• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • HOME
  • Blog
  • About
  • Contact
  • Produk
Zulpress

Zulpress

Motivasi Tenang Menang

  • Blog
  • Produk
  • My Account

“The Art of Work” : Seni Kerja – Hidup Portfolio

May 8, 2015 by zul press Leave a Comment

buku art of workAssalamualaikum w.b.t

Saya sedang membaca buku The Art of Work, tulisan Jeff Goin. Saya tertarik dengan satu bab yang menerangkan berkaitan hidup berportfolio.

Hidup Portfolio

Hidup berportfolio adalah kehidupan yang mempunyai pelbagai portfolio tugas.

Boleh jadi, kita merupakan seorang pekerja, seorang usahawan dan berniaga, seorang penulis, seorang blogger, seorang bapa dan banyak lagi tanggungjawab yang dipikul.

Alangkah indahnya apabila ia dianggap sebagai salah satu portfolio kita yang unik yang mana sekiranya kita dapat lakukan yang terbaik dan seimbang dalam setiap portfolio, sudah pasti hidup kita akan penuh makna.

Sebagaimana pembahagian sesuatu portfolio, kita akan melaksanakan sesuatu perkara pada waktu yang telah ditentukan mengikut keutamaan.

Ia bermaksud, kita bukan melatih untuk hanya mahir dan cemerlang dalam satu perkara. Tetapi sebaliknya melatih diri untuk mahir dan menjadi terbaik dalam beberapa perkara iaitu portfolio kita yang tersendiri.

Rasulullah S.A.W  sebaik-baik ikutan

Mari kita lihat contoh terbaik kita, Rasulullah S.A.W yang merupakan seorang Rasul dan Nabi, seorang pemimpin negara, seorang pemimpin di medan perang, seorang suami dan bapa, seorang imam, seorang guru murabbi dan pendidik, seorang sahabat, seorang ahli perniagaan dan secara keseluruhannya merupakan contoh ikutan dalam setiap perkara di dalam hidup kita.

Justeru, marilah kita membina portfolio hidup kita dengan cemerlang bukan hanya di tempat kerja, sebaliknya cemerlang dalam setiap perkara lain yang kita lakukan di dalam hidup ini termasuklah dalam ketaatan kita kepada Allah.

Semoga kita menjadi sebaik-baik umat yang bukan berusaha biasa-biasa tapi berusaha pada potensi sebenar dan kemampuan yang kita ada untuk menjadi yang terbaik demi agama kita.

Insya-Allah. Amin.

Filed Under: Umum Tagged With: buku motivasi

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Mindset Pemenang
  • Buat sampai jadi
  • Hari-hari yang ‘best’
  • Aku Hamba, Dia Maha Kuasa
  • Jangan lemah tapi bangkitlah!

Categories

  • Bangkit Kewangan
  • Bangkit Usahawan
    • Idea Perniagaan 101
    • Tip Blogging
    • Tip Perniagaan Internet
  • Motivasi Hamba Bangkit
  • Umum

Footer

Tentang

Mohd Zulfadhli. Boleh panggil Zul. Saya menulis tentang motivasi diri, tip bisnes dan perniagaan internet. Semoga dapat manfaat daripada perkongsian di blog ini. Terima kasih.

Copyright © 2023 · Magazine Pro on Genesis Framework ·