• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
Zulpress

Zulpress

Motivasi Hamba Bangkit

  • Blog

4 Jenis Aset dalam Pelaburan

May 24, 2014 by zul press 2 Comments

aset pelaburanAssalamualaikum w.b.t

Menurut RichDad PoorDad :

Aset ialah sesuatu yang memberikan kita pendapatan atau dalam erti kata lain memberikan kita duit.

Manakala liabiliti ialah sesuatu yang memerlukan kita mengeluarkan duit.

Contohnya, kereta baru yang dibeli adalah liabiliti dan bukannya aset kerana kita perlu membayar ansuran bulanan RM 300+ kepada pihak bank setiap bulan.

Ia memerlukan kita mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan.

Manakala, bagi pihak bank, pembelian dan pinjaman wang kita dengan pihak bank adalah aset mereka di mana mereka menerima bayaran bulanan daripada peminjam.

Pelaburan pula bolehlah dikatakan sebagai pelaburan sejumlah wang untuk mendapatkan aset yang berpotensi menjana lebih keuntungan kepada pendapatan kita.

4 Jenis Pelaburan

Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh disertai. Namun, dalam artikel ini, saya kongsikan 4 jenis pelaburan utama yang asas iaitu :

1.   Pelaburan dalam Bisnes Perniagaan

Anda membuat pelaburan dalam bisnes perniagaan anda sendiri dengan tujuan mendapat pulangan wang dan keuntungan berganda.

Wang yang digunakan dalam pelaburan pula sama ada wang anda sendiri, pinjaman bank dan institusi dan sebagainya.

Selain itu, anda boleh membuat pelaburan dalam bisnes perniagaan orang lain yang telah anda kaji potensi perniagaan mereka.

Pelaburan jenis ini sesuai sekiranya anda mempunyai pengalaman menguruskan perniagaan dan tahu apa yang anda lakukan.

2.   Hartanah

Pelaburan hartanah biasanya dilakukan dengan 2 tujuan utama iaitu menjana pendapatan pasif dengan sewa yang diperoleh dan peluang menjual kembali hartanah tersebut dengan harga yang lebih tinggi seiring dengan perubahan masa.

Terdapat pelbagai jenis pelaburan hartanah sama ada pembelian tanah sahaja, rumah tunggal, dua tingkat, banglo, bangunan apartmen, bangunan perniagaan, rumah kedai, bangunan pejabat, gudang, hotel dan sebagainya.

Kelebihan pelaburan hartanah adalah anda biasanya perlu mengeluarkan 10% daripada jumlah yang perlu anda bayar dan selebihnya diuruskan oleh pihak bank.

Untuk bayaran ansuran bulanan, anda boleh menggunakan konsep DOL (duit orang lain) untuk membayarnya dengan memastikan bayaran sewa rumah bulanan yang diperoleh melebihi bayaran ansuran bulanan anda.

3.   Aset kertas

Aset kertas termasuklah pelaburan saham seperti lot saham, bonds, mutual funds, Real Estate Investment Trust (REIT), dan Exchange-Traded Funds.

Selain itu, pelaburan yang dilakukan ramai orang yang kurang risiko ialah akaun persaraan dan simpanan di Tabung Haji.

Dengan simpanan di akaun sebegini, anda mendapat dividen dalam 8% setiap tahun.

4.   Komoditi

Unit komoditi termasuklah emas dan perak, makanan seperti gula dan barangan mentah seperti koko, getah, minyak dan gas.

Harga komoditi biasanya bergantung kepada permintaan dan pengeluaran.

Pelaburan yang biasa dilakukan ialah pelaburan emas dan perak yang boleh dibeli dalam pelbagai bentuk dan nilai.

Pelaburan emas dan perak ini amat berpotensi untuk pelaburan jangka masa panjang anda.

Pelbagaikan jenis pelaburan anda

Dicadangkan untuk anda mempelbagaikan pelaburan aset anda meliputi mana-mana jenis aset di atas.

Jika anda sudah membuat pelaburan hartanah, maka jadikanlah juga pelaburan emas dan perak sebagai salah satu pelan portfolio pelaburan anda.

Ini penting bagi mempelbagaikan sumber pendapatan pasif anda untuk jangka masa panjang.

Jika anda tiada pengalaman, maka timbalah ilmu dahulu dalam bidang pelaburan yang anda pilih bagi mengelakkan risiko yang lebih besar di kemudian hari.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Filed Under: Umum Tagged With: aset, pelaburan

Reader Interactions

Comments

  1. pakcik lama says

    June 4, 2017 at 2:39 pm

    penerangan yang sangat berharga. terima ksih

    Reply
    • zul press says

      June 6, 2017 at 9:36 am

      sama2 semoga bermanfaat 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Mencari Kerja vs Belajar Berniaga
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2022 · Magazine Pro on Genesis Framework ·