Askm w.b.t
Selamat hari raya Aidilfitri buat semua. Moga dilimpahkan rezeki yang luas dan deras, kaya berjaya dunia dan akhirat.
Sebut tentang berniaga, ramai yang ada idea jutawan mereka. Tapi, tak ramai yang sanggup ambil tindakan luar biasa untuk jadikan impian dan idea mereka menjadi kenyataan.
Dalam buku FLR, saya ada tulis berkaitan idea jutawan ini. Nak baca? Boleh tempah online di sini.
Baiklah, dalam sharing kali ini, saya kongsikan tip bisnes dengan servis/perkhidmatan.
1. Tentukan perkhidmatan/servis yang anda mahu tawarkan.
Pilih servis yang anda untung RM20 ke atas dalam satu belian. Harga produk yang tidak terlalu mahal, ada permintaan tinggi, dan ada permintaan berulang.
Contohnya servis design kad, design blog, servis kad kahwin, servis fotografi, servis printing murah, servis edit video, jual makanan online, jual barangan terpakai, jual barangan bayi dan sebagainya.
2. Tentukan sama ada solopreneur atau partnership
Sama ada servis tersebut anda boleh lakukan seorang diri/bersama pasangan seperti servis design, servis tempahan makanan dari rumah, dropship, menjahit langsir, tempahan pakaian dan sebagainya. Atau dalam team/partner secara berkumpulan dengan rakan-rakan atau team anda sendiri seperti jual murtabak, jual makanan/gerai, dan sebagainya.
3. Pilih satu nama JENAMA perniagaan dan LOGO yang unik, mudah diingati dan menarik.
Contohnya, Murtabak Berapi, Nasi Kerabu Janggut dan sebagainya. Jadi, orang tertarik nak beli dan cuba 🙂
Logo pula mestilah berapi. Anda boleh upah orang lain buat logo bisnes anda dengan bajet sekitar RM30 ke atas sahaja. Contohnya, boleh ke www.fiverr.com dan pilih servis design logo hanya dengan usd 5 sahaja.
Ramai yang saya lihat peniaga offline, sekadar jual makanan sahaja. Tapi, tiada jenama dan logo sendiri.
Sebab itu, orang hanya sekali datang sahaja, lepas itu mereka lupa dah tentang kita.
4. Pilih medium pemasaran online dan offline
Sekarang, pemasaran perlu dilakukan secara offline seperti flyers dan banting, dan juga online seperti di Facebook dan blog.
Ramai yang hanya guna FB sahaja yang mana adalah bagus. Tapi, untuk jangka masa panjang, lebih baik update juga status di blog dan instagram. Jika video, upload juga di Youtube.
Perasan tak, status kita di FB akan tenggelam dengan status/update yang lain, dan sukar untuk dirujuk kembali. Berbeza dengan blog sebagai diari bisnes kita dan memudahkan pengguna untuk mencari kita dengan hanya Google sahaja.
Siapa kata susah nak update blog, boleh login di telefon sahaja dan tulis apa yang telah kita lakukan, kongsi gambar bersama pelanggan, menu baharu, tempahan online dan sebagainya.
Barulah bisnes anda meletup di FB dan juga di dalam enjin carian Google.
Tak pandai nak promote online? Tak susah, ramai sahaja mentor perniagaan internet yang boleh anda ikut dan belajar. Yang penting, sedia nak belajar dan buat sampai jadi.
5. Konsisten bermula dari bawah dan scale up (besarkan perniagaan perlahan-lahan)
Mula dari satu kedai atau servis dahulu.
Kumpul pelanggan dan try and adjust hingga kita berjaya capai target jualan.
Kemudian, mula besarkan dengan tambah cawangan atau tambah menu atau tambah perkhidmatan dan sebagainya.
Ramai yang gagal di bahagian ini. Mereka cuba satu bisnes , tak lama kemudian, tukar bisnes lain pula.
Nak berjaya mesti SABAR dan sentiasa BELAJAR.
Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal lagi. Sebaliknya, lebih banyak anda gagal (bukan gagal pada perkara yang sama), lebih hampir anda dengan kejayaan InsyaAllah.
# Berniaga ni tak senang dari makan gaji. Tapi, saya suka 🙂
InsyaAllah.
Semoga bermanfaat.
Leave a Reply