• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Allah

  • Blog

10 Rutin Pagi Jutawan Akhirat – Dr. Azizan Osman

March 26, 2015 by zul press 4 Comments

jutawan akhiratAssalamualaikum w.b.t

Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?

Jika kita ingin lihat sama ada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangka masa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras “The Monk Who Sold The Ferrari” serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

10 Rutin Pagi Jutawan Akhirat

1/ Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3/ Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4/ Baca beberapa surah atau juz’ Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6/ Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7/ Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra’ bila matahari naik

8/ Minum pagi/ sarapan

9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

 10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat :-

1/ jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Kongsikan dengan 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat.

Love 

Azizan Osman

Dipetik daripada Nota Dr Azizan Osman di sini.

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Motivasi Tijarah Tagged With: dr azizan, jutawan

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi.com says

    March 30, 2015 at 3:24 pm

    sangat menarik rutin oleh mereka yang kaya dan raya..mudah-mudah kita tergolong dari kalangan mereka

    Reply
    • zul press says

      March 31, 2015 at 9:34 pm

      amin 🙂

      Reply
  2. Best Usahawan says

    April 1, 2015 at 12:40 am

    Wow… memang best kan kalau kita mcm mereka yang berjaya ni…

    semoga suatu hari nanti saya juga mcm tu.. insyaallah…

    Reply
    • zul press says

      April 4, 2015 at 10:28 pm

      Amin.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • FB Live
  • Motivasi Hamba
  • Motivasi Tijarah
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit