• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Allah

  • Blog

21 Tip Kerja dari Rumah

March 7, 2016 by zul press Leave a Comment

bisnes kerja dari rumahAssalamualaikum w.b.t

Dalam seminggu, beberapa kali saya akan pergi ke pejabat pos laju untuk menghantar tempahan buku Formula Luas Rezeki di www.FormulaLuasRezeki.com . Dan setiap kali saya pergi, akan ada ramai yang menghantar bungkusan berbakul-bakul.

Orangnya berpakaian biasa sahaja, kereta yang biasa sahaja, tapi dapat menghasilkan jualan dan mendapat tempahan pelanggan yang ramai setiap hari adalah luar biasa.

Sempat berbual dengan penjual lok ceng di tepi pejabat pos laju, dan bertanya pendapatnya tentang bungkusan dan barangan yang selalu dihantar ke pos laju. Dia beritahu biasanya jualan t-shirt, pakaian, tudung dan produk kesihatan dan kecantikan.

Saya yakin anda juga selalu melihat mereka yang berniaga dari rumah, dan menjana keuntungan lumayan hanya dengan bekerja dari rumah. Malah, ada yang dari bekerja kerajaan mula berhenti untuk berniaga hanya dari rumah.

21 Tip Kerja Dari Rumah

  1. Mula secara part time – selepas waktu kerja 1-2 jam setiap hari (petang/malam/awal pagi/hujung minggu)
  2. Jual produk sendiri atau produk orang lain
  3. Pilih produk yang banyak permintaan dan mudah dijual – HOT item
  4. Pilih produk yang evergreen – selalu relevan pada setiap masa bukan pada suatu musim sahaja
  5. Pilih produk yang mendapat keuntungan menarik dan lebih banyak
  6. Jika mampu hasilkan produk sendiri, hasilkan ia dan dapatkan bimbingan mentor. Kemudian, lantik ejen affiliate/ dropship/ stokis atau ejen jualan di setiap negeri
  7. Belajar dari mereka yang telah berjaya. Carilah mentor untuk diikuti dan berada dalam jemaah. Dr Azizan Osman adalah mentor pemasaran yang telah melatih ramai orang berjaya dalam perniagaan mereka.
  8. Belajar kaedah PEMASARAN internet seperti pemasaran Facebook, blog, emel, laman sosial
  9. Manfaatkan laman Mudah.my untuk produk fizikal dan perkhidmatan/servis
  10. Manfaatkan Facebook page dan Facebook group
  11. Gunakan pemasaran Video percuma di Youtube untuk dapatkan pelanggan
  12. Konsisten buat tindakan setiap hari walaupun 1 jam sahaja
  13. Tetapkan target jualan setiap hari/minggu dan bulan
  14. Belajar teknik pemasaran terkini dari seminar-seminar percuma atau berbayar
  15. Baca buku dan blog keusahawanan untuk motivasi dan top-up ilmu perniagaan dan pemasaran
  16. Minat berniaga makanan? Tapi tiada kemahiran? Belajar dari kursus-kursus atau panduan di internet. Boleh baca di sini.
  17. FOKUS – pilih satu perniagaan dan usahakan sehingga mencapai target jualan dan mendapat keuntungan lumayan. Jangan bertukar-tukar produk atau servis.
  18. RAJIN – berniaga dari rumah perlu pengorbanan masa, wang dan tenaga. Urus masa berkualiti, berkorban tenaga, dan wang ringgit untuk belajar dan menambah ilmu. Ini adalah prinsip penting. Berniaga dari rumah bukan untuk mereka yang malas, ingin goyang kaki dan buat duit tanpa bekerja bersungguh terlebih dahulu.
  19. RAHSIA? Tiada rahsia yang benar-benar rahsia. Belajar dari mereka yang dah berjaya, praktik setiap hari dan lakukan tindakan luar biasa. InsyaAllah banyak peluang akan hadir untuk
  20. IMPIAN HIDUP BEBAS KEWANGAN – salah satu impian orang yang berniaga adalah ingin bebas dari segi masa dan kewangan. Boleh melakukan apa jua perkara baik yang ingin dilakukan dan tidak terikat dengan kerja 8-5. Masa yang ada dapat dimanfaatkan bersama keluarga dan mencapai impian hidup yang telah dilakar.
  21. FORMULA LUAS REZEKI? – Kaya minda dengan ilmu, kaya jiwa dengan amal dan kaya harta dengan tindakan luar biasa. Alhamdulillah, buku Formula Luas Rezeki telah membantu ramai orang melihat rezeki lebih luas dan tenang dengan rezeki. InsyaAllah. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran atau terus dari saya di FormulaLuasRezeki.com

Semoga 21 tip kerja dari rumah ini bermanfaat buat anda.

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Motivasi Tijarah Tagged With: tip perniagaan

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • FB Live
  • Motivasi Hamba
  • Motivasi Tijarah
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit