Rahsia Menarik Kekayaan – Seminar Jutawan Industri DAO 1

Seminar jutawan industri

Pada 19 Oktober 2012, saya telah mengikuti Seminar Jutawan Industri oleh Dr. Azizan Osman (DAO) di Kota Bharu, Kelantan. Dalam seminar ini, Dr. Azizan Osman telah berkongsi bagaimana untuk menguasai sesuatu industri dan menjadi pemain utama dalam industri tersebut sehinggalah kita menjadi jutawan industri.

Dengan tema “kuasai perniagaan, rahsia menarik kekayaan”, pelbagai tip dan panduan telah diberikan kepada para peserta. Alhamdulillah, pada hari ini saya diberikan kesempatan dan ruang masa untuk berkongsi apa yang telah saya pelajari dalam Seminar Jutawan Industri ini. Perkongsian ini adalah antara isi-isi penting yang telah diberikan DAO. Oleh sebab ia agak panjang, maka saya telah bahagikan kepada Siri 1 dan Siri 2. Semoga bermanfaat 🙂 .

Rahsia Dalam Berniaga

Sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan, kita sudah pasti menghadapi prestrasi turun dan naik, untung dan rugi, gagal dan berjaya. Untuk berjaya kita perlu mencontohi orang yang telah berjaya. Sudah tentu di sebalik kejayaan mereka, terdapat rahsia yang menjadi amalan dan pegangan mereka dalam kehidupan.

Apakah rahsianya?

Rahsia mereka adalah mereka tahu KENAPA?

Mereka tahu kenapa mereka perlu berjaya dalam perniagaan mereka, mereka tahu apa tujuan mereka berniaga, dan tujuan mereka inilah yang mendorong mereka untuk menghadapi liku-liku dalam perniagaan.

KENAPA? –  Mereka mahu membantu menyelesaikan masalah orang lain dan ingin membantu seramai orang yang boleh.  Mereka juga ingin memberi lebih nilai kepada kehidupan orang lain.

Mereka bukan berniaga sekadar ingin mendapat keuntungan dan ingin menjadi kaya. Bahkan tujuan utama mereka adalah untuk memberi dan membantu orang lain.

Hidup jangan banyak complain, sentiasa berfikiran positif.

Orang yang berjaya dalam perniagaan tidak banyak complain. Mereka sentiasa berfikir positif dan berfikir mencari jalan penyelesaian bagi ujian yang dihadapi.

Bisnes adalah penzahiran sifat kita seharian. Sentiasa positif dan tenang akan menjadikan kita lebih berjaya.

Banyak bersyukur dan berterima kasih

Selalu bersyukur dan berterima kasih walau banyak atau sedikit. Banyakkan berzikir, Alhamdulillah. Gunakan nikmat yang diperoleh untuk membantu orang lain. Semakin kita bersyukur, Allah Taala akan tambahkan lebih lagi.

Syukur pada Allah Taala, beterima kasih kepada manusia.

Memberi dan berkongsi

Rahsia orang berjaya adalah kerana mereka suka memberi pada setiap waktu. Mereka percaya akan keberkatan rezeki.

Mereka percaya dengan memberi tidak akan rugi, sebaliknya Allah Taala akan menggantikan dengan ganjaran yang lebih baik.

“What we give, we get back more!”

4 Perkara Perlu Diubah

Untuk kaya dan berjaya, kita perlu ubah 4 perkara iaitu :

  1. Ubah cara saya fikir : fikir kaya dan berjaya, kita akan dapat apa yang kita fokuskan dalam kehidupan
  2. Ubah perasaan : sentiasa dalam emosi yang baik, positif, tenang dan bahagia
  3. Ubah cara saya bercakap : belajar cara berkomunikasi yang baik
  4. Tindakan : fast action, fast result

Susuli 4 perubahan ini dengan Doa.

Tip Kaya & Berjaya

Tulis 10 sebab kenapa kita nak kaya dan berjaya. Mengikut kajian, hanya dalam 0.5 % sahaja orang yang menulis (di atas kertas) kenapa mereka nak berjaya dan apa yang mereka hendak capai dalam 10 tahun akan datang.

Tulis APA SAYA NAK dan KENAPA?. Jika tidak ditulis, kita sebenarnya hanyalah berangan-angan.

Duduk dan tulislah sekarang.

5 Formula Kejayaan

  1. Matlamat : perlukan 3 perkara utama :Matlamat : apa sebenar hendak dicapai
    Mentor : cari mentor yang sudah berjaya
    Kejayaan : kejayaan perlu dirancang, tetapkan tarikh bila kita akan mencapainya.
  2. Elmu (emotion – emosi)
  3. Sistem/ strategi –  untuk berjaya, ikut sistem orang yang dah berjaya
  4. Tindakan luar biasa – sentiasa bertindak pantas (fast action, fast result)
  5. Impian yang jelas

~ Orang berjaya juga sentiasa melihat wajah (muka) ibu bapa mereka. Mereka tidak akan jatuh miskin. Gembirakanlah ibu bapa kita, kerana keredhaan Allah Taala terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.

~ Dalam perniagaan, pelanggan perlu dilayan dengan penuh keceriaan dan senyuman.

Bak pesan mentor kepada Dr. Azizan Osman, bagaimana ingin mendapat pelanggan yang ramai? Rahsianya adalah dengan cari ladang tebu, jumpa pelanggan, hisap tebu tadi. Maksudnya ialah tanam tebu di tepi bibir. (sentiasa senyum :))

(sambungan Siri 2 dalam artikel seterusnya)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *