Bina produk digital sendiri – Jana pendapatan di internet dengan produk Informasi cara mudah

buat duit dengan ebookAssalamualaikum w.b.t

Menjana pendapatan di internet tidak sesusah yang dibayangkan. Apabila kita mempunyai sesuatu penyelesaian, sesuatu ilmu yang bermanfaat dan boleh membantu menambah nilai kepada orang lain, maka kita sudah boleh mendapat hasil apabila kita mula menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Contohnya, anda mempunyai cara penyelesaian merawat jerawat dengan cara mudah dan semulajadi. Maka, anda sudah boleh menulis ebook merawat jerawat cara semulajadi melalui hasil pengalaman anda. Kemudian, pakejkan ebook tersebut dan jual dengan harga RM 10-RM50 melalui pemasaran Facebook, blog, forum dan sebagainya.

Sekiranya anda mekanik dan mahir membaiki kereta, boleh tawarkan ebook bergambar teknik menukar sendiri minyak hitam dan jimat berpuluh ringgit. Saya yakin, ramai sahaja lelaki yang mempunyai banyak kereta dan mahu berjimat cermat dengan menukar sendiri minyak kereta mereka tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Jadi, ini adalah peluang anda untuk berkongsi ilmu dan pada masa yang sama menjana pendapatan dengannya.

Banyak lagi contoh seperti ebook membuat kek cawan cara pantas, ebook merawat cagu cara mudah, ebook motivasi, ebook islamik dan sebagainya.

Kadangkala, ilmu yang kita anggap remeh tapi sebenarnya amat bernilai bagi orang lain. Justeru, ini adalah salah satu cara untuk anda mula membina pendapatan sampingan iaitu dengan menulis ebook.

Selain ebook, anda boleh tukarkan ke format video, kursus online dan buku fizikal. Pilihan di tangan anda.

Yang penting, jangan simpan ilmu, tetapi sebarkanlah ia agar ramai yang mendapat manfaat.

Tiada idea menulis ebook?

Lihat kembali apakah kepakaran anda, pengalaman dan masalah di sekeliling anda. Mula cari solusi, tulis dan hasilkan ebook anda sendiri.

Langkah seterusnya? Hasilkan ecover ebook, halaman jualan dan mula pasarkan ebook anda. Jika mahu, anda juga boleh hantarkan ebook anda ke penerbit ebook yang akan menguruskan jualan ebook anda.

Sila tonton video yang saya sediakan di bawah.

Sekiranya anda berminat menjana pendapatan tanpa modal, iaitu dengan menulis dan menjual ebook melalui produk digital di internet, saya telah sediakan panduan A-Z cara bermula daripada mendapatkan idea menulis ebook hinggalah ke menerbitkan ebook dan menjual seterusnya menjana pendapatan dengan ebook.

Produk dalam bentuk video ini amat mudah difahami, lengkap dan disertakan support bantuan sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut dan perlukan bantuan saya.

Panduan Video Jana Pendapatan Pasif dengan Ebook ini hanya dijual di blog ini sahaja, dengan harga RM 120 RM 50 sahaja (versi download) dan RM 60 (versi DVD).

Sekiranya anda berminat, boleh tempah di sini atau tempah melalui sms/Whatsap saya kod :  VideoEbook  ke 013-2227394.

cover video buat ebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *