Ramai orang pm tanya saya macamana saya jalankan bisnes berpuluh buah dan hit jutaan ringgit masa PKP ni. Ramai yang nak belajar dengan saya. Hakikatnya, saya tak pandai, yang bagi semua ni ialah Allah.
Banyak bisnes yang saya jalankan ini, saya tidak ada kepandaian. Banyak juga bisnes yang 1st time saya buat.
Tapi Allah Maha Baik, Allah izinkan setiap bisnes yang saya jalankan semasa PKP hit minima 6 angka. Kebanyakannya 7 angka. Subhanallah.
Dan, itu baru satu bisnes. Bila dah darap dengan lebih 20 bisnes, hasilnya sungguh luar biasa. Subhanallah.
Ramai orang nak tahu, macamana saya buat semua ini. Sebenarnya, saya hanya melakukan perkara yang sama pada setiap bisnes, bila berjaya, saya replicate kepada bisnes lain, subhanallah, berjaya juga.
Hinggalah saya perasan, ada pattern yang sama yang boleh di tiru. Dan insya Allah, saya percaya anda pun boleh dapat result yang sama, sekiranya berpegang kepada beberapa prinsip asas ni.
Apa dia tu? Taraa… Here is the list. Jangan lupa SHARE tau post ni tau, ilmu mahal ni. Kalau dah SHARE, sekurang kurangnya ia masih kekal dalam wall kita. Deal? 😊
Ok. Lets go.
Bagaimana saya hit jutaan ringgit melalui pelbagai bisnes dengan duduk di rumah sahaja semasa PKP? Inilah prinsip asasnya.
21 Tip Hit Jutaan Ringgit Jutawan Muslim
1. Percaya sepenuhnya rezeki itu dari Allah. Betul betul mengharap dari Allah. Bukan dari manusia.
2. Buat apa yang Allah suka, Allah akan beri apa yang kita suka. Ini semua amalan rezeki ajaib yang saya selalu kongsi tu. Disebabkan saya ajar amalan ini, maka saya kena buat dulu. Alhamdulillah memang mujarab. Antaranya istighfar, tahajud, silaturahim, baca quran. Dan banyak lagi amalan rezeki ajaib. Kena scroll post2 dan live sebelum ni untuk tahu lebih.
3. Bila dapat untung berniaga, bahagi 3. Satu untuk sedekah dan zakat, satu untuk pelaburan semula, satu untuk gaji. Yang ni part terpenting untuk dapat keajaiban rezeki. Alhamdulillah semua bisnes saya ceburi apply konsep ini yang bersumberkan hadis sahih. Hasilnya menang ajaib sungguh. Subhanallah.
4.Tak ada manusia yang pandai semua perkara, carilah partner yang isi kekurangan kita. Bila berpartner ni, rezeki dia masuk luar biasa hebat.
5. Makan sikit dari banyak pinggan lebih baik dari makan banyak dari satu pinggan. Ada bisnes yang saya start up hanya 25% aje sebagai share holder, Kat satu lagi 40%, kat satu lagi 51%. Jaranglah saya ambil shareholder 100%. Tapi bila setiap bisnes tu hit juta, hasilnya luar biasa. Subhanallah. Ia lebih baik dari saya pegang 100% tapi hasilnya ratus ribu dan satu bisnes tu sahaja. Faham ya?
6. Kena kenal potensi diri, dan gandakan potensi itu. Boleh ambil pelbagai personality test untuk tahu kekuatan diri. Bila dah tahu, Apply prinsip 10,000 hour untuk jadi expert. Fokus kepada kekuatan kita berulang kali. Ramai orang buat silap dengan fokus baiki kelemahan tapi lupa gandakan kekuatan. Setiap dari kita ada genius berbeza. Focus on your strength. 💪
7. Membaca setiap hari. Ini saya tak pernah tinggal walau sehari sepanjang PKP. Membaca ni boleh sharp kan minda kita. Boleh dapat idea pelbagai. Boleh belajar pengalaman orang lain. Dan lepas membaca, tulislah atau kongsikan semula kepada orang lain agar tidak lupa dan menjadikan kita lebih faham.
8. Bila tak tahu sesuatu, kena bertanya. Jangan stuck lama lama sangat. Boleh tanya dengan cara call, jumpa orang, whatsapp atau jalan paling cepat ialah google sahaja. Jawapan tu ada sekiranya kita mencari.
9. Jangan start dari zero. Tapi tiruvasi. Lihat model yang dah ada di pasaran, kaji bisnes modelnya, dan tawarkan usp yang belum ada.
10. Kenali pelanggan anda. Dan anda niat bukan untuk menjual atau ambil duit dia, tapi untuk selesaikan masalah dia. Bila kita niat nak ambil duit dia, kita akan send vibration tanpa kita sedar yang akan sebabkan pelanggan lari jauh2 dari kita. Jaga apa yang kita fikir dan rasa sepanjang masa.
11. Bila bekerjasama, mesti ada hitam putih. Buat perjanjian. Dan jangan khianat dengan perjanjian. Lantik ketua dan beri bidang tugas. Tentukan hasil dan tarikh jangkaan. Jangan pegang janji di mulut sahaja. Sedangkan pantai berubah, apatah lagi hati manusia.
12. Fahami prinsip bersyarikat, ada struktur beza antara share holder, board of director, c suite dan pekerja. Bila faham struktur ni, baru kita boleh buat banyak kerja. Ingat, kerja yang paling banyak kerja ialah ceo. Kita duduk dekat shareholder atau bod dah lah. Baru boleh fokus banyak bisnes. Lantiklah ceo yang berkaliber dan berkelayakan.
13. Jangan mulakan dengan modal yang besar. 95% bisnes saya bermula dengan tiada modal. Caranya, tahu dulu keperluan supply and demand. Bila produk atau servis tu ada demand, anda boleh dapat duit dulu dari client melalui pre order dan banyak lagi cara lain.
14. Bila berpartner, jangan cari partner yang punyai kekuatan yang sama dengan kita. Cari yang boleh melengkapi. Dan terpenting, berpartner tu bukan sebab nak buat duit, tapi sebab ada visi yang sama. Kalau nak partner dengan saya, mudah sahaja. Kalau boleh terima prinsip 1/3 dari untung kita sedekahkan, maka boleh dipertimbangkan jadi partner.
15. Bila bisnes ditimpa masalah, cari puncanya. Bukan lihat kepada produk atau servis. Tapi lihat kepada diri owner. Ada termarah orangkah. Ada tersasar niatkah. Ada tinggal amalankah. Sesi postmortem saya di semua bisnes semuanya berdasarkan perkara ni. Ada seorang staff saya pernah berhenti kerja kerana tak percaya dengan benda ni. Dia kata apa kaitan dosa peribadi dengan pencapaian syarikat. Saya berat hati terima perletakan jawatannya. Masa dia berhenti tu bisnes tengah ada masalah, sales hanya rm50k sahaja. Tapi, elok aje dia berhenti kerja, sales kami bulan tu sahaja cecah 3 juta. Subhanallah. Bukan nak kata kat pekerja tu, tapi nak sebut memang ada kaitan dengan dosa peribadi dengan pencapaian syarikat.
16. Jaga hubungan dengan mak ayah dan dapatkan restu serta berkat. Ini rahsia terbesar saya. Tanpa doa mak dan ayah, kita tak akan kemana. Percayalah.
17. Bisnes ni umpama belayar di lautan. Terkadang datang ombak menggila dan ribut petir. Selaku nakhoda, kena pandai adjust. Jangan ikut buku sangat masa ni. Jangan taksub dengan ajaran satu sifu aje. Adjust dan adjust lagi.. Apa yang relevan semalam, belum tentu relevan hari ini. Apa yang trend semalam, boleh jadi basi hari ini. Sebab itu kena pandai baca cuaca bisnes. Macamana nak tahu, kenalah selalu berlayar (berbisnes).
18. Jangan mati dengan teori. Sifu ni kata begini. Sifu tu kata begitu. Sampai tak tahu nak buat yang mana satu. Jangan begitu. Sepatutnya, redah aje. Buat sahaja dulu, baru anda tahu teori mana yang sesuai.
19. Kalau anda tiada partner yang pakar, outsource sahaja. Ya, ini yang saya suka buat. Hasil dari tangan yang pakar ni luar biasa hebat. Memang akan ada kos sedikit, tapi tak mengapa kerana hasilnya masyuk. Huhu. Sambil2 tu, pergilah belajar macamana dia buat. Jangan selamanya berharap kepada outsource. Permulaan okaylah, tapi bila dah berkembang, cari staff yang boleh buat perkara yang sama. Latih dan beri insentif. Insya Allah sukses.
20. Bila mula bisnes, kena ada grand why, kena jelas kenapa buat bisnes. Supaya nanti di pertengahan jalan, kita tak lemau dan giveup. Dan bigwhy kita tu mesti sangat besar dan jelas. Kalau boleh, ianya mesti evergreen. Jangan mulakan bisnes kerana nak balas dendam ejekan orang, nanti jiwa merana. Bigwhy terbaik ialah nak bagi Allah redha dan sayang dengan kita sebagai hamba dan khalifahnya.
21. Percaya Allah yang izinkan semua bisnes menjadi, bukan kerana kepandaian dan stratergi yang dibuat. Elakkan jadi macam Qarun yang ditelan bumi kerana bongkak rasa dapat jadi kaya kerana kepandaian diri.
Begitulah dulu 21 tips dari ribuan tips yang saya percaya ianya berguna untuk anda amalkan. Ada banyak lagi tips yang mahal dan terbukti berkesan, insya Allah saya sampaikan di post akan datang.
Jadi, jangan lupa FOLLOW dan SET ME FIRST Hakim Mohd Nor untuk dapat ilmu ilmu mahal begini.
Dan jangan lupa SHARE post ini supaya lebih ramai dapat manfaatnya. Deal?
Ustaz Hakim Avengers
-saya sumpah anda jadi jutawan-
Leave a Reply