Assalamualaikum w.b.t
Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala cukup dan kadangkala dirasakan tidak cukup.
Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan wang gaji yang diperoleh.
Ada yang tidak sampai hujung bulan, tapi dah habis duit gaji malah perlu berhutang pula.
Oleh itu, saya kongsikan tip kewangan peribadi dan keluarga bagaimana hendak jadikan duit gaji kita itu mencukupi sesuai dengan jumlah gaji yang diperoleh.
Tip Kewangan Peribadi – 5 Tip Cukup Duit Gaji
1. Dapat gaji, SIMPAN 10% dahulu sebelum BELANJA
Ini adalah peraturan wajib.
Sebelum anda ambil duit gaji anda untuk belanja harian, belanja dapur, bayar ansuran, bayar hutang dan sebagainya, SIMPAN 10 % dahulu gaji tersebut ke akaun simpanan anda.
Contohnya, gaji saya adalah di dalam akaun Bank Islam. Jadi, setiap kali gaji masuk, saya akan transfer sekurang-kurangnya 10% gaji saya ke akaun Tabung Haji saya.
Kemudian, barulah saya akan gunakan wang gaji tersebut untuk pelbagai urusan.
Jadi, anda seharusnya ada sekurang-kurangnya 2 akaun iaitu akaun bank untuk wang perbelanjaan dan akaun simpanan yang tidak boleh diganggu.
Bayangkan, jika gaji anda :
RM 1200 sebulan, 10% ialah RM 120 sebulan x 12 bulan = RM 1440 setahun
Dan anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 7200.
Jika gaji RM 2800, 10% ialah RM 280 sebulan x 12 bulan = RM 3360 setahun
Dan jika anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 16 800.
Bagi yang berniaga, sama juga, pastikan anda simpan sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan anda.
Amalan menyimpan ini sudah tidak menjadi rahsia, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamalkannya.
Bayangkan mereka yang telah bekerja bertahun-tahun, tetapi simpanan tidak bertambah dan masih tidak cukup wang.
Ini kerana tiadanya disiplin dalam menyimpan walaupun hanya 10% daripada gaji setiap bulan.
2. Ada perancangan kewangan
Perancangan kewangan amat penting bagi mengelakkan wang digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Bahagikan siap-siap jumlah wang untuk setiap kategori perbelanjaan dan komitmen bulanan.
Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM 2000
Simpanan (10%) RM 200
Sewa rumah RM 300
Ansuran kereta RM 300
Bil elektrik/air RM 100
Makan minum RM 400
Sedekah RM 100
Ibu Bapa RM 200
Nafkah isteri /keluarga RM 300
Lain-lain (minyak, tol, sosial, luar jangka) RM 100
JUMLAH RM 2000
Dengan perancangan ini, anda akan tahu ke mana wang anda disalurkan.
Bagi lebih memudahkan, amalkan merekod dan mencatat perbelanjaan harian anda dalam buku kewangan khas yang anda buat.
Catat perbelanjaan anda pada hari tersebut dan semak kembali adakah ia telah melebihi jumlah yang sepatutnya. Jika ya, anda perlu seimbangkan kembali dengan perbelanjaan yang lain.
Sebarang lebihan wang, anda boleh simpan wang tersebut atau dibawa ke bulan hadapan.
3. Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan
Tip ke 3 ini juga amat penting.
Belanja ikut keperluan dan bukan ikut nafsu kemahuan.
Ramai yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mereka akan segera dapatkannya.
Walaupun ia tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.
Antara sebab ramai yang tidak cukup duit gaji adalah pada tip ini.
Perlukah tukar handphone baru jika yang lama masih lagi ok dan boleh digunakan?
Perlukah langsir baru atau sekadar mengikut trend?
Mana lebih jimat makan dirumah atau makan di kedai setiap hari?
Makan satu dua lauk sudah cukup daripada makan banyak lauk dalam sesuatu masa?
Sport ring baru walaupun yang lama dah cukup cantik?
Dan banyak lagi, yang jika dipertimbangkan, banyak wang gaji kita dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.
4. Minimumkan perbelanjaan
Apabila anda mengurangkan perbelanjaan dan jumlah komitmen bulanan anda, maka anda mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan.
Contohnya, jika bil air dan elektrik anda mencecah RM 150 setiap bulan, bagaimana anda dapat jimatkan dan kurangkan penggunaan elektrik dan air sehingga hanya RM 100 sebulan. Jadi, anda jimat RM 50 sebulan.
Sama juga, berbanding naik kereta ke tempat kerja, mungkin naik motor lebih praktikal dan lebih jimat minyak jika tempat kerja anda dekat sahaja.
Bil telefon atau topup, kurangkan call dan sms, atau boleh whatsapp sahaja. Atau pilih pelan telefon yang percuma untuk panggilan ke talian yang sama. Saya yakin, banyak wang anda dapat dijimatkan.
Bagi yang bujang pula, pilih rumah sewa yang lebih murah, berkongsi bilik atau duduk sahaja di kuarters jika ada.
Jika anda ingin membeli kereta pertama atau kedua, apa kata pertimbangkan kereta second hand yang lebih murah tanpa perlu bayaran ansuran bulanan sehingga bertahun-tahun.
Jadi, anda boleh jimat wang untuk simpanan atau pelaburan yang lain.
Terdapat pelbagai lagi cara yang dapat anda gunakan untuk mengurangkan kos dan komitmen bulanan anda.
Apa yang penting, adalah anda komited untuk mengurus kembali dan menilai semula perbelanjaan anda setiap bulan.
5. Amalkan menderma
Sudahkah anda peruntukkan sejumlah wang untuk anda dermakan setiap bulan?
Tahniah jika anda ada menderma, tetapi jika tiada, mulakan untuk menderma sedikit wang anda kepada mereka yang memerlukan.
Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan anda dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
Rezeki juga akan menjadi lebih berkat dan tidak bocor.
Wang yang sedikit dirasakan cukup apabila rezeki yang diperoleh itu berkat.
Sebaliknya, wang yang banyak tapi tidak berkat, pemiliknya tidak akan tenang dan ada sahaja masalah yang berlaku yang menyebabkan kebocoran wang seperti kereta rosak, kemalangan, musibah dan sebagainya.
Kesimpulan
Tip di atas ini bukanlah bermaksud anda terpaksa berlapar atau berkorban hidup dengan segalanya kurang, tetapi saya ingin mengajak untuk kita sama-sama menyimpan wang kita dan melihat kembali bagaimana kita menguruskan wang kita supaya sentiasa mencukupi dan menjadi lebih baik.
Semoga dapat kita amalkan 5 tip ini supaya duit gaji yang diperoleh setiap bulan cukup, dapat disimpan dan diberkati Allah hendaknya. Amin.
BONUS
6. Bina pendapatan sampingan dan pendapatan pasif
Daripada wang gaji juga, anda boleh mula membina pendapatan sampingan dengan berniaga kecil-kecilan di luar waktu kerja anda secara part-time.
Lihat apakah perniagaan yang sesuai dengan minat dan kepakaran anda dan pelajari ilmu perniagaan dengan mentor anda. Cari ilmu dan pengalaman berniaga dan insyaAllah anda akan dapat menjana pendapatan sampingan anda.
Selain itu, anda juga boleh mula membina pendapatan pasif dengan hartanah, saham, pelaburan emas dan lain-lain dengan syarat mula melabur untuk ilmu terlebih dahulu.
Pesanan saya, jangan gunakan wang simpanan anda untuk melabur, tapi gunakanlah wang lebihan sahaja dalam pelaburan anda.
Jika anda ada cara anda tersendiri menguruskan kewangan anda, silakan kongsikan bersama di bawah. 🙂
TAMBAHAN :
Berdasarkan soal jawab yang saya terima, ramai yang tidak cukup wang gaji dan tidak dapat menyimpan apabila perbelanjaan melebihi gaji yang diperoleh. Justeru, tip di bawah antara yang boleh saya rumuskan :
1. Kawal perbelanjaan setiap hari dan mula hidup berjimat cermat.
2. Mula mencari sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya yang boleh membawa masuk aliran pendapatan lain dan tidak bergantung semata-mata kepada gaji.
3. Keluar dari zon selesa. Kita akan mendapat hasil yang sama apabila kekal pada tahap dan rutin hidup yang sama. Keluar daripada hidup sekarang dan mula berusaha bertindak luar daripada biasa membuat perubahan sedikit demi sedikit. InsyaAllah hidup kita akan menjadi lebih baik.
4. Dekatkan diri dengan Allah mencapai takwa. Dengan takwa, Allah telah janjikan jalan keluar daripada segala masalah.
5. Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Kemudian, amalkan ilmu yang ada untuk mendapat hasilnya. Ilmu dan idea yang tidak diamalkan tidak membuahkan sebarang hasil.
Salam kejayaan daripada saya. 🙂
jadi wang simpanan itu untuk apa?..saya x jelas
wang simpanan tidak boleh diusik. apabila disimpan perlu ‘dilupakan’. ramai yang pada nama sahaja menyimpan, tetapi selalu mengambil wang simpanan mereka hingga semakin berkurang dan perlu pula berhutang. jadi, wang simpanan adalah pelan jangka masa panjang kita, untuk hal kecemasan yang mendesak dan untuk memenuhi impian bebas kewangan. 🙂
assalamualaikum Sya ni kerja tpi km gajI dua kli dlm sebln….jdi Dengan kmi gaji dua kli dlm sebln saya rsakan mcm gqji kmi x ckp lngsung
waalaikumussalam w.b.t . mungkin boleh disimpan 5% daripada gaji. kemudian baru belanja. jika ada perbelanjaan yang dapat dikurangkan atau dijimatkan, insyaAllah. sy doakan semoga cukup, ditambah dan diberkati Allah.
Sy amat setuju dgn perancangan kewangan tn…
Masalah skrg kos sara hdp sgt tinggi
Mcm sy dan suami bekerja gov..total gaji rm2500
Sy tinggal di bdr ktn
Klu nk menyimpan dgn mengharapkn duit gaji mmg xlah…
Sewa rmh 500 keats
Taska anak 300
Sek anak 250
Keperluan dapur..rm300
Plus pampers anak….
Minyak lete lg sy(suami g keje nek moto jimat skit)
Bil2 llg…mmg negarif lg ada.huhuhu
Tp bersyukur dgn apa yg ada…x pernah x ckp mkn pki
So kt cni sy nk ckp..zmn skrg ni mmg kn cr side income
Xspecially biz online…bila tgh bln kering blh la topup klu rajin buat sale…
Lagi satu tn ..semua org n sy pelik…msh ada lg ke elaun rmh gov server rm180.x lojik..sgt2 x lojik….hahahah..xpuas ht luah kt cni..sori yerk
Maaf pnjg berceloteh….
Sekian…..
Taksa anak
Sek anak
Perbelanjaan brg dapur
Perbelanjaan anak…
Taska
hehe…terima kasih puan atas celotehnya..tak apa, kita berkongsi. 🙂
ha’a..zaman sekarang memang tak cukup, apatah lagi nak simpan 🙂 sbb tu la ramai buat part-time atau side income..
berniaga kecil-kecilan insyaAllah lama2 dapat backup dan selebihnya boleh disimpan.
dalam buku saya, Formula Luas Rezeki terbitan Karya Bestari, ada saya kongsikan bagaimana melihat ujian rezeki ini dengan lebih luas dan bagaimana cara untuk mengubah hidup menjadi lebih baik melalui minda, jiwa dan tindakan. insyaAllah ia sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan diri berkaitan rezeki.
doa saya, moga puan dan kita semua dimurahkan rezeki Allah.. rezeki yg halal, berkat dan banyak. amin.
Saya gaji rm3,500.00 sebulan dan masih bujang. Komitmen cuma kereta rm550, bagi ibu bapa rm300 dan juga belanja harian termasuk makan minum dan minyak kereta. Tapi saya jenis yang boros dan duit terlalu banyak habis kepada makanan. Kadang kadang, tengah bulan dah habis duit dan terpaksa berhutang. Bagaimana cara untuk diri saya buat simpanan yang lebih baik ?
terlebih dahulu, terima kasih kerana melawat blog saya.
1. perlu ada target simpanan berapa peratus daripada gaji. waktu bujang ni, lagi mudah untuk simpan lebih banyak. contohnya, dapat sahaja gaji, segera transfer rm 1000 contohnya, ke akaun lain yang kita tidak akan usik, iaitu sebagai akaun simpanan/tabungan masa depan kita. apabila konsisten, dalam 3 tahun, sudah RM 36000 yang insyaAllah sudah cukup untuk berkahwin tanpa meminjam.
selepas mengasingkan wang simpanan, baru gunakan wang selebihnya untuk komitmen kereta, ibu bapa, rumah sewa, makan minum, belanja diri sendiri dll.
2. ubah sikap daripada boros kepada berjimat cermat. tiada cara lain, melainkan disiplin diri dalam mengawal perbelanjaan. simpan sedikit sahaja duit dalam dompet, elakkan kad kredit, beli apa yang perlu, guna yang second hand jika perlu berbanding yang baru, makan satu lauk sahaja, masak sendiri dan beli di kedai yang murah dan waktu promosi. ada banyak cara untuk jimat, semua pilihan kita masing-masing.
3. amalkan juga berpuasa. jimat lagi bab makanan ni.
4. elakkan berhutang. jadikan prinsip dalam diri untuk tidak berhutang selagi mampu. gaji tuan sudah lebih daripada cukup berbanding mereka yang gaji lebih rendah.
akhirnya, semua kembali pada diri kita membuat pilihan untuk merubah diri dan merancang kewangan. lebih-lebih lagi, di saat ekonomi yang semakin mendesak sekarang. berjimat cermat dan menabung adalah perlu walaupun sedikit demi sedikit.
saya doakan tuan kaya berjaya bahagia dunia akhirat. 🙂 amin.
Saya rasa..kalau boros..baik beli aset..contohnya beli rumah..
apa saja cara kita menguruskan kewangan, yang penting ialah disiplin.
kalau takde displin.. apa paun tak boleh.
betul kan ???
ha’a azlina. 🙂
Assalamualaikum tuan terima kasih kerana kongsi info yg sgt berguna..
Saya berpurata gaji angaran dlm rm3500 sebulan..saya ada myimpan didalam asb setiap bulan.tetapi bila smpai hjung bln saya terpaksa mengeluarkan semula.adew tip utk mendisiplinkan diri?kalau insurans itu adakah satu pelaburan?sebab saya ada mgambil insuran bsn prudential utk simpanan dan perubatan..terima kasih tuan..
Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih, tuan. Simpan di ASB adalah untuk pelaburan jangka panjang. Jadi, kalau boleh, tak perlu dikeluarkan. Tip disiplin diri tiada cara lain kecuali tuan kawal belanja setiap bulan.
contohnya, setelah tolak simpanan dan komitmen lain seperti kereta dan rumah, wang perbelanjaan bulanan adalah RM 1500. Wang ini dibahagikan kepada 4 minggu menjadi RM 375 seminggu. Jadi, hanya gunakan lebih kurang RM 375 ini untuk seminggu. Jika ia dapat dijimatkan, maka lebih baik dan boleh disimpan atau dibelanja untuk diri sendiri. Jika ia sudah habis, bermakna perlu disiplinkan diri untuk tunggu minggu berikutnya untuk sejumlah wang yang baru.
ini tip yang saya guna. semoga membantu.
insurans bagi saya bukan pelaburan, tapi simpanan. kerana kita tidak ada kawalan pada wang yang kita laburkan/insurankan hingga satu masa. bagus ada takaful, tapi lebih bagus ada simpanan sendiri juga dan belajar pelaburan lain pada masa yang sama. insyaAllah.
moga tuan kaya berjaya dunia akhirat. 🙂
Encik mungkin terlepas pandang nafkah isteri wajib bg setiap bulan minimum 300. Sedekah sunat, nafkah wajib. Cth perbelanjaan bg gaji 2000. Please take note.
ya puan. nafkah isteri wajib 🙂 sy akan tambah dan edit kembali. terima kasih.
Pertama sekali sye ucapkan terima kasih kepada en zul atas tips diatas.Dan sye setuju dgn pn nur.tp ada sedikit pembetulan.nafkah bg sye tiada istilah minimum.seeloknya ikut kemampuan.sye amalkan konsep peratusan.cth dr gaji sye 10-15% utk nafkah wajib isteri.sye juga amalkn setiap kenaikan gaji akan ada penambahan nafkah utk isteri sye.
Terima kasih, tuan Nazri. Saya suka tip di atas, memberi nafkah kepada isteri ikut kemampuan, dengan konsep peratusan dalam 10-15%. Terima kasih berkongsi tip ini 🙂
Asalam..sy ingin bertanya mcm mane untuk sy berjimat & membuat simpanan dengan hanya gaji 900 sebulan..saya masih bujang..tanggungan sy sewa rumah 250 makan 350 minyak kereta 300 bil api/air 100 sampai sy tak mampu nak memberi sedikit wang pada kedua ibu/bapa sy..malah sy meminjam lagi pada mereka..niat sy berkerja untuk meringankan beban keluarga tapi terjadi disebaliknye..
Wkmslm wbt. jimat dari segi makanan, minyak kereta vs motor, bil api/air – rujuk artikel tip jimat duit belanja
kemudian, mula cari pendapatan sampingan buat bisnes online/offline.
pilih bisnes yang rendah modal permulaan dan timba pengalaman. buat bersungguh-sungguh secara part-time.
insyaAllah akan ada aliran pendapatan tambahan.
tambah ilmu. untuk motivasi, boleh baca buku tulisan saya, Formula Luas Rezeki. InsyaAllah lebih tenang, bersemangat dan positif berkaitan rezeki. 🙂
Assalamualaikum tuan,
Saya dan suami masih tidak pandai menguruskan kewangan kami.
Gaji kami berdua hampir RM 5K. antara bayaran bulanan yng perlu saya bayar setiap bulan :
Ansuran perumahan : 600
Pinjaman peribadi : 700
Ansuran Kereta : 500
Pengasuh anak : 500
Ibu bapa : 250
Zakat :100
Perbelanjaan rumah, anak dan peribadi (myk kereta dan motor serta belanja harian)
Bayaran tahunan
Insuran takaful :1200 / setahun
Insuran kereta : 800 saya 300 suami
Saya tinggal di Negeri Sembilan dan perlu pulang ke kampung setiap bulan secara bergilir di Perak dan Johor. Perbelanjaan untuk pulang ke kampung hampir mencecah RM 500. Selain daripada untuk service kereta dan bermacam bayaran yang tidak dijangka. Saya ada menyimpan setiap bulan tetapi akan habis digunakan untuk bayaran insuran kereta atau insuran takaful. boleh bantu saya untuk membolehkan saya menyimpan setiap bulan?
Wkmslm w.b.t
Terima kasih puan. Terlebih dahulu saya bukanlah pakar rujuk dalam kewangan. InsyaAllah apa yang saya mampu saya bantu.
1. Perbaiki aliran rezeki puan supaya deras dan laju tidak tersekat atau bocor.
Amalkan solat sunat Dhuha, solat sunat taubat, istighfar, selawat dan lazimkan bersedekah. Boleh baca buku berkaitan rezeki dan buku yang saya tulis, Formula Luas Rezeki.
2. Urus kewangan dengan disiplin diri. Setelah simpan, lupakan. Simpan di dalam akaun yang berbeza daripada akaun harian kita. Dapat sahaja gaji, simpan siap2 dalam akaun seperti tabung Haji dan lupakan. Disiplin diri amat penting. Simpanan tidak semestinya banyak, sedikit tapi konsisten. InsyaAllah bertambah banyak.
3. Hidup dalam kemampuan. Lihat kembali perbelanjaan yang dapat dikurangkan. Keperluan kepada kereta, jimat minyak kereta, dan perbelanjaan pulang ke kampung. Puan sahaja mampu urus dan lihat apa yang penting dan tidak penting.
4. Tambah sumber pendapatan mengikut ilmu dan kepakaran puan/suami. Part time yang sesuai seperti bisnes online, blogging, bisnes makanan, dropship dll (jika minat)
5. Bincang dengan suami dan rancang/tulis perancangan kewangan keluarga puan untuk bulanan, tahunan.
Saya doakan semoga puan dan suami sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin. 🙂
Hai sir , gaji saya sebulan hanya rm 1111.00 ..
itu pun company saya bayar 2 kali iaitu pada 14 haribulan rm 400 dan akhir bulan dibayar half lagi iaitu rm 600..
saya ada beli handphone galaksi note 3 dengan tab 3 .. dan baru baru ini saya ada beli handphone samsung s5 melalui aeon bayaran ansuran ..
Pada setiap 14 haribulan saya bayar tm unifi rm 200 ..
dan saya juga ada main kuttu rm 200 yang kuttu ini akan habis pada tahun depan iaitu bulan saja….
