• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Allah

  • Blog

3 Jenis Pendapatan

January 4, 2014 by zul press Leave a Comment

cashflowAssalamualaikum w.b.t

2 impian setiap manusia iaitu mempunyai lebih masa dan lebih wang. Bagi mereka yang bekerja, mereka inginkan lebih masa bersama keluarga dan pendapatan sampingan selain daripada pendapatan gaji bulanan mereka.

Bagi usahawan yang berniaga, selain daripada pendapatan hasil daripada perniagaan, mereka inginkan juga pendapatan pasif.

3 Jenis Pendapatan

1.   Pendapatan Aktif – pendapatan hasil daripada pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan dan ditukar dengan jumlah masa bekerja atau berniaga.

2.   Pendapatan Pasif – buat sesuatu kerja tetapi hasil pendapatan berterusan, tidak terhad dan tidak terikat dengan jumlah masa bekerja.

Terdapat pelbagai sumber pendapatan pasif seperti :

Pelaburan : Menyimpan di tabung Haji, pelaburan saham (kena belajar betul2), pelaburan emas, pelaburan hartanah.

Perniagaan Online : Menjual Ebook, VCD, agen affiliate, laman membership (online membership).

Lain-lain : Menulis buku (royalti buku), ejen insuran/takaful, sewa rumah, paten.

3.   Pendapatan Sampingan (Side-Income) – pendapatan sampingan hasil daripada kerja sampingan yang dilakukan diluar daripada waktu bekerja.

Contoh : perniagaan sendiri (luar waktu pejabat), pekerjaan lain (selain pekerjaan utama), jual aiskrim, buat dan jual roti, jual putu (putu piring, putu mayam dll.), jual dadih, jual alat terpakai di Mudah.my dan banyak lagi.

Dengan pendapatan aktif sahaja, sebahagian besar mengatakan adalah tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan yang makin hari makin mencabar.

Maka, ramai yang berusaha mencari pendapatan pasif dan pendapatan side-income untuk memperoleh pendapatan yang lebih.

Untuk mencari pendapatan pasif dan pendapatan side-income tidak senang jika tiada ilmu yang betul.

Lebih-lebih lagi banyak kes ramai yang ditipu dengan pelbagai skim cepat kaya yang menjanjikan pendapatan lumayan hasil daripada pelaburan sejumlah wang setiap bulan.

Ada juga yang menyertai sesuatu perniagaan atau pelaburan dan mengharapkan untung berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.

Tidak kurang mereka yang ditipu dengan panggilan telefon palsu yang menyamar daripada pihak bank atau insuran.

Situasi-situasi di atas seharusnya menjadikan kita lebih berhati-hati dalam setiap perniagaan atau pelaburan yang ingin diceburi.

Laburkan terlebih dahulu wang kepada ilmu dan mempelajari selok-belok perniagaan yang ingin dilakukan.

Tanpa ilmu perniagaan, kita mungkin akan tersungkur awal.

Like & share.

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Motivasi Tijarah Tagged With: pendapatan pasif

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • FB Live
  • Motivasi Hamba
  • Motivasi Tijarah
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit