Kredit gambar: http://blog.chatroll.com
Setiap blog perlukan perisian blog dan server web untuk beroperasi.
Secara mudahnya server ialah tempat pengkalan data yang menyimpan segala maklumat berkaitan blog anda.
Anda telah mengetahui WordPress.com dan Blogger.com ialah platform yang menyediakan perkhidmatan blog percuma. Ini bermakna anda menggunakan server yang dimiliki oleh mereka secara percuma.
Segala data dan maklumat berkaitan blog anda akan disimpan di server mereka. Oleh sebab itu, anda mesti mengikut peraturan dan terikat dengan syarat-syarat yang mereka telah tetapkan. Jika anda melanggar peraturan atau syarat yang telah ditetapkan, mereka berhak untuk memberhentikan servis mereka kepada anda.
Sebaliknya, blog berbayar (self-hosted) adalah blog yang menggunakan perisian seperti WordPress.org dan anda pasang pada ruangan server yang anda sewa di syarikat penyedia hosting atau dipanggil web hosting provider.
Ini bermakna anda mempunyai ruangan server anda sendiri untuk menyimpan segala data dan maklumat blog atau web anda. Ruangan server ini dimiliki oleh syarikat penyedia hosting yang anda pilih dan anda mesti membayar yuran langganan/sewa kepada mereka secara bulanan atau tahunan.
Secara perbandingannya anda boleh melihat kelebihan dan kekurangan blog WordPress percuma (hosted) dan berbayar (self-hosted) seperti di bawah :
Blog WordPress Percuma (Hosted)
Kelebihan
1. Sangat mudah untuk dipasang. Anda hanya perlu memiliki email dan daftarkan diri di laman penyedia blog percuma tersebut. Segalanya telah sedia untuk anda!
3 Penyedia blog percuma yang boleh anda pilih :
2. Segalanya percuma. Tidak perlu bayaran pendaftaran domain dan tiada bayaran server hosting.
Kekurangan
1. Tidak boleh menggunakan nama domain anda sendiri.
2. Fungsi yang terhad seperti themes, dan ruangan pengiklanan.
Blog WordPress Berbayar (Self-hosted)
Kelebihan
1. Anda boleh membeli dan menggunakan nama domain anda sendiri mengikut pilihan anda.
2. Bebas menggunakan themes berbayar atau percuma, plugin dan sebagainya.
3. Bebas memilih reka bentuk blog anda dan bebas untuk memasukkan ruangan forum, kedai online dan sebagainya.
Kekurangan
1. Memerlukan kemahiran untuk memasang perisian blog ke hosting. Anda boleh memasangnya sendiri atau mengupah orang lain memasangnya untuk anda.
2. Memerlukan anda membeli nama domain dan membayar sewa hosting secara bulanan atau tahunan.
3. Memerlukan anda sentiasa update perisian, themes dan plugin yang digunakan.
Kesimpulan
Segalanya terpulang kepada kemampuan anda dan juga tujuan blog anda diwujudkan.
Jika anda ingin memiliki jenama syarikat atau memiliki penjenamaan blog anda sendiri seperti saiful.com atau kedaikeksedap.com, mudah.my dan sebagainya. Maka anda perlu membeli nama domain anda sendiri dan menggunakan server berbayar.
Jika anda sekadar ingin memiliki blog untuk berkongsi pengalaman, menambah kenalan atau ingin berjinak-jinak dalam blogging, maka blog percuma adalah sesuai untuk anda pada peringkat awal. 🙂
Silakan berkongsi pandangan dan pendapat anda di bawah. Untuk artikel seterusnya, saya akan lebih berkongsi berkaitan blog WordPress berbayar atau self hosted blog.
Nikon Camera Reviews says
Amazing weblog! Do you might have any suggestions for aspiring writers? I’m hoping to start my own weblog soon but I’m a little lost on everything. Would you suggest starting with a totally free platform like WordPress or go for a paid option? You’ll find so several choices out there that I’m completely overwhelmed .. Any tips? Appreciate it!
Digital SLR Reviews
zulpress says
Thanks. All depends on your budget. For aspiring writers, you can choose both. But if it seems like you want to make it more professional for long-term business and branding, I suggest you go for the paid one where you have your own domain name and have more control on it. 🙂
http://google.com says
This is exactly the 3rd blog, of your site I really browsed.
And yet I actually enjoy this particular 1, “Platform WordPress : Percuma (Hosted) dan Berbayar (Self-hosted)” the most.
All the best -Samira
zul press says
Thanks. 🙂