Dan setiap akhir bulan tarikh 28 pula saya akan bayar hutang aeon ..
hutang aeon saya ada 2 account ..
aeon account 1 bayaran ansuran rm 151.00
aeon account kedua pula rm 140 ..
saya juga ada main kuttu emas rantai tangan yang ini pula bulan bulan tarikh 28 saya bayar rm 80 ..
bila saya kira total semua hutang mencecah ke rm 741.00 ..
saya memang keliru dengan masalah hutang yang saya ada dengan gaji kecil memang susah nak buat simpanan ..
tolong bagi saya nasihat tentang ini ..
semak kembali perbelanjaan, jangan beli barang semata-mata mengikut keinginan tanpa benar-benar perlu. telefon/tablet cukup satu sahaja. elakkan beli barang dengan hutang/ansuran. beli guna cash. jika tak mampu, tak perlu beli atau tunggu sehingga mampu.
buat masa ini, selesaikan hutang yang ada satu persatu. jimat cermat tanpa menambah hutang lain atau membeli barang mengikut keinginan.
simpan dulu dari gaji, contohnya rm100, baru selebihnya guna untuk keperluan lain.
apabila berhutang, memang susah untuk menyimpan. oleh itu, mula selesaikan hutang satu persatu sambil cari pendapatan tambahan dan berjimat cermat.
anda boleh lakukannya.
Salam tuan,
saya ada masalah ketirisan kewangan
Gaji basic sye RM 2,400, campur elaun tak tetap dalam RM4+++
Komitmen saya
RM850 -Kereta
RM182-Insurans diri sendri
RM720-Insurans ibu bapa
RM135-Umah sewa
RM310-ASB loan
RM600-Bagi ibu bapa
tu tak termasuk duit makan, duit tambang bas balik kampung dan macam2 lagi. kadang2 saye tak ada simpanan sebb kadang2 kuar duit untuk benda2 yang x sangka kena bayar. saya cube berjimat, tapi komitmen bulan2 sgt tinggi, harap tuan leh bantu bagi nasihat.terima kasih
Wkmslm w.b.t
Terima kasih. Pendapat saya,
– kereta RM 850 tiap bulan, jika boleh tukar kereta second lagi jimat. sekali bayar tanpa komitmen bulanan/tahunan. jika tak boleh tak apa.
– insuran ibu bapa rm720 terlalu tinggi. jika boleh dikurangkan. cut pada bahagian ini. pilih pelan yang lain atau kaji balik keperluan insuran/takaful. ada orang yang tidak ambil insuran/takaful. terpulang pada diri masing-masing.
– rm600 untuk ibu bapa. jika boleh cut pada rm300-400 sebulan.
tip lain, sila amalkan tip di artikel di atas dan tip jimat belanja + amalan murah rezeki.
Moga tuan kaya berjaya dunia akhirat. amin. 🙂
Assalamualaikum, saya berpendapat duit simpanan memadai untuk menampung 6 je 10 bulan kali kos sarahidup. Setelah ada tabung kecemasan, lebihan duit simpanan elok dilaburkan didalam unit trust (unit amanah) seperti Public Mutual, dsb sebagai pendapatan pasif jangkamasa sederhana. Ada orang tidak sedar kelebihan compounding interest dari pelaburan unit trust. Selain itu simpanan di bank tanpa dilabur menyusut nilainya dengan inflasi, kesan cukai, susut matawang, dsb. Sekadar pandangan.
Wkmslm w.b.t
Terima kasih, tuan. Ya, setelah ada peruntukan wang simpanan setiap bulan dan melebihi kos sara hidup untuk 6-12 bulan, wang lebihan baru sesuai untuk dilaburkan. Simpanan pula elok dibuat di Tabung Haji dan bank Islam.
as salam tuan..mungkin pertanyaan saya agak “lari” dari topik di atas…saya sekadar nak minta pendapat dan pandangan tuan..saya bekerja di syarikat oil and gas ..dgn gaji yg mghampiri 5 angka sebulan..terbaru saya ada mendengar berita yang saya akan diberi tugasan luar,maksudnya akan diberikan kerja di luar malaysia beberapa kali setiap bulan..dan gaji akan dinaikkan kepada 5 angka..tapi yang saya runsingkan, kerana saya baru berkahwin dan kasihan kan isteri saya yang perlu di tinggal kan sementara sy ke luar negara..dan yang menjadi bebanan di fikiran saya, kerja yang saya lakukan sekarang tidak saya minati (walaupun pendapatan tinggi ), dan saya mendapat kerja ini pun dengan bantuan saudara yang ingin membantu saya..saya ada banyak membaca dari usahawan2 yang berjaya, kalu kita nak cari duit, biar buat kerja yang kita suka,kerana kita akan “pencen sebelum pencen” kerana kita buat kerja yang kita suka..dah la buat kerja yang kita suka,dibayar pula..sebab saya kata begini kerana minat saya lebih kepada kerja2 dekorasi, DIY dan pertukangan bagi kerja2 hiasan..saya lebih berminat untuk menjadi usahawan berbanding “makan gaji”..jadi saya nak mintak pendapat tuan,adakan perlu untuk saya bertahan dengan kerja sekarang bagi mengumpul modal, kemudian bila dh cukup modal,berhenti kerja untuk menjadi “usahawan” dalam bidang yang saya minati di samping mendapat pulangan @ terus bekerja sampai bila2 dalam bidang yang saya ceburi kini sebagai “pekerja” ? sebab utamanya, saya ingin bebas dari segi masa dan fleksibel untuk isteri dan in sha allah untuk bakal anak2 kami.mohon pandangan tuan. terima kasih ..as salam..
Wkmslm w.b.t
Allah lebih mengetahui apa terbaik buat hamba-Nya. Bagi saya, saya utamakan keluarga, dekat bersama isteri dan ibu bapa sekiranya kita mampu memilihnya. Jika belum mampu, bekerjalah dan pada masa yang sama mula merancang berniaga apa yang tuan minati. Terlebih dahulu, cuba dalami ilmu perniagaan dan cari pengalaman berniaga secara online/offline. Pastikan saving mencukupi, ada pendapatan pasif bulanan yang melebih gaji sekarang, dan barulah mula berhenti kerja dan fokus pada bisnes yang telah dibina. Jika belum ada tapak, ilmu belum cukup, pengalaman tiada lagi, maka timba dahulu selok belok perniagaan sebelum terjun dalam bidang ini. Cari mentor, rakan usahawan dan ikut mentor yang telah berjaya, top up ilmu dengan membaca dan sertai seminar (apabila free).
Minat belum cukup untuk kita berjaya dalam perniagaan, perlukan ilmu dan pengalaman sebagai asas. Justeru, timba dahulu ilmu dan cari pengalaman, insyaAllah bila sudah bersedia, boleh mula berhenti kerja.
Jangan lupa, istikharah untuk setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah akan temui jalan penyelesaian dan ketenangan.
Saya doakan saudara dipermudah Allah segala urusan.
saya baru berkerja dan kerja bawak sektor kerajaan.
gaji sebulan RM26++
saya nak beli kereta n kemungkinan dalam RM6++
rumah RM160
adakah berbaloi sekiranya saya nak buat loan RM50K untuk simpanan sendiri.
terima kasih farah.
pesan saya, simpan rm1000/rm500 setiap bulan apabila dapat gaji. selebihnya rancang ikut keperluan dalam artikel di atas. hidup di bawah kemampuan lebih baik.
elakkan berhutang. tak perlu loan jika tiada keperluan besar. belajar menyimpan dahulu kerana gagal menyimpan, wang yang banyak akan habis juga akhirnya. insyaAllah konsisten, wang simpanan akan semakin bertambah setiap tahun.
semoga membantu 🙂
Assalammualaikum tn,
Pendapatan saya dan suami kalau dicampur lebih kurang 6K sebulan, kami mempunyai 2 orang anak yang bersekolah rendah, saya telah cuba menyimpan setiap bulan, tetapi selalu juga tidak cukup setiap pertengahan bulan. Saya ingin menyelesaikan pinjaman rumah secepat mungkin. Bagaimanakah caranya tn.
Wkmslm w.b.t
Terima kasih, puan. Mohon puan senaraikan aliran kewangan puan dan suami atas sehelai kertas. Delete perbelanjaan yang tidak penting, kurangkan belanja, bil,kad kredit, elakkan tambah hutang dan amalkan hidup berjimat cermat.
Gaji 6K sudah cukup jika puan dapat urus aliran tunai dengan teratur. 🙂
Assalam Tuan,
Saya bekerja d sektor swasta,umur 30,bujang dgn gaji bersih RM1323
Monthly expanses
ASB loan 239 (rm40k utk 25 thn)
PTPTN 155
Simpanan d ASB, TH & AS 1 Malaysia 50/each total 150
Bil HP 80
Ibu bapa,bil,minyak kereta grocerries 550
Jumlah (1323-1174=149)
Masalah saya ialah saya ingin membuat loan ASB baru (rm60K@rm358/bln utk 25 thn).
Apakah cara terbaik utk saya membayar nya.
(1) menggunakan dividen drpd loan 40K (minimum RM3k) utk bayaran setahun (358×12=4296-3000; 1296 saya top up sendiri)
atau
(2) menggunakan dividen drpd loan 40K utk byrn setahun (239×12=2868-3000; ada baki 132) dan potong 358 melalui gaji; which akan menyebabkan baki belanja hanya RM30.00
atau
(3) tahun pertama saya byr guna 3000 dgn tambahan sendiri 1296, dan tahun berikutnya d byr menggunakan dividen utk RM60k (minimum rm4500).
Harap mendapat plan yg efektif drpd Tuan.
Wassalam
Terima kasih. maaf, sy tiada cadangan plan. loan hanya apabila kita ada keperluan penting. bg sy apabila buat pinjaman, adalah untuk mendapatkan modal bagi menambah aset dan bukan menambah liabiliti/tanggungan hutang yang perlu kita bayar setiap bulan.
Hidup mengikut kemampuan kewangan, dan pada masa yang sama tambah sumber pendapatan sampingan dan tambahkan simpanan.
Terima kasih. maaf, sy tiada cadangan plan. loan hanya apabila kita ada keperluan penting. bg sy apabila buat pinjaman, adalah untuk mendapatkan modal bagi menambah aset dan bukan menambah liabiliti/tanggungan hutang yang perlu kita bayar setiap bulan.
Hidup mengikut kemampuan kewangan, dan pada masa yang sama tambah sumber pendapatan sampingan dan tambahkan simpanan.
Assalamualaikum
Gaji saya 1.8k sebulan dan sy kena bayar
Rumah 350/bulan
ASB 120/bulan
kereta 550/bulan
TH 150/bulan
Parents 150/bulan
peribadi 400/bulan
n cukup untuk bayar keseluruhan item diatas every month..sy nak start bisness kecil-kecilan pun susah disebabkan oleh kekangan modal..bagaimana saya nak uruskan kewangan dengan gaji sebegini.. dan aakalanya sekiranya ada lebihan duit saya akan membeli ansuran emas dan derma kepada mana2 agensi even jmlahnya tersangatlah kecil…Alhamdulillah even gaji begini sy tak pernah rasa susah tapi sy terkilan sebab belum dapat membantu keluarga sepenuhnya…ada penyelesaian terbaik?
Wa ‘alaikumussalam wbt
Alhamdulillah, cik puan. Bisnes kecil-kecilan ada yang tak perlukan modal dan ada yang hanya perlukan modal yang rendah. Cari mentor bisnes cikpuan. Pada masa yang sama, tambah ilmu bisnes dan simpan sejumlah wang (menabung) serta kawal perbelanjaan. Teruskan bersedekah dan menderma. InsyaAllah rezeki akan lebih luas lagi. Saya doakan cikpuan kaya berjaya dunia akhirat. Amin.
askm..sy ibu tunggal..gaji dlm rm2000
cmne sy nk berjimat lg..
kete 360
rumah 300
moto 240
kutu 150
ini perbelanjaan yg mesti sy byr tiap bln..moto sy terpaksa ambk bt loan sbb nk ulang alik kerja..blm lg mkn minum pakai ank2 sy…
cmne crnye sy nk berjimat lg…
wkmslm. ya puan, puan boleh join dropship produk kecantikan. sy cadangkan boleh cuba dropship nurraysa beauty http://nurraysabeauty.my/ lihat testimoni ramai yang berjaya jana pendapatan sampingan hanya dari rumah.
assalamualaikum;
En.zul
Sy ingin meminta sedikit nasihat berkenaan dengan bayaran bulanan. Gaji bulanan saya 900, jika saya skip bayaran sewa rumah 400 utk bulan ini. Adakah berbaloi, disebabkan saya ingin menyimpan banyak duit gaji tersebut? Kalau nak diikutkan, saya hanya bekerja utk membayar hutang sahaja tanpa menyimpan duit gaji. Jadi bagaimana? perlu atau tidak saya utk membayar sewa rumah semata2 utk menyimpan duit shj.
Waalaikumussalam w.b.t
Bagi saya tuan, sewa rumah perlu dibayar juga akhirnya. Lebih baik bayar sahaja ikut masa. Tak perlu berhutang. Untuk menyimpan ada dua cara :
1. Adjust duit yang lain, walaupun dapat simpan RM 1/2 sehari. Lama kelamaaan akan menjadi banyak.
2. Buka cabang aliran pendapatan lain. Belajar satu bidang perniagaan, online, dropship atau bisnes makanan, secara part time buat sikit-sikit. InsyaAllah akan nampak perniagaan yang diminati dan berhasil. Berniaga tak perlu modal besar. Modal ilmu dahulu paling penting.
Tambah ilmu dengan membaca buku dan ikuti kelas pemasaran/bisnes.
3. Sedekah RM1 setiap hari. Ini simpanan akhirat kita. InsyaAllah rezeki semakin bertambah dan berkat. Yakinlah.
Selain menyimpan, perlu ada tindakan untuk tambah lagi pendapatan. Jangan bergantung pada gaji semata-mata. Saya yakin tuan mempunyai kelebihan yang boleh dimanfaatkan dan diberikan pada orang lain.
Jika tuan belum baca buku saya Formula Luas Rezeki, silakan membacanya. Moga ada manfaat darinya. InsyaAllah.
terima kasih en.zul di atas nasihat yang cukup positif.
Assalammualaikum tuan. Pendptn blnn sy rm6k trmsk elaun. Komitmen blnn sy
1. Loan rumah rm 850
2. Personal loan 200k ntuk renovate rumah blnn kena byr rm1700
3. Kereta rm360
4. Ibubapa rm600
5.insuran sy & 2 anak 360
Mslh sy selalu stress suami xbyr bil2 api air astro indah water & mybbkn tunggakn semuanya ats nama sy (rumah loan nama sy). Dia ada mmbeli rumah ttp sewa rumah trsebut ats perjanjian dgn suami rm700 semuanya dimskkn ke acc sy. Gaji suami xpernah dia beritahu sy anggaran mgkn rm4k rasanya. .tp dia dirujuk kpd akpk disebbkn hutang kad kredit krn mslh disiplin dlm pengurusan pmbyrn bil. Apa yg perlu sy lakukan, mohon beri pandangan & nasihat. T.kasih
.
Wa’alaikumussalam w.b.t
Pandangan saya, puan boleh bawa berbincang dengan suami dan buat pembahagian tetap untuk pengurusan kewangan rumah tangga. Saling bertolak ansur adalah penting, iaitu siapa yang akan mengurus bayaran bil, bayaran hutang, pinjaman dan sebagainya.
Jika tidak mampu, boleh gunakan orang tengah yang dipercayai untuk menasihati suami supaya dapat mengurus keluarga dan mengurus kewangan dengan lebih baik. Banyakkan berdoa supaya dipermudah Allah setiap urusan dan supaya suami mudah dibawa berbincang.
Beri suami support dengan hikmah untuk beliau hadapi hutang tersebut. Dan pada masa, puan boleh lihat kelebihan dan kebaikan suami puan dari sisi lain untuk menghilangkan stress dan supaya hidup lebih tenang.
Jangan lupa untuk puan simpan wang gaji puan sendiri untuk tabung simpanan jangka masa panjang dan juga tabung emergency.
Moga dapat membantu sedikit sebanyak. Terima kasih.
As salam..ni pula cara sy mengendali duit gaji bersih rm 1900.00
– simpan rm 500.00 (300.00 tbnghaji sy n 200 tbnghaji anak utk 2 org)
– ansuran kete rm 400.00
– pengasuh rm 200 (ank dh sklah)
– insuran rm 164.00 (anak rm100 ambik sjk umur 1thn skrg dh 13thn..sy rm64.00 ambik thun 1998 dh 17thn) ank yg kcik suami yg byr rm130
– petrol rm50.00 sbln tmpt kje dekat 4mnt dr rmh
– asb loan rm98.00 sje2 ambk nk tlong kwan
– tel rm 50 (rm30 sy n rm20 utk anak2- topup 10 sorng sbln)
– lebihan tu la utk blnje bli baju @ utk mkn@ lain2
Baru 5 bln sy bkerja d tmpt dkt gn rumah. Sblum ni sy dbrhentikan kje dsbbkn comp tlh berpindah ke Thailand. Duit pampasan sy separuh simpn di tbung haji dan sparuh lg sy berikn pada suami utk cashflow business nya. Kadang2 sy bersedekah utk surau dkediaman..klu ade lebih sy akn msukn duit ke tbng hj n byrkn bil mak kt kg.
Sambungan..suami mmberikan 2k sbln utk bayrn rumah..bil2..prblnjaan anak2..dn blanja dapur..
Simpanan ada rm 80k dr duit pampasan dan sendri..
Ada x tip2 utk sy mnambah simpanan yg ada?
Alhamdulillah, puan. Teruskan menyimpan. Boleh mula pelbagaikan simpanan melalui simpanan emas dan hartanah. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk mereka yg pakar dalam kewangan. Terima kasih.
Assalamualaikum
Saya begitu kagum dengan keperihatinan saudara admin .semoga Allah melimpahkan rahmat Nya keatas saudara .
Waalaikumussalam w.b.t
Amin. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas saudara juga.
salam admin.
bagaimana untuk manage anggaran RM1800 gaji bulanan supaya cukup.
cth perbelanjaan:
HP & Internet & TEL Rmh = RM3++
kete = RM500
Insurance = RM100
minyak = RM2++
makan = RM3++
org tua = RM200
ptptn = RM50
baki RM??? dari RM1800.
makan + minyak adalah anggaran kasar.
masih duduk dgn org tua kerana menjaga mereka.
masih bujang. berhajat utk kahwin. saving dalam rm4k.
sbb br start kerja tetap. agak boros dalam berbelanjew.
minta pandangan dan tunjuk ajar utk manage duit bg aggaran gaji RM1800 utk cukop perbelanjaan sebulan. terima kasih.
Wkmslm w.b.t
Terima kasih, Tuan. Sekadar pandangan saya, bukan soal gaji yang diambil kira, tapi soal berapa banyak yang kita dapat simpan.
Mengikut tip yang saya kongsikan di atas, apabila wang gaji diterima, asingkan segera 10-30% dari jumlah gaji ke akaun lain yang tidak akan kita usik (dinamakan simpanan untuk dilupakan).
Contohnya, apabila terima gaji RM1800, asingkan RM 200 ke akaun lain. Jadi, baki gaji adalah RM1600.
Hiduplah dengan baki RM1600 ini. Jika tidak cukup, bermakna tuan perlu berjimat cermat dan rancang kembali bajet supaya cukup juga. Atau pelan lain, ia bermakna tuan perlu usaha untuk tambah pendapatan sampingan.
Itu sahaja. Ini kerana, target kita adalah untuk menyimpan RM200 sebulan. Jika duit gaji tidak cukup, kita tidak boleh berada di zon selesa, fikirkan bagaimana nak tambah lagi pendapatan dan hidup di bawah kemampuan. Meminjam wang bukan jalan keluar, tapi kawal perbelanjaan paling penting.
(Saya lebih gemar duit tidak cukup, kerana saya akan lebih berusaha untuk cari lagi pendapatan sampingan).
Minta pendapat. Sy start kerja bln 7 2015 sampai sekarang. Pendapatan sy rm1300.Sy belum start byr ptptn. Belum ade lesen kenderaan dan belum ade saving lg. Tahun baru ni Sy baru ade kesedaran nk saving tp xtau kat mana sy patut mula saving. Sy harus mula dari mana?
Terima kasih, Ayu. Mula dari simpan duit gaji. simpan 10% dan belanja selebihnya. hidup bawah paras kemampuan. sambil upgrade ilmu perniagaan dan kemahiran baru untuk tambah income.
saya dihadiahkan kereta oleh ibu bapa saya ketika saya belajar,kini saya mula bekerja dan duit kereta rm700 bulanan menjadi tanggungjawab saya.Mengikut gaji fresh graduate.adakah duit tabung necesity digunakan untuk mmbyr kereta.Jika Ya, baki belanja adalah rm 70.apa yang ahrus saya lakukan
terima kasih, junior. duit gaji digunakan bayar kereta. baki disimpan 5-10%. berjimat dan jika masih belum cukup, cari sumber sampingan lain iaitu dengan berniaga secara part-time.
salam admin,
saya suami isteri bekerja, total pendapatan $3600 sebulan. Masaalah nya selalu ada kekurangan.
suami pula suka pakai kad credit, saya rasa macam tak habis2 hutang yg harus dibayar. macam mana saya nak simpan duit dan sambil membayar hutang kad kredit?
Wkmslm wbt
Berhenti terus guna kad kredit. Langsaikan satu persatu hutang kad kredit. Lihat 7 strategi bebas hutang,
puan silakan baca tulisan sahabat saya di sini http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html
Terima kasih.
Salam tuan,
Terlebih dahulu, sy ucap terima kasih, sy dri negeri Sabah, gaji Rm 700 bersih, sy mmg ada menyimpan 10% dri gaji bersih, tetapi akibat kos sara hidup yg tinggi, barang yg dtg dari semenanjung semua mahal2 belaka masih berasa bimbang dgn kos sara hidup tinggi di negeri ini, walaupun ada jga membantu keluarga dgn bagi sedikit wang ringgit tetapi kos minyak tidak menentu dan harga brg tidak menentu menyukarkan membuat keputusan secara tetap perbelanjaan harian, walhal jarak dari rumah ke tempat shopping keperluan harian agak jauh blh dikatakan dan jalan raya tidak baik dan menambahkan kos pengangkutan. Macam mana nak maintain perbelanjaan harian, kadangkala terpaksa skip masa makan harian. Bekerja secara part time kurang di kawasan pinggir bandar, hanya ada kedai2 kecil. Mau pergi ke bandar agak jauh ambil masa 2 jam, masa terhad tunggu bas sangat lama.
Wkmslm w.b.t
Tuan Andreas, boleh berniaga online. Sahabat saya dari Sabah ramai yang berniaga online tanpa produk. Boleh mula dengan affiliate atau dropship. boleh belajar lanjut di blog ini atau google atau ikuti seminar perniagaan dan pemasaran. top up ilmu, baru income akan naik.
moga sukses selalu, tuan 🙂
as salam encik zul.
Terlebih dahulu sy na ucapkan terima kasih .nama sy HAFIZ .Berasal dari Johor.Saya rendah diri nak bertanya pendapat encik . sy baru sahaja lepas bertunang,dlm perbincangan kami diikat tunang dlm masa 2tahun.tetapi sy mahu sebelum dlam tempoh 2 tahun tuh sudah ckup untuk sy membuat simpanan n langsungkan perkhwinan .Pada masa yang sama,sy bru sahaja bekerja dlm sektor swasta selama 6 bulan dan bergaji rm1200 ( gaji bersih ) .
saya berhajat nak membuat simpanan rm850 – rm1000 sebulan . Tapi pada masa yang sama,sy harus mengikat perut n wajib membuat perbelanjaan keperluan sahaja . Patutkah sy membuat perancangan sebegitu atau sy membuat kerja sambilan ? atau encik ad cara yang lebih berkesan lagi ?
Wkmslm Hafiz,
ya, tuan. simpan sebanyak yang mungkin. boleh berjimat dan beli apa yang perlu sahaja. usah berhutang apa2. tambah pendapatan dengan berniaga sambilan. dapat pendapatan sampingan dan pada masa yang sama dapat pengalaman. luangkan masa 1-2 jam sehari sekurang-kurangnya untuk bina sumber pendapatan kedua. insyaAllah. boleh baca buku saya, Formula Luas Rezeki dan ikuti mentor Dr Azizan Osman dalam seminar percuma/berbayar beliau. 🙂 Salam kaya berjaya!
Salam sejahtera, saya ingin mengemukakan pendapat sikit untuk tips kewangan. Untuk mengesan dimanakah hilangnya semua duit gaji anda saya cadangkan untuk mencatit secara terperinci semua wang keluar masuk setiap bulan.
Setiap kali kita menggunakan wang untuk tujuan tertentu catitkan berapa jumlahnya dan untuk apakah wang tersebut digunakan. Bayar kereta, bayar loan, sarapan, minum petang, bayar parking, minuman tin, cuci kereta dan sebagainya.
Ini dapat dilakukan dengan muda dengan teknologi yang kita ada sekarang iaitu menggunakan smartphone kita. Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat dimuatturun dengan percuma.
Pada penghujung bulan sebelum gaji masuk, buat kajian terhadap perbelanjaan anda tersebut. Disana kita boleh menilai semula semua perbelanjaan kita pada bulan tersebut. Tindakan selanjutnya?kurangkan apa-apa yang patut atau hapuskan sama sekali.
Pengalaman saya, daripada hasil kajian terhadap kewangan sendiri banyak duit dibelanjakan ke atas barang-barang yang bukan keperluan ataupun boleh didapatkan dengan percuma seperti drinking water, pack of gum, minuman tin, belanja kawan minum petang, pencuci muka (guna separuh sahaja kemudian beli baru). Untuk ini sahaja perbelanjaan sudah mencecah RM200-300.
Terima kasih berkongsi ilmu, tuan. Tip yang berguna dan bermanfaat. 🙂
Salam sejahterah, saya mohd fitri omar (bukan nama sebenar) saya duduk di sabah, dan saya ingin tahu macam mana nak seimbangkan perbelanjaan, sedangkan saya ni kerja sebagai security guard di ums sabah, saya hanya menaiki bas dengan ulang alik 20 ringgit sehari dari tuaran , belum termasuk lagi makan dan minum, gaji 1,380 ringgit, pun tidak cukup sebulan , tapi yang selebihnya saya tidak tahu apa saya buat, . Minta tips sikit dan nasihat
Salam sejahtera.
Tip saya,
1. Tulis setiap hari ke mana perbelanjaan wang anda dalam buku tulis/buku perbelanjaan
2. Lihat kembali perbelanjaan yang tidak penting dan kurangkan
3. Fikir cara lain yang boleh jimat duit
4. Tambah pendapatan lain seperti berniaga di pasar malam/waktu siang. berniaga nasi, air dan lain-lain yang boleh dibuat kecil-kecilan dan part time tanpa ganggu waktu bertugas.
Perlu lebih usaha. Jika tidak, sama sahaja seperti dulu. Gaji memang lambat naik. Tapi, kita boleh tambah pendapatan lain dengan tambah modal ilmu, masa dan usaha kita.
Moga tuan kaya berjaya.
Terima kasih.
Assalamualaikum tn. Gaji sy rm5k +++. Sy perlu bayar, personal loan rm1250, kereta rm680, rmh rm900,pinjaman bljr rm200, TH rm100, saving takaful rm160, yuran sekolah anak² rm550. Sy juga perlu bantu suami utk perbelanjaan rmh, minyak kereta dll. Adakah sy masih perlu simpan 10% dr gaji atau byr prbelanjaan bulanan dulu, slps tu baru simpan…
Terima kasih
Wa alaikumussalam w.b.t Puan, masih perlu simpan untuk simpanan kecemasan dan simpanan jangka panjang 10%. Tolak awal-awal untuk simpanan tidak diusik. Lepas tu, baru puan boleh belanja dan rancang untuk perbelanjaan lain.
Assalamualaikum.
Saya Nurul, 24 tahun. Fresh garduate start pekerja dengan gaji bersih RM 1450 sebulan.
Alhamdulillah saya berjaya menyimpan 450 setiap bulan, 300 sebulan bagi kepada ayah saya & konsisten membayar ptptn setiap bulan. Saya pergi kerja dgn menaiki moto dpt save duit minyak. Saya juga suka mencatat segala perbelanjaan harian mengunakan Miscrosof excel. Soalan yg ingin saya tanyakan kepada saudara Zul bagaimanakah cara untuk saya menambahkan pendapatan? Apakah first step yg perlu saya lakukan? terima kasih.
Wkmslm w.b.t
Tip saya, pilih bisnes yang nurul minat. jika minat kosmetik, jadi agen produk kecantikan. jika minat affiliate, belajar affiliate. jika minat buka gerai, buka gerai dengan bajet rendah. jika minat berniaga online, pilih produk, test pasaran dan permintaan.
Jadi, tentukan minat yg boleh nurul dapat pendapatan dengannya, kemudian fokus.
salam..ayh sy mempunyai tanah yg dihadiahkan oleh saudaranya..harga tanah tsbt skrg agak tggi.kami ada 9 org adik beradik..bg elak mslh apb ayh tiada..lbh baik tanah tsbt dimajukan..ada x tips tbaik utk tnh tsbt dimajukn tanpa libatkn modal..maksud sy buat JV dgn pemaju@jual dn dptkn tanah utk dbhgikn siap2@jual shj..bhg cash money bg elak mslh kemudian hr.
saya gaji hanyalah rm796.70 sebulan…. tiap2 bulan kena buat catuan makan untuk teruskn hidup….kdg2 baru dpt mkn nasi.. selalu mkn Meggie je….
Hasbullah….
Apa kata kmu mnta kje kerajaan pjbt pertanian. Mgkin kmu dpt…jgn pts ada . Ada baik nya mncuba…lgpon market kje ptanian jrg org mau. Tp gji pon ok.
boleh tuan terangkan tentang pendapatan sampingan dan pendapatan pasif?
Terima kasih atas perkongsian ini. Saya sebelum ni pernah mengalami masalah kewangan yang agak serius. Saya bekerja dalam sektor swasta, walaupun mempunyai ijazah sarjana muda, saya hanya diberi gaji RM1850 sebulan. Lepas bayar itu ini (wajib – kereta, nafkah anak bini, bil, wet and dry food, mak ayah adik, makan minum,dan minyak kereta) saya kadang2 tak sampai hujung bulan duit gaji dah habis. Kadang2 saya pun puas berfikir apa silap saya selama ni. Lepas tu, saya rajin2 google, jumpa jugak saya dengan ilmu pengurusan kewangan yg benar2 membuka mata saya. Situasi ekonomi di Kuching, Sarawak (tempat saya tinggal) kini kian meruncing. Kalau dulu (penghujung tahun 2000an), sehari belanja RM10 masih cukup. Sekarang, 2016, RM10 tu saya kena hati2 berbelanja, Kalau saya isi minyak kereta, saya takkan guna RM10 tu untuk makan. Untuk survive kat tempat kerja, saya akan make sure saya berbelanja RM5 sahaja untuk makan tengahari, nasik dgn lauk dan air suam je (itu pun sini segelas air suam 40sen!). Saya cuba untuk apply ilmu pengurusan kewangan yang telah saya belajar sebelum ni, pun masih jugak keadaan kewangan saya tidak bertambah baik. Saya fikir balik apa pula silap saya.
Namun setelah saya aplikasikan ilmu pengurusan kewangan serupa dengan yang dikongsikan oleh tuan zulpress ni, alhamdulillah, setiap bulan saya masih ada baki RM100-RM200 untuk simpanan kecemasan. Apa yang paling saya percaya skarang, jika ada duit lebih selepas berbelanja, bersedekahlah walau RM1.. itu yang saya buat sampai sekarang. Memang berkat rezeki, inshaa Allah. Jumpa tin kecil kat pintu masjid, sumbat RM1, jumpa pakcik makcik buta yang duduk kt tepi2 jalan, sumbat RM1 (saya tak pedulilah kalau dorang sindiketka apa). Kadang2 dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja, saya standby belikan air tin untuk pak jaga yang jaga traffic semasa budak2 pulang dari sekolah, dia selalu kata kat saya, “Terima kasih nak, moga murah rezeki”.. Memang betul cakap Tuan Zulpress, sedekah itulah yang banyak membantu.
Dengan menyimpan 10% daripada gaji bulanan saya, saya dapat RM2220 (10% daripada RM1850 x 12 bulan). Saya tidak lagi mengalami masalah untuk membayar premium kereta saya yang berjumlah RM1k (RM2220 – RM1000 = RM1220) baki RM1220 ni saya simpan elok2 dalam ASB saya. Selain tu, saya ada simpan sikit RM30 sebulan (RM30 x 12 = RM360) untuk tujuan kecemasan. Saya pun tak tau macam mana saya boleh committed untuk simpan RM215 sebulan. Mula2 mmg sukar tapi bila dah adapt, alhamdulillah, kuranglah sikit beban yang ditanggung.
Saya kongsikan di sini cara saya mengurus perbelanjaan diri saya,
Gaji kasar – RM1850
Gaji bersih – RM1650
Potong 10% + RM30 = RM215
Ayah – RM100
Ibu – RM100
Bil – RM120
Mentua – RM50
Barang anak – RM150
Isteri – RM100
Kereta – RM400
Baki – RM415
Jumlah RM415 inilah saya guna untuk diri saya sendiri.. kalau dulu RM415 ni lekas je habis. Bohong jgakla kalau saya cakap amalkan cara macamni terus hidup senang.. tak jugak.. masih ada kekangan dia.. saya sentiasa cakap kat diri saya, gaji RM1800 buatlah macam bergaji RM1800..
Terima kasih Tuan Zulpress atas perkongsian ilmu pengurusan kewangan ini..
Alhamdulillah syukur tuan dapat manfaat daripada penulisan ini. 🙂 Terima kasih sudi berkongsi dengan kami semua. Moga perkongsian tuan terus memberi inspirasi buat sahabat yang lain. Saya doakan tuan terus kaya berjaya dunia akhirat. 🙂
assalammualaikum…..maaf admin…sya msih lgi tak faham zakat..mksd nya cara pngiraan…sya dah baca dlm google tp msh tak faham pngiraan zakat harta….tq….
Wkmslm tuan, lebih baik rujuk pusat zakat terdekat ya. terima kasih.
Salam,
Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.
1) jika masih menyewa, cari rumah sewa yg lebih murah
2) potong perbelanjaan yg tak perlu (astro, suratkhabar, rokok, gymnasium dll)
3) bawa bekal ke tmpt kerja
4) jika makan di luar, order air suam – murah & baik utk kesihatan
5) naik public transport ke tmpt kerja (jimat parking & tol)
7) kalau terpaksa memandu, keluar awal pagi. Kurang jem, kurang penggunaan petrol
6) hidup di bawah kemampuan (live below your means) – contoh: kalau mampu pakai wira, beli kancil
6) jual brg2 yg tidak perlu tapi masih elok – jimat ruang & tak perlu byk masa utk mengemas
7) beli bila perlu & secara pukal – lebih murah kalau pack besar
8) tukar hobi (contoh bela ikan hiasan kepada berkebun). Dpt exercise, dpt jimat belanja dapur (saya tanam timun, pandan, serai, daun kunyit & pokok limau purut)
9) jgn terus beli brg yg kita suka. Mungkin esok lusa kita dah tak minat pada brg tu lg. Jadi tangguh kan pembelian brg yg tak betul2 perlu.
10) belajar kemahiran (contoh menjahit, memasak) – bole jahit baju sendiri & ambil tempahan
11) kurangkan menonton tv, bykkan membaca – jimat electric & dpt tmbh ilmu.
Saya amalkan yg di atas senenjak kerja. Alhamdullilah, duit kepada ibubapa sentiasa ada & bole bersedekah. Simpanan ASB saya telah maksimum & skrg menyimpan di ASB2.
Terima kasih.
Wkmslm wbt. Wow hebat sis. Terima kasih atas perkongsian ini. Boleh diamalkan oleh semua. Moga lebih ramai dapat manfaat dan ilmu berguna 🙂 Tq