• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Allah

  • Blog

4 Asas (Wajib Ada) Sebelum Memulakan Perniagaan Internet

December 24, 2012 by zul press 4 Comments

asas perniagaan internetApa khabar? Semoga anda sihat sentiasa. Dalam tulisan kali ini, saya suka untuk berkongsi berkaitan tajuk perniagaan internet atau juga bisnes internet. Saya percaya anda juga seringkali mendengar perbincangan berkaitan topik ini yang semakin hangat diperkatakan.

Baiklah, dalam perniagaaan internet, sekurang-kurangnya terdapat 3 kategori. Kategori pertama ialah orang yang telah berjaya mendapat pendapatan yang lumayan daripada perniagaan internet. Ada yang telah pun menjadi jutawan hanya dengan perniagaan internet. Antaranya ialah mentor jutawan saya, saudara Irfan Khairi. Tidak kurang juga ada yang sudah pun menjana pendapatan di internet secara konsisten empat hingga lima angka dan melakukannya sepenuh masa atau separuh masa.

Kategori kedua ialah yang gagal mendapat pulangan pelaburan atau mereka yang gagal menjana ringgit pertama di internet. Golongan ini mungkin telah menyertai pelbagai seminar, membeli ebook, buku rujukan, produk digital dan sebagainya tetapi masih belum dapat menjana pendapatan yang konsisten melalui internet atau masih belum mendapat ringgit pertama mereka.

Manakala kategori ketiga ialah yang berminat dan masih baru dalam bidang ini. Mereka ingin mempelajari cara-cara memulakan perniagaan internet dengan betul. Mereka ingin mengenali lebih dekat berkaitan perniagaan internet dan menjana pendapatan sampingan secara separuh masa (part-time) melalui internet.

Di kategori manakah anda berada? Khas bagi yang ingin bermula dan ingin mempelajari cara-cara memulakan perniagaan internet, anda mestilah sekurang-kurangnya mengetahui dan memiliki 4 asas perniagaan internet ini terlebih dahulu.

4 Asas Sebelum Memulakan Perniagaan Internet

1.   Produk atau perkhidmatan (servis)

Bagi mendapat pendapatan, anda sudah tentu perlu mempunyai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Anda tidak perlu bimbang, terdapat pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang boleh anda tawarkan di internet. Paling penting adalah perkhidmatan atau produk tadi boleh menyelesaikan masalah dan membantu pelanggan menjadi lebih baik.

Anda boleh fikirkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan minat dan keadaan anda. Sekiranya anda tidak memiliki produk atau perkhidmatan, anda boleh menjual produk orang lain dan mendapat komisen daripadanya. (Saya akan jelaskan model-model perniagaan internet lebih lanjut dalam tulisan akan datang)

2.   Platform atau tapak kedai online anda

Setelah anda mempunyai produk atau perkhidmatan, anda perlu mempunyai platform atau tapak kedai online anda. Ini penting bagi memudahkan pengunjung internet mencari anda dan melihat tawaran produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Terdapat pelbagai platform yang anda boleh gunakan antaranya :

  • Menggunakan blog percuma Blogspot.com atau WordPress.com
  • Menawarkan produk atau perkhidmatan anda di forum-forum seperti forum Wang Cyber
  • Menjual melalui laman social Facebook
  • Menjual melalui laman web anda sendiri
  • Memiliki blog anda sendiri (hosting dan nama domain jenama anda) dan tawarkan perkhidmatan/produk anda
  • Menawarkan servis anda di portal iklan percuma seperti majalah.com dan maiiklan.com
  • Menjual melalui laman web Ebay atau Amazon.com

3.   Kaedah pembayaran

Bagaimana pelanggan anda akan membuat pembayaran kepada anda di internet? Jawapannya adalah melalui akaun bank anda. Mereka boleh membuat bayaran ke akaun bank anda sama ada dengan bank-in, bank-transfer, online banking, cek, dan kad kredit. Saya amat mencadangkan anda memiliki akaun Maybank2uOnline, CIMB Clicks atau akaun bank online yang lain. Sebagai alternatif lain ialah anda juga menyediakan bayaran melalui akaun Paypal. (Bagi maklumat lanjut cara membuka akaun Paypal, saya cadangkan anda dapatkan Panduan Asas Paypal (Ebook) di sini atau Panduan Paypal (Video) di sini.)

4.   Ilmu promosi atau marketing

Setelah anda memiliki produk atau perkhidmatan, menggunakan platform yang sesuai, dan meletakkan kaedah pembayaran, maka anda sudah bersedia untuk mula menjana pendapatan melalui internet. Apa yang tinggal adalah anda perlu melakukan promosi berkaitan produk atau perkhidmatan anda tadi. Ini penting agar pengguna internet di seluruh negara atau dunia dapat mengetahui kewujudan produk atau perkhidmatan anda.

Anda boleh mempelajari teknik-teknik promosi lebih lanjut di internet. Terdapat banyak panduan yang disediakan. Apa yang penting kesediaan untuk belajar lebih lanjut dalam perniagaan internet ini. Saya pun masih belajar dan insyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya di blog ini. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat buat anda. Silakan juga berkongsi idea atau pandangan anda bersama-sama di bawah. 🙂

Lagi artikel menarik :

  • 13 Bisnes Makanan Santai Sepenuh Masa atau Separuh Masa
  • Sistem borang tempahan – Cara mudah dan sistematik ambil tempahan pelanggan
  • 5 Idea Bisnes Kedai Makan dan Kedai Offline UpToDate
  • Tip Mudah Dapatkan Pelanggan di Google untuk Ejen dropship dan affiliate
  • Tip Bisnes Dropship Hingga Jadi Agen dan Stokis

Filed Under: Motivasi Tijarah Tagged With: akaun paypal, asas perniagaan internet, mentor jutawan, perniagaan internet

Reader Interactions

Comments

  1. erin says

    June 26, 2013 at 6:48 pm

    best info..

    Reply
    • zul press says

      June 26, 2013 at 9:26 pm

      🙂

      Reply
  2. Kak Nor says

    August 9, 2015 at 9:36 am

    Saya mulakan bz online blm.sethn. sama usia dhn.bz sec. offline. Alhamdullillah..terima kasih sudi share info2..yg berguna…saya mmg tercari2 ilmu spt ini….

    Reply
    • zul press says

      August 17, 2015 at 5:41 pm

      alhamdulillah, moga bermanfaat 🙂

      Reply

Leave a Reply to zul press Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Carian

Categories

  • Bangkit 101 Bisnes
  • Bangkit Kewangan
  • FB Live
  • Motivasi Hamba
  • Motivasi Tijarah
  • Tip Blog
  • Umum

Motivasi Bangkit di FB

Travelog Motivasi Bangkit