simpan dan laburAssalamualaikum w.b.t

Amalan menyimpan wang atau menabung adalah satu kewajipan setiap mereka yang berniaga.

Tanpa tabungan, wang perniagaan akan mudah habis kepada perkara yang lain selain daripada membangunkan perniagaan.

Oleh sebab itulah perancangan kewangan amat penting dalam perniagaan.

Dengan ilmu perancangan kewangan, mereka yang mempunyai modal yang kecil dapat membina bisnes dengan baik hasil daripada ilmu dan tindakan yang betul.

Setelah hasil tabungan menjadi besar dan bertambah, barulah mereka mengembangkan lagi perniagaan mereka ke satu tahap lagi.

Sekiranya modal perniagaan yang besar dan keuntungan yang banyak sekalipun, tanpa ilmu kewangan yang betul, modal tersebut boleh habis dalam beberapa bulan sahaja.

Amalan terbaik adalah membahagikan wang keuntungan kepada 3 iaitu menyimpan dalam akaun tabungan yang tidak boleh diusik, gaji untuk diri sendiri (dan pekerja jika ada) dan untuk pusingan modal perniagaan (termasuk kos operasi, pemasaran dan lain-lain)

Menabung dan menyimpan lebih baik daripada meminjam

Menabung juga lebih baik daripada meminjam kerana kita menggunakan modal kita sendiri.

Jika ingin membuka perniagaan atau baru hendak bermula berniaga, gunakan modal sendiri dahulu. Elakkan membuat pinjaman kerana anda masih baru dan masih banyak perlu dipelajari.

Mulakan secara kecilan hingga sudah nampak selok-belok perniagaan yang anda lakukan dan potensinya. Kemudian, barulah mula kembangkannya dengan bantuan mentor anda.

Tidak salah meminjam dengan institusi kewangan, MARA, skim-skim bantuan, ahli keluarga sendiri dan sebagainya asalkan kita mempunyai perancangan yang baik dan jelas bagaimana mendapatkan keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan dalam masa setahun, dua atau tiga tahun.

Tapi, jika baru bermula dalam berniaga, tiada tunjuk ajar mereka yang lebih berpengalaman, risiko perniagaan anda amat tinggi.

Meminjam juga bukanlah jalan penyelesaian ideal untuk menutup hutang daripada satu hutang ke hutang yang lain.

Apabila menyimpan, pilihlah tempat simpanan yang mana kita juga dapat gandakan wang simpanan kita.

Antara tempat simpanan terbaik adalah dengan Tabung Haji yang memberikan pulangan pelaburan hasil daripada simpanan dalam 7-8% setahun.

Tip menyimpan wang perniagaan

Apabila selesai perniagaan anda pada hari tersebut atau minggu tersebut, simpan wang hasil perniagaan anda ke dalam akaun syarikat setiap hari atau minggu.

Selepas itu, barulah dimasukkan ke dalam akaun pekerja atau anda sendiri sebagai gaji anda.

Selepas mendapat gaji anda pula, simpankan 10 % gaji anda ke akaun Tabung Haji anda.

Apabila anda menyimpan setiap wang ke dalam akaun syarikat, ia akan menjadikan akaun syarikat anda aktif dengan berlakunya transaksi setiap hari.

Ia akan memberi kelebihan kepada syarikat anda apabila ingin memohon apa-apa peruntukan khas kerajaan, pinjaman dengan bank atau memohon pinjaman pelaburan atau lot saham khas bumiputera dan sebagainya.

Melabur

Selain menyimpan, peruntukkan juga wang gaji anda untuk anda melabur.

Melabur sama ada pelaburan emas, perak, saham, atau pelaburan ilmu pemasaran dan ilmu pengurusan organisasi untuk perniagaan anda.

Untuk syarikat pula, laburkan wang untuk memberi latihan kepada para pekerja anda agar lebih proaktif dan berdaya saing.

Pelaburan paling penting adalah pelaburan ilmu dengan mencari mentor yang lebih berjaya daripada anda dan belajar daripada mereka.

Pendapatan anda dalam perniagaan akan statik sekiranya ilmu tidak bertambah.

Oleh itu, jangan lupa membuat pelaburan ilmu dengan belajar perkara baru setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *