Ada orang mengeluh belum bertemu jodoh.
Ada yang gelisah belum ada cahaya mata.
Ada yang risau belum dipanggil bekerja walau dah hadiri berpuluh interview.
Ada yang cuak bisnes tak berjalan seperti yang diharap.
Ada yang bimbang hutang masih belum dapat dibayar pada masanya.
Ada yang takut kereta ditarik kerana tidak mampu membayarnya.
Ada yang seram dengan peperiksaan yang akan di hadapinya.
Pelbagai permasalahan yang dihadapi. Semuanya gusar bila rezeki akan tiba.
Sabar dulu. Tarik nafas. Bertenang.
Percayalah, Allah akan beri jalan keluar permasalahanmu . Allah akan beri rezeki dari jalan yang tak di sangka sangka.
Ya, Rezeki tidak pernah salah alamat. Samada cepat atau lambat.
Dalam Al Quran, alamat @ tanda seseorang itu akan menerima rezeki yang banyak adalah apabila dia mula
1. Bertaqwa
2. Bertawakal
3. Bersedekah
4. Bersyukur
5. Beristighfar / Bertaubat
Dan banyak lagi.
Kalau teliti senarai ni, kita dapati ia ada persamaan. Semuanya nak ajak kembali beribadat kepada Allah.
Inilah dia sebenarnya fungsi sebenar kita sebagai manusia, iaitu untuk beribadat.
Seandainya kita tidak menjalankan fungsi sebenar, kita akan rosak. Seumpama pen yang fungsinya untuk menulis dijadikan sebagai sendal pintu. Ia pasti rosak.
Jadi, bagaimana nak betulkan semula keadaan?
Jawapannya, pergilah ke pangkal jalan dan baiki keadaan.
Seumpama tali benang yang berpintal, sekiranya ingin di huraikan, maka mulakan dari pangkalnya. Cari puncanya.
Dan, punca atau pangkal kepada penyelesaian semua permasalahan ada pada Allah. Kembalilah kepada Allah, nescaya Allah akan berikanmu jalan keluar permasalahanmu.
Ingat, rezeki itu tidak pernah salah alamat.
– sharing FB Ustaz Hakim Mohd Nor
Leave a Reply