Assalamualaikum w.b.t
Mengikut Robert Kiyosaki, pelaburan sebenarnya tidak berisiko. Tetapi sebenarnya pelabur itu sendiri adalah berisiko jika ia tiada ilmu dan tidak ada asas dalam pelaburan.
Justeru, dalam bukunya, Rich Dad Guide to Investing, Robert Kiyosaki telah kongsikan 6 prinsip asas dalam pelaburan sebagaimana yang diajar kepadanya oleh Rich Dad :
Prinsip 1 : Tahu jenis income yang anda ingin dapatkan
Terdapat 3 jenis pendapatan iaitu :
1. Pendapatan biasa – melalui gaji bulanan
2. Pendapatan daripada portfolio pelaburan – melalui pelaburan saham, emas
3. Pendapatan pasif – biasanya daripada pelaburan hartanah (sewa) dan bayaran royalti
Pesan Rich Dad ialah “jika mahu kaya, tumpukan kepada pendapatan pasif (passive income)”
Prinsip 2 : Tukar pendapatan gaji kepada pendapatan pasif
Kebanyakan orang mendapat pendapatan gaji bulanan sebagai pekerja.
Jadi, untuk mula membina kekayaan, tukarkan pendapatan gaji tersebut kepada pendapatan pasif sebagaimana rajah di bawah.
Prinsip 3 : Pelabur itu sendiri adalah aset atau liabiliti
Pelabur yang bijak ialah yang mampu menjadikan pelaburannya sebagai aset dan bukannya merugikan pelaburannya sendiri.
Prinsip 4 : Sentiasa bersedia
Pelabur sebenar sentiasa bersedia walau apa jua situasi yang terjadi dan peluang yang datang dengan memiliki ilmu, pengalaman, dan lebihan wang.
Pelabur sebenar tidak berusaha untuk meramal apa dan bila sesuatu akan terjadi. Sebaliknya mereka sentiasa bersedia setiap masa.
Mereka sentiasa fokus apa yang mereka mahukan, sentiasa sedar dan memerhati apa yang sedang berlaku dan bertindak balas dengan cepat apabila peluang datang.
Ia dapat diperoleh melalui pelajaran dan pengalaman.
Prinsip 5 : Peluang pelaburan yang baik menarik duit
Kebanyakan pelabur berfikir bagaimana ingin merebut peluang pelaburan jika tiada duit.
Rich Dad memberi nasihat untuk sentiasa fokus pada peluang di hadapan dan bersedia.
Jika anda sudah bersedia dengan pelajaran dan pengalaman, apabila tiba peluang yang baik, duit akan mencari anda atau anda akhirnya dapat juga mencari duit.
Kata Rich Dad, mencari duit tidak susah, tapi yang susah adalah mencari peluang yang baik yang boleh menarik duit.
Prinsip 6 : Belajar menilai risiko dan ganjaran
Untuk menjadi pelabur berjaya, anda mestilah belajar menilai risiko dan ganjaran.
Dengan sejumlah wang untuk dilaburkan, di manakah tempat pelaburan yang paling sesuai dengan risiko yang sama atau lebih rendah, tetapi ganjarannya lebih besar.
Contohnya, jika ada saudara anda dengan ideanya yang ingin membuka gerai burger sendiri dan memerlukan $25000 sebagai pelaburan daripada anda, mahukah anda melabur dengannya?
Tidak, kerana terlalu tinggi risiko dan terlalu sedikit ganjarannya.
Sebaliknya jika saudara anda tadi sebelum ini telah bekerja di kebanyakan kedai burger terkenal lebih daripada 15 tahun, dan merancang ingin membuka perniagaan burgernya sendiri dan membuka cawangan di seluruh dunia? Jadi mahukah anda melabur dengannya dengan jumlah yang sama $25000 dan memiliki saham syarikatnya 5%?
Sudah tentu, kerana ganjarannya lebih besar dengan jumlah risiko yang sama.
Kesimpulannya, belajar dan menguasai prinsip dalam pelaburan memerlukan proses yang panjang dalam pendidikan kewangan. Tetapi, dengan 6 prinsip ini dapat membantu anda untuk bermula dan selepas ini ke mana anda pergi adalah terpulang kepada anda.
Tidak melabur disebabkan takut risiko adalah satu kesilapan dalam berfikir. Apa jua dalam hidup ini ada risiko. Yang penting kita perlu ada ilmu untuk hadapi risiko tersebut.
ya benar, tuan. melabur perlu ada lebihan wang dan ilmu pelaburan.
bagaimana nak tambahkan portfolio pelaburan dengan wang bank tuan?bukan wang poket sendiri?
prinsip saya, pelaburan hanya guna duit sendiri yang kita sanggup ambil risiko dengan wang tersebut. tidak sesekali dengan wang bank. kecuali apabila memang kita mempunyai wang yang cukup, tapi mahu menggunakan wang bank. itu pilihan masing-masing. pelaburan saham dengan wang bank biasanya melalui permohonan IPO.. iaitu saham khas bumiputera. boleh lihat tawaran saham IPO di http://www.miti.gov.my 🙂