Buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Buku Formula Luas Rezeki

buku-mudahnya-menjemput-rezAssalamualaikum w.b.t

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, tulisan saudara Fathuri Salehuddin, adalah tersangat istimewa bagi saya. Tidak hairanlah ia diulang cetak beberapa kali dan laris di pasaran.

Ia berkaitan bagaimana menjemput rezeki hadir ke arah kita dengan amalan kerohanian. Apabila jiwa telah bersih, insyaAllah rezeki pasti akan hadir ke arah kita daripada arah yang tidak disangka-sangka.

Terdetik hati saya pada mulanya untuk memiliki buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini apabila disyorkan oleh rakan usahawan di FB.

Setelah saya membaca buku ini, saya dapati terdapat banyak kisah yang dikongsikan penulis berkaitan keyakinan kita terhadap soal rezeki.

Sejak dari itu, saya mula mengamalkan sedikit demi sedikit apa yang dikongsikan di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini. Dan alhamdulillah, saya berasa tenang dengan rezeki.

Namun, dalam diam saya tetap mengkaji dan memikirkan kenapa rezeki saya terasa ‘lambat dan tersekat’ berbanding mereka yang mendapat rezeki melimpah ruah, kaya dan berjaya.

Di manakah silap saya selama ini?

  • Apakah amalan saya tidak cukup banyak, tidak konsisten atau belum mencapai ‘ikhlas’.
  • Atau saya seringkali tersilap langkah melakukan dosa yang disengajakan dan tidak disengajakan.
  • Atau saya kurang ilmu dan kurang bertindak.

Segala puji bagi Allah, akhirnya saya temui kenapa rezeki saya masih lagi dirasakan ‘sempit’ dan tidak luas. Rezeki mengalir perlahan dan bagaikan tersekat di pertengahan jalan.

Puncanya adalah :

  1. minda saya sendiri yang melihat rezeki dari sudut kecil, iaitu hanya melalui kaya harta.
  2. ilmu yang saya miliki amat sedikit, malah tidak diamalkan sepenuhnya.
  3. sama ada saya sedari atau tidak, dosa yang dilakukan setiap hari mengganggu aliran rezeki saya.
  4. saya kurang bertindak dan hanya bertindak biasa-biasa tanpa kesungguhan.

Formula Luas Rezeki

Oleh itu, mulai dari hari itu, saya mulai reset minda dengan menambah ilmu dalam bidang agama dan perniagaan, mula reset jiwa dengan mendidik jiwa melalui amalan kerohanian dan amalan menjemput rezeki, dan saya mula reset tindakan untuk bertindak luar biasa dengan konsisten dan berterusan walaupun sedikit demi sedikit.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, barulah saya rasakan betapa luas rezeki kurniaan Allah dan betapa sedikitnya kesyukuran yang telah dipanjatkan.

Sungguh, terlalu luas rahmat dan rezeki kurniaan Allah.

Dan antara nikmat rezeki yang terbesar adalah pada minda akal fikiran yang dikurniakan Allah, pada jiwa yang menjadi pusat ketenangan dan kebahagiaan, dan pada nikmat kesihatan dan masa lapang untuk bertindak luar biasa.

Berapa ramai orang yang membazirkan nikmat ini. Nikmat minda dengan tidak menambah ilmu, nikmat jiwa dengan mengotorkan kolam jiwa dan nikmat kesihatan dengan bertindak biasa-biasa.

Justeru, saya mulai menulis travelog pengalaman diri mencari nikmat keluasan rezeki kurniaan Allah melalui buku yang dinamakan Formula Luas Rezeki.

Ia adalah modul bagaimana untuk reset minda melihat keluasan rezeki, reset jiwa mencari kedamaian dan ketenangan hati, dan reset tindakan mencari kekayaan harta untuk agama dan bangsa.

Bagaimana kita melihat rezeki menentukan bagaimana kita berfikir dan kita bertindak.

Carilah keluasan rezeki dengan reset minda, jiwa dan tindakan. Nescaya rezeki kita akan lebih luas, kaya berjaya di dunia dan di akhirat.

Harapan saya, moga buku Formula Luas Rezeki ini menjadi teman setia buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan membantu lebih ramai orang mencari ketenangan dan keluasan rezeki kurniaan Ilahi.

Sekiranya anda telah membaca buku ini, silakan berkongsi pengalaman anda bersama saya di blog ini. Dan jika belum, silakan dapatkannya di kedai buku berhampiran anda.

InsyaAllah, moga ada manfaatnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *